Hari ini aku rasa aku mau SILENT MODE di FB. Just dont know why. So aku just jadi pemerhati. Aku tebaca status seseorang... BOLEH KAH NAMPAK KEIKHLASAN SESEORANG DALAM BERCINTA??? Aku mau komen tapi disebabkan aku dalam mode berdiam diri so aku just biarkan pendapat aku bersarang di blog buruk ini.
Bagi aku, memang manusia dilahirkan rambut sama hitam hati lain-lain (walaupun ada juga yang bewarna),tapi semua tu kita boleh lihat dari perbuatan. Bak pepatah orang putih "ACTION IS LOUDER THAN WORDS" Kita boleh tau mana satu manusia hipokrit mana satu yang betul-betul ikhlas dalam bercinta. Dari perbuatan kita boleh tau segala-galanya. Ya sometimes perbuatan ni boleh dibuat-buat. Tapi kalau orang tu hipokrit sampai bila dia mampu untuk menjadi bukan dirinya.Trust me, one day dia pasti lelah. Tapi bila sesuatu yang kita lakukan itu dengan seikhlas hati dan penuh kasih sayang, sepenat mana,seteruk mana pun,kita tidak pernah akan rasa penat.Tidak akan pernah mengeluh. Malah kita akan rasa ada kebahagiaan di situ. Kebahagian kerana mampu melakukan sesuatu untuk orang yang kita sayangi.
Mungkin ada manusia yang tidak percaya pada keikhlasan manusia lain, tapi aku sudah pernah alaminya. Dari perbuatan, kita tau siapa yang ikhlas berkawan dengan kita ataupun semuanya lakonan semata-mata. Ya, dari sana aku belajar untuk tidak terlalu percaya orang.Sampailah aku jumpa seseorang yang betul-betul buat aku percaya dia. Aku ndak tau adakah aku akan melakukan kesilapan lagi. Aku cuma berharap kali ini aku tidak silap langkah lagi. Pengalaman lepas betul-betul menyakitkan tapi hidup harus diteruskan. PAST IS PAST. Jadikan ianya pengalaman. Dan aku yakin ALLAH itu adil. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku percaya itu semua hanyalah ujian ALLAH S.W.T untuk menguji aku.
Apa yang penting sekarang ialah meneruskan hidup.Kerana di depan sana masih ada yang menanti...
No comments:
Post a Comment