Orang cakap, kalau metabolisma badan kita rendah, berusaha macam mana sekali pun, tetap susah untuk kurus (lagi² yang gemuk macam aku ni la).
Macam aku ni lagi la, jenis yang macam yoyo. Kejap naik, kejap turun. Naiknya kadang² berlipat kali ganda. Turunnya, susah mau mampus.
Kadang² aku cemburu jugak dengan orang yang kurus yang kuat makan.Serius cemburu tahap bapak dewa. Dia bedal apa saja dia mau. Badan maintain jak. ERGHHHHHHHH!! Tension pun ada jugak. Kawan aku cakap itu semua sebab orang kurus ni metabolisma badan diorang tinggi.
oii!! jadi aku ni macam mana?? Orang cakap orang gemuk ni metabolisma badan rendah. Macam mana mau tingkatkan metabolisma badan wei?? Kena panjat pokok kelapa yang tinggi ka baru dapat tingkat kan?? **ok, bulls*hit**
Apa guna ada En. Google kan kalau kita tidak gunakan. Atas bantuan En. Google aku jumpa 10 tips untuk tingkatkan metabolisma badan. Harap-harap bila metabolisma badan tinggi, senanglah budak baju pink bawah ni kurus.
Budak baju pink ini ingin kurus!!!!!! |
- Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
- Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
- Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
- Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.
- Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
- Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
- Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
- Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
- Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
- Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.
Aku harap-harap lepas ni aku rajin la untuk amalkan tips-tips ini. Sebabnya aku memang tengah bersemangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan (macam dari dulu nda pandai kurus-kurus jugak pun).
No 2,3,4 dan 6 tu memang amalan aku seharian la. Tapi entah kenapa still susah untuk tingkatkan metabolisma badan Kalau ikutkan aku ni memang hantu kopi. Bab minum air mineral jangan cerita la. Aku minum air almost 4L sehari Kalau pergi gym lain cerita lagi. BUT STILL jugak susah mau turunkan berat badan.
Alangkah indahnya kalau dapat sponsor macam Cik Epal tu.Ada orang mau sponsor produk kuruskan badan. OH!MEMANG GILA! la kan kalau ada yang sponsor aku. Aku sumpah akan usaha untuk kurus biar apa pun terjadi.
Mau beli sendiri produk-produk untuk kurus tu, rasanya aku ndak mampu kali. Selain ndak mampu aku ndak berani mau cuba sebarang produk yang aku ndak yakin. Kalau free macam Cik Epal tu, mau jugak aku try. At least kalau tiada kesan pun, ndak rugi apa-apa.
Apapun, orang cakap biarlah kurus tu sihat. Apa guna kurus kalau berpenyakitan. Aku rela gemuk yang penting sihat daripada kurus tapi sakit. Lagi mintak simpang kalau jadi macam bawah ni. Macam tengkorak hidup aku nengoknya.
P/S moto hidup, biar gemuk janji sihat.Tapi aku gemuk ka?? aku comel la... ha ha ha