N
24 March 2011
23 March 2011
Aku Jatuh Cinta Dengan Najwa Latif
Bunyi macam lesbian kan..kan..kan.. ha ha ha. Aku jatuh cinta dengan suara NAJWA LATIF. Entah. Aku rasa aku lagi minat dia dari Yuna. First time aku dengar suara dia ni time kawan aku post video dia di FB. Since dari hari tu aku subscribe Youtube dia. Then aku tambah jatuh cinta minat dia bila dengar lagu bawah ni. BEST! BEST! BEST! tapi ni baru teaser.. Ndak sabar mo dengar yang FULL!
P/S Ndak sabar tunggu dia join AJL!
22 March 2011
SPM
Keputusan SPM keluar besok??? Wah wah wah.. Good luck ya sapa yang tengah menantinya. Bertawakal jak la. Kan sudah usaha.Ndak payah risau. Tenang jak.
Cehhhh!!!!Becakap sedap la kan.Padahal dulu time keputusan SPM mau kuar aku pun ndak boleh tidur jugak. Gila ko ndak nebesss.. 2 tahun berusaha pastinya kita mengharapkan sesuatu yang baik. Mungkin bukan yang terbaik antara yang terbaik tapi at least terbaik untuk diri kita yang sudah berusaha.
Jujur aku cakap, SPM aku ndak la gempak pun, tapi at least aku dapat buktikan pada beberapa orang cikgu, walaupun test aku selalu cam bodoh2, aku bukan fave student cikgu, aku masih boleh dapatkan keputusan yang baik untuk subjek cikgu tu. Siap dapat lebih baik dari fave student cikgu tu. Apapun terima kasih cikgu sebab beri layanan buruk pada aku, at least cikgu sudah menyuntik semangat untuk buktikan "aku punboleh buat" dalam diri aku.
P/s tetap ndak dapat lupakan cikgu fizik itu.. Erghhhhh!!!!
Cehhhh!!!!Becakap sedap la kan.Padahal dulu time keputusan SPM mau kuar aku pun ndak boleh tidur jugak. Gila ko ndak nebesss.. 2 tahun berusaha pastinya kita mengharapkan sesuatu yang baik. Mungkin bukan yang terbaik antara yang terbaik tapi at least terbaik untuk diri kita yang sudah berusaha.
Jujur aku cakap, SPM aku ndak la gempak pun, tapi at least aku dapat buktikan pada beberapa orang cikgu, walaupun test aku selalu cam bodoh2, aku bukan fave student cikgu, aku masih boleh dapatkan keputusan yang baik untuk subjek cikgu tu. Siap dapat lebih baik dari fave student cikgu tu. Apapun terima kasih cikgu sebab beri layanan buruk pada aku, at least cikgu sudah menyuntik semangat untuk buktikan "aku punboleh buat" dalam diri aku.
P/s tetap ndak dapat lupakan cikgu fizik itu.. Erghhhhh!!!!
Tattoo
"Amacam tattoo baru aku????ok ka?? lawa kan?? bangga woooo ada tattoo macam ni.. pencinta otromen la katakan.."
Ayat-ayat diatas hanya mampu aku perkatakan atau suarakan hanya dalam hati or paling berani pun dalam mimpi. Jangankan buat tattoo, pegi kedai buat tattoo pun aku ndak pernah terfikir. Cumanya, aku kan konon-konon fanatik otromen, so aku g la search-search gambar otromen dari En.Google, sekali aku terjumpa ni tattoo. Pergh..lawa tu memang lawa. Tapi cuba kamu tengok tu merah-merah disekeliling tattoo tu. Aku dapat bayangkan betapa sakitnya bila kena tattoo ni. Dan aku betul-betul tidak dapat bayangkan macam mana tu orang-orang putih buat tattoo seluruh badan.
Aku rasa diorang ni sudah hilang deria sakit rasanya. Gila babeng la kan p cucuk-cucuk seluruh badan. Adoi.. sedangkan tercucuk jarum pun aku sudah rasa sakitnya macam mau pitam ni lagi seluruh badan.
Teringat aku ngan seorang kawan time kerja di WCT dulu,Martha nama dia. dia ni orang Iban Sarawak, awek cun gila. Dia pegi buat tattoo di kaki dia , atas tumit. Lawa memang lawa. lagi-lagi dia ni jenis perempuan suka pakai kasut gladiator shoe. Sah-sah la lawa kan.Kaki lagi panjang meruncing (ngam ka tu ayat). Tapi bukan itu yang aku mau cerita. Yang aku mau cerita ialah, aku yang rasa sakit tengok kaki dia bengkak-bengkak time datang opis. Damn man! sakit tau.Bengkak lagi tu. Entah berapa lama baru back to normal.1-2 weeks kalau aku ndak silap. Pergh..sanggup dia ooo... Tapi bila sudah pulih bengkaknya, memang lawa la tattoo tu di kaki dia. Lagi-lagi bila dia pakai skirt pendek. Cun wooo! (i miss you babe)
Apapun, biar lawa macam mana sekali pun, secebis zarah pun aku ndak pernah terifikir untuk buat tattoo. So ditegaskan disini, tattoo otromen itu bukan aku punya. (entah sapa yang bodoh ingat itu aku punya ntah)
p/s kalau betul aku buat tattoo gitu, jangankan mamaku..silap-silap en. boipren yang pancung aku dulu.
- gambar-gambar adalah ehsan en. google
"The Pink Gajah Story's Lucky Draw"
Conditions of Participation are as follows;
Open To All “The Pink Gajah Story “Followers Only.
DONE
Must Have Own Blog.
DONE
Create an entry about "The Pink Gajah Story's Lucky Draw" as a title.
Ini cerita aku:
Terus terang aku adalah antara blogger yang paling jarang join contest-contest atau pun Lucky draw ni. Walaunpun macam si cik pink diva ni cakap..it's free dan tidak perlu bayar pun. Bukan itu menjadi permasalahan aku. Masalah aku adalah, aku yakin aku tidak akan menang. Bukan berundur sebelum berperang cumanya aku sedar aku tidak sehebat blogger-blogger lain yang pasti lebih hebat. Sebab tu aku paling jarang join contest. Seingat aku, termasuk yang ini, baru dua kali aku join any contest or so called lucky draw ni. Percubaan kali ni disebabkan oleh Cik Pink Diva telah menginvite dan entah kenapa tiba-tiba aku bernafsu untuk join. So, sampai di sini entri aku untuk "The Pink Gajah Story's Lucky Draw"
Copy Image Banner And Link To Entry.
Tag 3 People's Your ‘ Blog Friend (Make sure they Know).
1: Mak Qaiser
- aku pilih dia sebab aku tau dia rajin join benda-benda gini
2. Sri Leeyanti
- aku pilih dia sebab dia ni kawan blogger baru aku..
3. Lina Ramsah
- aku pilih dia sebab aku tau dia sekarang tengah preggy. Jadi banyak spen time dengan tenet.
Post Your Name and Link of your entries HERE.
Done
Finally,Click Like on “ThePinkGajahStory FB Page & Heartbeat”.
You’re DONE.
Done
Kamu kisah ka???
Kamu kisah ka kalau breakfast makanan or lauk semalam??? Maksud aku makanan untuk dinner tapi ndak habis then kamu makan untuk breakfast??? Aku ndak kisah jak asalkan makanan-makanan tu still ok dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Tapi ada orang yang jenis ndak makan makanan yang sudah bermalam semakaman. Ya.. Adik aku. Dia spesis manusia yang tidak makan makanan yang sudah bermalam. Membazir betul la.. Kan masih okay.. Apa salahnya.. Kan kan kan..
P/s buat entri sambil makan nasi goreng semalam
Tapi ada orang yang jenis ndak makan makanan yang sudah bermalam semakaman. Ya.. Adik aku. Dia spesis manusia yang tidak makan makanan yang sudah bermalam. Membazir betul la.. Kan masih okay.. Apa salahnya.. Kan kan kan..
P/s buat entri sambil makan nasi goreng semalam
21 March 2011
Disaat aku
Disaat aku terima engkau dalam hidup aku...
Aku terima baiknya engkau...
Buruknya engkau..
Aku terima lebihnya engkau...
Kurangnya engkau...
Kerana aku tau...
Aku pun tidak sempurna...
Aku pun serba kekurangan...
Ku berharap kelebihanku dapat isikan kekuranganku...
Dan kekuranganku dapat terisikan dengan kelebihanmu...
Kerana aku cinta engkau..
Aku terima baiknya engkau...
Buruknya engkau..
Aku terima lebihnya engkau...
Kurangnya engkau...
Kerana aku tau...
Aku pun tidak sempurna...
Aku pun serba kekurangan...
Ku berharap kelebihanku dapat isikan kekuranganku...
Dan kekuranganku dapat terisikan dengan kelebihanmu...
Kerana aku cinta engkau..
Janji
Manusia... Kenapa berjanji kalau ndak mampu tepati. Ciri-ciri orang munafik bagi siapa yang tidak menepati janji..
P/s silent mode...
P/s silent mode...
20 March 2011
Kenapa Traffic Light di Takada Selalu Sesak Bila Hari Ahad???
P/s HIDUP OTROMEN RINA!
Mee Kicap
Dalam bahasa Melayu a.k.a bahasa baku a.k.a bahasa orang yang ndak tau bahasa cina, aku panggil mee ni mee kicap. Sangat sedap dan menepati selera aku. Walaupun aku rasa makanan ini mampu mengemukkan aku, aku tidak pernah pedulikan semua itu. At least once a week aku mesti makan mee kicap ni(ok..minggu ni dua kali). Lokasi, sudah pastu Kedai Kopi Yuan Yuan, Batu 3. Kombinasi terbaik untuk makan mee kicap ini adalah bersama sup soto.Isi..sudah pasti SUP CAMPUR. Perghhh... MANTAP!!! Minuman terbaik untuk dihidangkan bersama kombinasi mee kicap ini adalah Teh C Special kerana sambal a.k.a ladanya yang sangat HOTTTTTTTT!! mampu membakar lidah sangat sesuai bila dikenakan bersama minuman manis seperti itu.
p/s Antara makanan kegemaran encik boipren jugak selepas aku perkenalkan padanya... :D
Eda Suhaili, nanti ko datang aku bawak ko p makan k..
Sunday
Selamat berhari minggu semua. Hari ni 20 March and i keep on thinking "harijadi somebody hari ni" tapi aku lupa. Damn!!! Aku semakin pelupa sedangkan dulu akulah yang paling ingat tarikh-tarikh penting,birthday orang dan paling aku ingat tarikh CUTI SEMESTER. Baru start semester baru, aku sudah sibuk cari tiket untuk pulang Sabah for mid term ataupun yang paling penting CUTI RAYA. Arghhhhh... Aku rindu detik-detik menjadi student... So damn muchhh!!! I wish i could turn back time..,
Hari ni jugak genap umur aku 27 tahun 10 hari. Wah wah wah!!! Mesti ada yang caksp TUANYA!!!! Tapi macam aku selalu cakap...DO I CARE??? I DONT CARE OK!!! it is just a number. Ko umur 17 pun kalau muka ndak cute.. Ndak comel and nampak matang dari usia sebenar.. What for??? Aku actually paling ndak suka orang cakap aku matang!!! Entah.. Aku lebih prefer to be AWET MUDA! sebab bila ada orang cakap aku awet muda dan aku nampak lagi muda dari adik aku... Aku akan rasa HAAAAPPPPPYYYY BANGETTT!!!! Dan kegembiraan itu sekaligus buat aku terus merasa muda .. Muda... Dan muda... (ok .. Rina starts putar belit. Stop it Rina)
"RINAAAAAA!!! sudah mandi ka?????"
Oh GOD..ok peeps. Jumpa lagi. Hari Minggu.. Hari menjadi supir ibu.. Chow!!!!
19 March 2011
2 Months
gambar curik dari Mr.Google |
Hari ni 19hb. Genap 2 bulan hubungan ini berlangsung. Wahhhhhhhhh!! Semoga ianya berkekalan selamanya. AMINNNNNNNNNNN!!!
hujung minggu yang lepas (entah berapa banyak lepas sudah ni)
Gambar-gambar bawah ni antara gambar-gambar(yang jadi) yang aku dan si Yuli sempat ambil time kami datang gila mau berphotoshoot. BERDUA. Diulangi BERDUA. AKU dan YULI sahaja. Tiada photographer upahan.Tiada photographer professional. Yang ada cuma aku dan yuli (dialah model dia la photographer). Sebab tu hasil yang diperolehi tidak secantik dan semenarik hasil-hasil dari photographer yang hebat. But at least aku bangga jugak sebab ada usaha sendiri. Lagi pun semua ni saja-saja sekadar mengisi masa lapang. Lokasi: Shan Shui Golf & Country Club.
Sebab pemilihan lokasi: Lokasi yang di plan rupanya belum siap
Masa: petang minggu
notes: gambar yang ada tag 'rinadorinabahar' adalah edited pic. Semua gambar-gambar Yuli unedited sebab aku malas sudah mau edit.
P/S next time tunggu dD balik
18 March 2011
sudah aku agak
Sumber : FB Hot FM |
p/s still ndak boleh dengar lagu kalau berpacaran sebabnya akan terbayang-bayang muka cikgu shida. Damn!
------> video yang menghantui aku KLIK SINI!
it's not fair
Adilkah bila menghukum orang tanpa orang yang dihukum tu mengetahui kenapa dia dihukum.Sedangkan dalam kes di mahkamah pun mesti ada perbicaraan kes sebelum seseorang itu disabitkan kesalahan.
P/S mungkin berdiam diri lebih baik kan...
P/S mungkin berdiam diri lebih baik kan...
17 March 2011
Kamu percaya hukum karma????
Aku percaya. Aku percaya sebab aku percaya ALLAH itu ADIL..."What goes around comes aroud" bahasa orang putihnya. Apa yang kita lakukan terhadap seseorang pasti akan terjadi kepada kita jugak kelak. Tidak kisah la samada yang baik atau yang buruk. Kalau kita buat kebaikan, pasti akan ada kebaikan yang datang kepada kita.Begitulah sebaliknya. Sebab itu, apa jua yang aku lakukan ataupun apa jua yang orang perlakukan pada aku aku terima seadanya.Sebab aku yakin semua itu akan ada pembalasannya. Dan entri ini aku tujukan khas buat someone yang pernah hadir dalam hidup aku dan kini bukanlah siapa-siapa dengan ucapan...
P/S tiba-tiba emosi bila mengenangkan kenangan! KENANGAN..kadang-kadang menyakitkan tapi bisa menjadi penguat semangat untuk kita terus mara kehadapan.
Sampai mati pun aku tidak akan halalkan semua itu.Dan atas nama ALLAH...selagi semuanya tidak berbayar, seluruh keturunan kau tidak akan selamat. Dan terima kasih kerana pernah memberi pengalaman yang pahit pada aku.Sekurang-kurangnya dengan perbuatan kau itu aku sekarang telah menjumpai seseorang yang betul-betul ikhlas.
P/S tiba-tiba emosi bila mengenangkan kenangan! KENANGAN..kadang-kadang menyakitkan tapi bisa menjadi penguat semangat untuk kita terus mara kehadapan.
i wish i had no heart
Jadinya aku ndak payah rasa apa yang aku rasa sekarang. SO EMPTY! SO LONELY!Semuanya datang dari hati. These fucking feelings really hurt me.Tapi, sebagai manusia normal dan bukan robot, aku perlukan hati untuk meneruskan hidup. Tapi kenapa ianya perlu rasa apa aku rasa sekarang. Aduh.. inilah jadi bila akal dikuasai oleh hati!
YESSSSSS.it works!
pic credit to http://kacangberangan.blogspot.com |
First of all, aku mau ucap THANK YOU SO MUCH EN. BOIPREN. Thanks sebab menjadi pendorong aku selama ni.Thanks sebab paksa-paksa aku buat semua tu. Apa yang pasti. IT WORKS. Apa yang worksnya... he he he. Aku berjaya mengempeskan perut sedikit demi sedikit dalam masa seminggu ini. Sebabnya tiap kali bangun pagi or ada masa kelapangan aku akan buat sit up.. berapa kali?? Aku sendiri ndak tau berapa kali. Buat sampai penat. Semuanya atas dorongan someone yang betul-betul mau tengok aku kurus..Bosan kali dia tengok aku gemuk. Bayangkan aku dipaksa sit up dengan garangnya. Seperti kapten mengarahkan orang bawahannya. FUH! First2 bengang jugak aku. Ni anak ndak tau ka aku penat. Tapi, aku tau dia buat tu sebab dia sayang aku. So, aku dengan nekad berusaha untuk itu. Bayangkan tiap pagi bangun aku buat sit up. Bila timbul perasaan malas, aku akan bayangkan dia ada depan mata aku dengan muka garang mengalahkan muka si KAMAWAS dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa.Sudahlah tu,tiap hari tanya aku " PAGI TADI ADA BUAT SIT UP KA???"... Mau menipu takut kenak sambar petir.Tapi selepas seminggu aku sendiri nampak hasilnya.Apa yang aku mampu cakap, TERIMA KASIH ATAS DORONGAN ANDA... IANYA BERHASIL....AKU AKAN BERUSAHA LAGI GIGIH.
p/s aku tidak perlukan someone untuk dijadikan idola. Yang menjadi pembakar aku sekarang adalah 3 helai seluar jeans aku yang aku jumpa pagi tadi time mengemas. Dulu serius itu seluar langsung ndak boleh muat sudah wooo..sebab tu hanya disimpan dipenjuru-penjuru almari...tapi tadi pagi aku try sudah boleh muat cuma memerlukan sedikit lagi kekurusanku. CHAYOKKKK RINAAAAAAAAAAA!!
Keikhlasan
Hari ini aku rasa aku mau SILENT MODE di FB. Just dont know why. So aku just jadi pemerhati. Aku tebaca status seseorang... BOLEH KAH NAMPAK KEIKHLASAN SESEORANG DALAM BERCINTA??? Aku mau komen tapi disebabkan aku dalam mode berdiam diri so aku just biarkan pendapat aku bersarang di blog buruk ini.
Bagi aku, memang manusia dilahirkan rambut sama hitam hati lain-lain (walaupun ada juga yang bewarna),tapi semua tu kita boleh lihat dari perbuatan. Bak pepatah orang putih "ACTION IS LOUDER THAN WORDS" Kita boleh tau mana satu manusia hipokrit mana satu yang betul-betul ikhlas dalam bercinta. Dari perbuatan kita boleh tau segala-galanya. Ya sometimes perbuatan ni boleh dibuat-buat. Tapi kalau orang tu hipokrit sampai bila dia mampu untuk menjadi bukan dirinya.Trust me, one day dia pasti lelah. Tapi bila sesuatu yang kita lakukan itu dengan seikhlas hati dan penuh kasih sayang, sepenat mana,seteruk mana pun,kita tidak pernah akan rasa penat.Tidak akan pernah mengeluh. Malah kita akan rasa ada kebahagiaan di situ. Kebahagian kerana mampu melakukan sesuatu untuk orang yang kita sayangi.
Mungkin ada manusia yang tidak percaya pada keikhlasan manusia lain, tapi aku sudah pernah alaminya. Dari perbuatan, kita tau siapa yang ikhlas berkawan dengan kita ataupun semuanya lakonan semata-mata. Ya, dari sana aku belajar untuk tidak terlalu percaya orang.Sampailah aku jumpa seseorang yang betul-betul buat aku percaya dia. Aku ndak tau adakah aku akan melakukan kesilapan lagi. Aku cuma berharap kali ini aku tidak silap langkah lagi. Pengalaman lepas betul-betul menyakitkan tapi hidup harus diteruskan. PAST IS PAST. Jadikan ianya pengalaman. Dan aku yakin ALLAH itu adil. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku percaya itu semua hanyalah ujian ALLAH S.W.T untuk menguji aku.
Apa yang penting sekarang ialah meneruskan hidup.Kerana di depan sana masih ada yang menanti...
Hikayat Merong Mahawangsa : Pendapat aku
What can i say...
IT WAS AWESOME!
Saya TABEK SPRING dengan
YUSRY KRU!!!!
16 March 2011
Kenapa...kenapa...kenapa???
Tapi orang cakap lepas makan ndak bagus tidur. Boleh mengemukkan...
Aduiii...asi ka aku persetankan jak tu kesan tidur lepas makan tu...
Serius wei..aku mengantuk gilak...
mungkin disebabkan aku ndak da minum kopi hari ni...
WTH!!!
Kopi @ tidur???/
*thinking*
perut aku ka yang salah
bila mana lepas makan jak perut aku mesti membuang.then bila sudah membuang aku akan rasa lapar balik. aduiiiiiii...jadi sia-sia la aku breakfast. sama jugak kan. lapar balik jugak. damn la!
Hikayat Merong Mahawangsa
Mikail pun pegi tengok |
Best ka cerita ni?? orang cakap best. Last saturday sepatutnya aku pegi tengok tapi ada seorang makhluk Allah ni dia cakap "macam crita bodoh-bodoh jak tu".. nah..sebab tu la aku ndak p tengok. Last Saturday pegi tengok Battle of Los Angeles. But my sis told me crita tu best. So malam ni akan meneruskan perjuangan untuk pegi tengok. Best atau tidak nanti aku crita.
P/S rindu si budak botak itu
15 March 2011
Ya..adik aku sudah bertunang dan akan berkahwin...SO WHAT???
Ya..so what. ada aku kesah. Aku ndak kesah pun.sikitttttttttt pun tidak. Malahan aku happy sebab aku dapat cincin free, kau ada??? (WTH Rina).. just kidding. Ya aku happy. sikit pun aku tidak rasa bersalah dan kesah. Untuk apa rasa bersalah. Rasa bersalah sebab biarkan adik aku kahwin dulu dari aku. Fuck man! Manada.Satu benda yang aku selalu ingat dalam kepala otak aku JODOH,PERTEMUAN,AJAL,MAUT dan REZEKI semua Allah yang tentukan. So bila adik aku bagitau dia mau kawin. Aku ok. Ndak da hal. Tapi yang ada hal sekarang ni ialah orang-orang disekeliling. Sibuk fikir pasal aku kenak langkah bendul. WTH. Macam aku cakap tadi, aku lagi suka aku dapat cincin free ok. ha ha ha. Cuma kepada orang-orang di luar sana yang sibuk tanya aku bila aku mau kahwin, kamu sabar-sabar jak ya. Sila simpan duit anda banyak-banyak. Prepare untuk belikan aku hadiah time aku kahwin nanti. OK!!!!
Aku dan Ninong
Aku dan si Eka
Single but not available
Aku rasa aku lagi adik..yahoo!! awet muda bah!
Menantu dan mertua
Hantaran 17-15 OK!
Macam mau kahwin!
CINCIN FREE!
P/S Kepada yang sibuk-sibuk tanya aku bila mau kahwin....KAMU ADA DUIT EXTRA KA?? KALAU ADA BAGI LA...BESOK JUGAK AKU KAHWIN!
Otromen dan Tsunami
Hurmm...Apa kaitan Otromen dengan Tsunami di Jepun???? aduh...ni yang buat aku marah ni bila Otromen disalahkan bila tsunami melanda Jepun. Sampaikan Berita Harian sebagai salah satu akbar terbesar di Malaysia mempermainkan Otromen yang konon-kononnya lari bila Tsunami datang.WOI!! KAMU TAU KA TU TSUNAMI BENCANA ALAM...TIADA KAITAN DENGAN KELUARGA OTROMEN.ADA FAHAM!!!
Apa yang boleh aku cakap di sini...semua kejadian yang berlaku...pasti ada sebab dan hikmahnya. Bukan tidak kasihan dengan mangsa-mangsa Tsunami di Jepun tapi bila difikir-fikirkan semula... KENAPA??? KENAPA??? Kenapa bencana alam tu berlaku di sana...mesti ada sebab kan??
JEPUN...sebuah negara yang maju.Sampaikan mereka mampu mencipta robot serupa manusia.MANUSIA adalah ciptaan ALLAH. Kalau mereka berusaha mencipta sesuatu yang menyerupai ALLAH..bermakna mereka ingin melawan ALLAH. Tapi mereka LUPA yang ALLAH mampu menghapuskan mereka dalam sekelip mata.
Apa yang pasti, setiap kejadian yang berlaku pasti ada sebabnya.Apa yang mampu kita lakukan berdoa dan terus berdoa semoga MALAYSIA tidak akan mendapat musibah sedemikian...
NAUZUBILLAH MIN ZALIK.
p/s kenapa aku emosional tiba2 ni...adui!
12 March 2011
Masih Kuingat
Amaran tsunami semalam buat aku jantungan tau. Mengingatkan aku kejadian tsunami beberapa tahun lepas. Ala yang di Acheh... Bali.. Phuket etc tu. Aku ingat lagi, time tu aku masih study di Kuantan. Time tu aku dapat sms dari Tawau."RINA, KAMI TENGAH KUMPUL-KUMPUL BARANG DAN BEKUMPUL DI MASJID SUDAH NI.TSUNAMI!!!". Aku ndak sure siapa yang sms. Lupa lupa ingat jugak aku. Tapi yang pasti masa tu sudah tengah malam dan yang paling menyeksakan batinku ialah masa tu jugaklah kredit prepaid aku habis..eh.. Bukan.. Bukan.. ..bukan.. Ada beberapa sen tapi ndak sampai 10sen ndak silap.Soooo sial la kan. Mana mau cari prepaid tengah-tebgah malan buta.Lagi satu hal aku bukan jenis suka ganggu roomate tidur. Time tu aku sudah serabut gila. WOIII!!! SEMUA FAMILY AKU DI TAWAU OK.AKU SAYANG FAMILY AKU OK!!!.Nasib baik dengan beberapa sen tu aku boleh sms seorang hamba Allah ni. Dia lah call aku dan bagitau tiada apa-apa. Semuanya baik- baik aja.Syukurrrr!! Dan yang pasti sampai pagi aku ndak tidur dan pagi tu jugak aku pegi cari topup prepaid aku. Dan bermula dari detik itulah.. Aku ndak pernah biarkan prepaid phone aku tidak bekredit.Tobat!!!!
Apapun, syukur la. Tiada apa2 berlaku kepada penduduk Sabah dan Labuan.
Amin!!!
YA ALLAH,KAU JAUHILAH KAMI DARI BENCANA-BENCANA ITU!!! AMINNNN!!!
Apapun, syukur la. Tiada apa2 berlaku kepada penduduk Sabah dan Labuan.
Amin!!!
YA ALLAH,KAU JAUHILAH KAMI DARI BENCANA-BENCANA ITU!!! AMINNNN!!!
11 March 2011
Tsunami
Semoga tiada apa berlaku kepada warga Malaysia dan semua manusia seluruh dunia... Kepada mangsa Tsunami di Jepun...Takziah. Semoga ada hikmah disebalik yang berlaku..AmIn!!!!
Putera Katak vs Otromen Taro
Ini putera katak
Ini Otromen Taro
Dulu Putera Katak sendirian sekarang sudah ada Otromen Taro untuk temankan Putera Katak.
Terima kasih
1- bapak sebab belanja makan 9hb malam hari tu
2- mama' sebab masak untuk besday party walaupun kecil-kecilan thank you so much
3- sister n Bro in law sebab plan tiap2 tahun plan surpurise party untuk aku dan hadiahnya.. Aku rasa macam aku umur 7 tahun tau..
4- MZMZ aka En. Boipren sebab kasi surpurise aku and you were so cute time bawak itu cake.. Thanks ya .. Dan terima kasih sbb berkomplot dengan si lason.
5- bech,ninong & eka.. Thanks ya hadiahnya... Dan thanks sebab memeriahkan majlis.
6- semua kawan2 yang wish aku di facebook.. Thankssssssssss
2- mama' sebab masak untuk besday party walaupun kecil-kecilan thank you so much
3- sister n Bro in law sebab plan tiap2 tahun plan surpurise party untuk aku dan hadiahnya.. Aku rasa macam aku umur 7 tahun tau..
4- MZMZ aka En. Boipren sebab kasi surpurise aku and you were so cute time bawak itu cake.. Thanks ya .. Dan terima kasih sbb berkomplot dengan si lason.
5- bech,ninong & eka.. Thanks ya hadiahnya... Dan thanks sebab memeriahkan majlis.
6- semua kawan2 yang wish aku di facebook.. Thankssssssssss
10 March 2011
Update blog pakai phone
Sebab tu sekarang blog aku rajin berupdate sbb aku update pakai phone... Hikhikhik.. Mudah dan pantas.. Mengarut apapun boleh.. Yahooo!!!
Today is my birthday..
Yess... Today is my birthday.. And im getting older but its ok...For me age is just a number. The most important think is you always feel young inside. Ceh cam taik-taik awal pagi bespeaking orang putih. apapun...
Happy Birthday to me...
P/s hadiah banglo, kreta BMW , Eurotrip tahun lepas aku mintak belum ada yang bagi. Sigh!
Happy Birthday to me...
P/s hadiah banglo, kreta BMW , Eurotrip tahun lepas aku mintak belum ada yang bagi. Sigh!
09 March 2011
Balasan untuk ucapan-ucapan anda
- Happy Birthday = Thanks
- Selamat Hari Jadi = Terima kasih
- Semoga dipanjangkan usia = terima kasih..kamu jugak
- Semoga ditemukan jodoh dan cepat-cepat kawin = Insyallah. Ada rezeki aku jemput jugak kamu.
Ok..ini antara ucapan-ucapan yang aku yakin besok aku akan dapat. Jadi aku balas awal-awal la ya. Satu lagi kalau mau wish tu..jan lupa sertakan dengan hadiah.Ndak payah la mahal-mahal. BMW 5 series sebijik pun jadi la...
Sekian terima kasih
sekembalinya aku ke dunia blogging
ya ya ya...
aku tiba-tiba rasa mau blogging balik. tapi kali ni aku akan tulis a.k.a taip apa saja. suka hati aku mau taip apa pun.tentang aku. tentang orang. tentang siapa-siapa pun. ya ya ya. azam baru sempena besday aku besok. Ya ampun besday aku ka besok..ya besok. hahaha... gila...ndak sedar ya. tua sudah aku.tapi ndak apa la.janji jiwa sentiasa muda. itu yang aku pegang aku tiap tahun.biarpun umur 50 yang penting jiwa tetap muda..ha ha ha
sekarang ni aku mau mandi. ada advance birthday dinner.so malam nanti aku sambung.
aku tiba-tiba rasa mau blogging balik. tapi kali ni aku akan tulis a.k.a taip apa saja. suka hati aku mau taip apa pun.tentang aku. tentang orang. tentang siapa-siapa pun. ya ya ya. azam baru sempena besday aku besok. Ya ampun besday aku ka besok..ya besok. hahaha... gila...ndak sedar ya. tua sudah aku.tapi ndak apa la.janji jiwa sentiasa muda. itu yang aku pegang aku tiap tahun.biarpun umur 50 yang penting jiwa tetap muda..ha ha ha
sekarang ni aku mau mandi. ada advance birthday dinner.so malam nanti aku sambung.
Subscribe to:
Posts (Atom)