27 May 2010

...ciptaan ALLAH jugak yang paling sempurna...

Gambar curi dari fecebook


Ini la akan jadi bila manusia mengubah ciptaan ALLAH. Pasti ada ketidaksempurnaannya.Kau ubah la sana sini pun... pasti tidak akan ada kesempurnaan.Pasti ada cacat celahnya...

Sesungguhnya..ciptaan ALLAH jugak yang paling sempurna... Kalau pun ada yang bernasib malang mendapat sedikit kecacatan... pasti semua itu ada hikmahnya...








nota kaki tangan dan mulut : sekadar untuk renungan bersama....


26 May 2010

...kencing manis...

Lately (2-3 hari ni la)... mamaku mengadu ngan aku... kemaluannya agak sakit lepas membuang air kecil.Aku cakap... maybe kencing kotor or mebe kurang minum air putih. Mamaku pun mnegiyakan saja sebab... since kenduri hari tu... mamaku cakap dia banyak minum air yang berperisa (ala..cam oren..sarsi...milo...).. Tapi sampai semalam... mamaku aku masi mengadu ngan aku..dia cakap pinggang dia pulak yang sakit. So aku suggest suruh mamaku p klinik la. Mintak doktor check. So pagi tadi aku pegi la temankan mamaku p klinik. Sekejap jak..sebab ndak ramai orang..awal pagi morning la katakan. Lebih kurang 10 minit gitu.. mamaku pun kuar... mamaku cakap...Doktor tu bagitau yang konon2 pundi kencing mamaku di jangkiti kuman (something like that la..).... then nanti doktor bagi ubat untuk cuci.. then... tiba2 nurse tu panggil mamaku masuk balik. Aku pun ndak tau la kenapa.. Ndak lama pastu mamaku kuar balik. Mamamku ckp.. Doktor bagitau mamaku ada kencing manis. Peringkat ke-4 konon. Aku memang ndak tau menau pasal peringkat2 kencing manis ni... Mamaku pun mula risau sebab mengikut dari apa yang Doktor cakap.. peringkat 4 tu peringkat merbahaya.. tapi.. kalau tengok2 dari fizikal mamaku... ndak la sampai kritikal sampaikan kalau luka sikit... luka terus bernanah... sampai ada yang kena potong kaki..potong tangan....Besok kena pegi klinik lagi sbb Doktor mau check darah pulak. So tonite mamaku kena puasa la...

Lepas hantar mamaku balik rumah, aku pun balik opis.. mula la sibuk search pasal KENCING MANIS a.k.a DIABETES ni...So antara info yang aku dapat:


Tanda-tanda
  • selalu kencing, terutamanya waktu malam
  • dahaga yang keterlaluan.
  • lapar, oleh itu selera makan naik.
  • penurunan berat badan walaupun ada peningkatan selera makan.
  • rasa lemah badan.
  • pening dan muntah.
  • luka lambat sembuh.
  • mudak terkena jangkitan kulit.
  • kebas kaki dan tangan.
  • pemandangan menjadi kabur.
Cara Elakkan Kencing Manis:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Orang cakap kencing manis ni penyakit keturunan... ish.. Nauzubillah...Harap2 penyakit mamaku ndak la sampai tahap kritikal gitu. Sebabnya mamamku selalu jugak minum ubat pahit (entah apa namnya herba tu.. hempedu bumi kalau ndak silap)... banyak jugak minum air masak... kalau cakap pasal bersenam jan cerita la.. memang la mamaku jarang bersenam...tapi pagi2 buta mamaku sudah bangun buat kerja rumah. Pergi sapu halaman rumah. Kemas halaman rumah. Sebab mamaku ni jenis ndak suka tengok rumah kotor. Uiks..sampaikan jalan raya depan rumah tu mamaku sapu (ni semua gara2 daun mangga dr pokok jiran dpn rumah..)... kadang2 aku tengok keringat yg keluar mengalahkan aku yang jogging setengah jam. Mau cakap mamaku kuat makan nasi ( orang cakap kalau kencing manis jangan terlampau makan nasi..sebab berkanji..)... kami jarang makan nasi di rumah... ish..aku pun ndak tau... Aku suspect ini semua sebab mamaku suka minum SUPER TONGKAT ALI yang ada MISAI KUCING tu.. memang la bagus... sebab ada MISAI KUCING...tp minuman yg dalam packet macam tu kan tinggi kandungan gulanya... entah la.. aku cuma berharap dan berdoa penyakit mamaku ndak la teruk.. kasian jugak tengok muka risau mamaku tu.... Harap2 semuanya ok....


adakah ini punca penyakit mamaku??? ades..aku pun selalu minum ini... so nampaknya aku kena kurang2kan dan lebihkan minum air masak...





nota kaki tangan dan mulut: kasian mamaku... time2 mau pegi bercuti ni la penyakitnya datang...kasi hilang mood jak...

p/s aku search pasal peringkat2 tu ndak da pulak ..adui...



25 May 2010

.....happy....

♥ ♥ ♥ Happy Mode Activated ♥ ♥ ♥

sebab....

Shawls baru saya sudah sampai...

thanks to

http://lovelyzahrah.blogspot.com/


24 May 2010

...holiday mood is in the air...

First and foremost, i just wanna say...

I'M PROUD TO BE SABAHAN


Sebabnya...

Walaupun kami hidup pelbagai kaum... pelbagai bangsa... dan pelbagai agama... kami still boleh hidup tanpa ada pergaduhan...tanpa ada perbezaan pendapat... masing-masing saling menghormati kaum-kaum lain yang ada. Walaupun tidak seagama.. tapi kami masih boleh hidup dengan aman dan harmoni. Setiap perayaan di sambut dengan rasa gembira dan yang paling best... Sabah banyak cuti... YEAH!! sebut pasal cuti... holiday mood is in the air sudah ni. Semua orang pun tahu.. 30 & 31 Mei setiap tahun, kami akan bercuti sempena Pesta Kaamatan... walaupun hari ini baru 24 Mei tapi mood cuti itu sudah datang. YAHOOOOO!!! 28 Mei sampai 1 Jun ni pergi KK lagi... driving lagi.. ngehh... makcik aku ada buat kenduri sempena rumah baru dia.... yang bestnya dapat berkumpul dengan cousins aku lagi...dan dapat jumpa anak buah yang comel itu...MIKA...






nota kaku tangan dan mulut: mood kerja sudah tiada..tapi kena siapkan planning untuk projek di Balung....... adeiii!!

23 May 2010

...dating with girlfriends...

Seingat aku.. macam sudah lama aku ndak jumpa kawan2 aku masa zaman sekolah. Last aku lepak dengan diorang if im not mistaken time besday si dD Ogos tahun lalu...dan last jumpa diorang time bergunting anak si Yusni(aku pun lupa...raya puasa ka raya haji).... Tapi kali ni kami bertiga sahaja sebab 2 orang lagi sudah pergi jauh ke tanah semenanjung untuk mencari rezeki di sana.
At first kami plan(actually bukan kami..tapi si Asni sendiri) mau makan di Perdana Club..tapi entah kenapa hari ini tekak aku teringin makan KFC..so aku bawak diorang pergi KFC..lagipun SUMPAH... aku ndak pernah masuk Perdana Club tu... entah..banyak jugak club2 lain aku pergi..tapi ni Perdana aku ndak pernah...

Dipendekkan cerita:


si Sam sponsor...

Selera aku hari ini...

*

*

*

Lepas tu kami ke Eastern Plaza-EP...konon2 si Sam mau cari baju di sana... tapi mcm biasalah... manada baju2 cantik2 di sana tu...semua asal2 menjual jak... barang semua low quality..tapi harga bukan main. Macam tadi... si sam pergi tgk baju... ntah t-shirt apa ntah.. tapi harga RM50... ndak berbaloi.. aku terus ndak suruh dia beli... ndak worth it langsung.. ndakda brand tp harga bapak mahal. tambah berapa puluh lagi boleh dapat t-shirt Levi's... berbaloi..berjenama..dan berkualiti..

Si Asni yang kunun2 mencarikan baju untuk si Sam...

*

*

*

Lepas penat round2 EP... kami pergi lepak di nostalgia...haus gilak..sebab matahri sangatla panas... dan diringkaskan cerita:

Pilihan orang yang haus gila - ROOT BEER FLOAT tapi bikin spoil sebab dia letak ice cream coklat....tapi sebab haus gila..aku minum sampai tinggal ais batu saja..ngehh~~~

Si Asni bersama Chocolate Ice Bleandednya... Aku heran budak ni.. ndak suka minum apa jua minuman yang ada susu...tapi agak2nya la ...CIB ni ada susu ka ndak aahhh??? Bluurrr aku seketika...


Si Sam bersama Cendol with Gula Melakanya...

Menu tambahan si Asni - Ice Cream Toast

Ini pulak si Sam punya...sama jugak dengan si Asni..

Sam bersama minuman dan makanannya...

*

*

*

Lepas tu kami pergi ke Hush Puppies @ Kabota Square...sebab si Sam belum puas hati sebab belum buang duit dia untuk hari in...ngehh... So dipendekkan cerita:


Hush Puppies @ Kabota Square

Sementara tunggu si Sam try baju...

Again... :D

either Pink...

or Blue...

Kerja aku ngan si Asni sementara tunggu si Sam

Masih bingung mau pilih mana satu...

Sempat lagi aku berposing dengan si Puppy...:D

Finally si Sam beli yang Pink...

*

*

*

Lepas tu aku terus hantar si Sam ngan Asni ke tmpt si Sam parking keretanya... (dekat Perdana Club...)...lepas tu aku pun pulang... Best jugak sekali sekala berjalan dengan bini orang (Sam) dan bakal tunang orang (Asni) ni... terasa aku masih muda sebab still bujang... lalalalalala..... tapi lagi best kalau ada si dD...sebab dia ada kamera canggih... boleh posing2... huhuhuhu...








nota kaki tangan dan mulut: Aku tahan hawa nafsu untuk tidak beli apa2 sebab this friday aku akan bershopping sakan di KK.. sales ya.. KAAMATAN...


22 May 2010

...siapapun juara AF8 - AF2 tetap dalam ingatan...

gambar curi dari Murai.com.my

Ha... ini dia wajah juara baru AF8, Shahir..yang pasti kemenangan dia sebagai juara menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan peminat2 Adira. hahahah... semua emo. aku memang Sabahan(im proud to be SABAHAN).. tp aku tidak la terlampau fanatik dengan si Adira tu... dan siapa2 pun di AF tu.. bagi aku semua tu politik ASTRO... yang mana boleh mendatangkan duit.. pasti akan melonjak. So for those yang rasa si sang juara tu tidak layak menang.. tunggu dan lihat la pada masa akan datang. Sebagai contoh AF7... biarpun yang juara adalah Hafiz tapi dari apa yang aku lihat... si Akim lagi popular. Iklan dia..drama dia.. means.. tidak semestinya kau juara...kau akan popular.Semua rezeki bergantung kepada usaha sendiri. Satu lagi contoh ialah AF2... memang la Zahid Juara (uikss...time ni aku sokong Zahid ok)... tp yang berjaya sekarang ni adalah Adam. Mana perginya sang juara dan naib juara itu...semua tertinggal. Pokok pangkalnya usaha kita...

Kenapa aku cakap AF2 tetap dalam ingatan....sebabnya... masa ni lah kegemilangan AF bermula. AF1 tidak berapa popular sebab orang tidak berapa kenal dengan AF. Bila masuk tahun kedua...populariti AF semakin melonjak. Setiap apa yang berlaku di akademi semua orang ingin tahu. Bagi aku... dalam AF2 ni la tiada yang hipokrit dengan kamera. Aksi mereka bukan di buat2...Setiap orang ternanti2 hari sabtu. Begitu jugak dengan aku dan kawan2 masa di UMP. Setiap malam minggu, kami akan berusaha dapatkan kereta sewa untuk pergi tengok AF di luar sebab kafe dalam kampus tidak ada ASTRO. Sekali pun kami tidak pernah miss. sampailah ke final... aku mengaku...time ni aku sokong Zahid. entah kenapa. dan yang pasti aku pernah AFUNDI ZAHID sekali... SEKALI ok... itupun time final.. lepas tu.. aku sudah tidak layan AFUNDI. starlah AF3 hinggalah AF8 ni. Aku cuma menjadi penonton. Ada pelajar fave tapi bukan fanatik. berubah mengikut masa dan keadaan. tapi time AF2... dari 1st concert sampailah final concert... aku penyokong setia Zahid. Aku siap beli 1st album Zahid. Tapi lepas tu...hilang ntah kemana..

Apapun tahniah kepada Shahir, Adira dan Daus... Aku..tetap tidak akan emo2 dan tidak akan AFUNDI sampai bila2 pun. Aku cuma akan jadi penonton AF tapi tidak sesekali akan jadi pengundi melainkan...orang yang masuk itu adalah my partner in crime (cis..sedih konon gf dia si adira kalah...:P)...ngehh!!








nota kaki tangan dan mulut: buat apa emo...bukan artis bagi kita makan pun... aku cuma doakan mereka berjaya...mungkin rezeki dorang di dalam bidang itu...:D

...bersuntik ...

Pagi tadi dengan penuh rasa bangga saya tidak masuk opis dengan alasan mau pergi bersuntik (suntikan ini untuk melengkapkan dokumen untuk dapatkan visa). At first kami planning mau pergi lbh kurang pukul 9.30 pagi. Tapi aku takut aku ndak dapat bersiap dalam masa 45minit(sbb time mamaku decide tu pukul 8.3opagi)..sebab time tu aku belum iron baju lagi. Planning mau basuh rambut lagi pagi tu...so aku mintak mamaku tukar plan ke pukul 10.oo pagi.. Rupanya mamaku sengaja lambat bersiap. Mamaku siap boleh pergi menyapu halaman rumah lagi sebab mamaku cakap dia kalau besiap sekejap saja. Aku pun meneruskan semua aktiviti. Siap punya siap punya bersiap...akhirnya aku selesai dalam pukul 9.40pagi. Time tu mamaku belum ready...So sementara menunggu mamaku besiap tu aku pun apa lagi......
*
*
*
*
*

Berposing-posing di ruang tamu.....

Lepas tu pergi ambil nenekku di rumahnya.... tunggu dalam kereta jak...sempat lagi aku posing kan...ngehhh


Kauter pendaftaran KLINIK FAMILI (Jalan Pantai)


Doktor yang bertugas hari ini...

Sementara menunggu kad kuning - selepas bersuntik...

Kad Kuning yang diperlukan untuk melengkapkan proses membuat visa...
*
*
*
Lepas bersuntik tu, aku,mamaku dan nenek pergi ke supermarket sebab nenekku cakap dia mau pergi beli buah.Tiba2 dia teringin makan epal dan ada sedikit keperluan rumah yang dia perlu beli. Aku pulak tetiba terasa ingin makan snack. so aku pergilah cari...tiba2 perut aku meragam.
SAKIT! MENYUCUK-NYUCUK!.


Nasib baik nenekku sudah beli barang yang dia mau. Tapi aku sudah janji mau bawak mamaku ke kedai tudung yang makcik aku ceritakan..makcik aku cakap tudung di kedai tu murah2. Tapi aku sudah memang ndak tahan. On the spot aku bawak mereka balik. Habis semua kereta yang lembap2 aku marah2. Sakit perut punya pasal.

Lepas hantar nenek balik rumah, aku terus balik ke rumah kami. Aku suruh mamaku tunggu dalam kereta jak sebab aku janji mau bawak mamaku pergi kedai tudung tu lepas aku membuang sisa-sisa kehidupan yang menspoiledkan aktiviti kami tadi.

Lepas selesai dan ketika itu berasa lega... aku pun bawak mamaku ke bandar semula ( nasib baik rumah dekat dengan bandar )... aku bawakla ke kedai tudung yang dimaksudkan. At first konon2 aku ndak mau la beli sebab yang order hari khamis haritu pun belum sampai. So..aku ndak pandang langsung shawls yang ada di kedai tu. Mamaku ada beli tudung...eh..apa nama tudung tu aaaa?? orang still panggil tudung ekin ka?? ntah la.. apa nama tudung tu.. yang aku tau seperti gambar di bawah. Mamaku beli dua. tetiba entah kenapa gatal tangan aku pergi mencuba tudung tu. Tup..tup.. cam lawa. Sumpah..aku pernah beli tudung ala2 ekin tu tahun lepas dan aku rasa sangat tidak sesuai dengan muka aku. aku rasa macam makcik2 kalau pakai tudung macam tu. tapi tadi aku try yang ini cam sesuai jak sebab depan dia agak muncung. i like... first2 konon2 mau beli satu.. pastu ambil lagi satu...pastu ambil lagi satu. At last aku ambil tiga. Nasib la murah. sebab plain kan.lagipun tiada accessories langsung. oklah..aku pun bukan suka yang banyak manik2 tu.. nanti macam makcik2..:D...dan kalau mahal maybe aku ndakkan lah rembat sampai tiga. sebab aku bukan suka sangat tudung macam ni. Aku beli ni pun saja2 jak. aku prefer pakai shawl. So nampaknya janji tinggal janji la..janji untuk tidak beli shawls..eh..tapi itu shawls kan.. tudung boleh kan.. lalalalalalalala~...

ngehhhh!!





nota kaki tangan dan mulut: sekarang tangan aku tengah sakit...ish..macam budak2..baru suntik sikit pun sakit..

p/s aku sudah tidak bersanggul tinggi... takuttt!!

21 May 2010

...mana perginya hati dan perasaan mereka - bertaubatlah...









Seperti biasa... malam2ku akan aku habiskan dengan melayari facebook dan blog kawan2. Tadi tengah kusyuk melayari facebook.. aku ternampak kawan yang ditag dengan gambar bayi yang kena buang. Ya ALLAH. Tidak sudah2 cerita pasal bayi kena buang ni tau. Aku hairan.Mana perginya hati dan perasaan mereka. Mana perginya iman mereka. Tidakkah mereka terfikir bahawa bayi itu jugak seorang manusia...manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. kenapa perlu dibuang seenak-enaknya. Pernahkah mereka terfikir ada pasangan yang telah kawin bertahun2 tapi tidak mempunyai anak dan still berusaha. Mereka seenaknya membuang begitu saja.Kalaupun mereka tidak mahu bayi itu, silalah berikan kepada orang yang mampu untuk menjaganya. Janganlah dibuang bagaikan sampah. Kasihan mereka. Sumpah...aku selalu berangan ada orang buang bayi depan rumah aku....boleh buat adik angkat( uiks..bahaya kalau jadikan anak angkat...ngehhh)... aku cuma mampu berdoa semoga aku dihindari dari menjadi seperti mereka itu....Bertaubatlah!!!!!









nota kaki tangan dan mulut: semoga suatu hari nanti mereka yang melakukan dosa2 ini mendapat balasan yang setimpal...

...aku bangga dengan nenek aku...

Semalam kami ada buat kenduri untuk arwah datuk. Seperti biasa tiap kali kenduri, walaupun kecil-kecilan, rumah nenek tetap dikunjungi oleh ramai orang.Dari dulu lagi...dari zaman aku kanak2 hinggalah aku sudah dewasa.Dari zaman arwah datuk masih hidup sampailah beliau sudah kembali ke Rahmatullah.. tiap kali adakan kenduri...tidak kiralah kenduri apa sekali pun.. mesti ramai yang datang. Ya... kami sentiasa bersyukur kerana itu menunjukkan arwah datukku dan nenekku tiada musuh.
Dan semalam, kamu adakan kenduri sempena permergian datuk (a.k.a kami panggil nenek laki..entah kenapa..memang dari kecil semua cucu2 arwah panggil begitu) yang ke 3 tahun yang mana sepatutnya 23 Mei ini. Tapi memandangkan semalam adalah malam Jumaat dan ada sebab2 tertentu so kami buat awal. Sepertia biasa, nenekku akan panggil orang keliling2 rumah dan jugak saudara dan kenalan untuk datang memeriahkan... satu lagi... nenek aku ni jenis suka sedekah dengan orang ramai sebab bagi dia....especially orang2 yang membantu untuk menyediakan hidangan... satu lagi... arwah datuk dan nenek aku ni memang paling suka sedekah jiran2 dia...sebab bagi mereka.. harta Allah kena bagi2. Aku masih ingat lagi masa kecil2.. keliling rumah nenek ni banyak pokok rambutan, so bila musim rambutan aku dan anggota2 ku akang panjat dan ambil rambutan2 tu. Pernah sekali.. disebabkan nenekku suka sedekahkan orang sekeliling (sebab nenek selalu cakap... ndak bagus la kalau orang sekeliling nampak tapi kita ndak bagi diorang..)...pernah sekali... sedekah punya sedekah hinggakan dia lupa untuk simpan sedikit bahagian rambutan2 yang kami ambil tu untuk dia sendiri. Kasihan jugak. Tapi maybe dia puas hati bila orang sekeliling dapat merasa apa yang dia ada.
Dan sekali lagi benda begitu berlaku. Semalam, disebabkan ramai orang yang datang, mostly tetamu perempuan akan mendapat bekalan lauk untuk dibawa balik ke rumah. Selepas selesai majlis baru perasan yang lauk2 sudah habis diberikan kepada tetamu dan tiada untuk kami yang menjadi tuan rumah. Yang tinggal cuma sup tulang. hurmmm... tapi kami sikit pun ndak mengeluh sebab kami sudah biasa dengan perangai nenek aku tu. Biarlah.. at least tiada pembaziran berlaku. Pasal makanan2 tu... next time boleh masak lagi. Yang penting pahala bersedekah tu dapat. Lagipun apalah yang dihairan pun kan... bukan ndak boleh masak lain kali.
Apapun... aku memang berbangga dengan Arwah datuk dan nenek aku. Semoga amalan bersedekah itu memberikan pahala yang besar kepada mereka.


Antara lauk yang ada...

Ini sup tulang..tapi belum tambah kuah. Selesai orang baca doa baru tambah kuah dia..barulah UMMMPHHH!!

Imagine... lauk sebanyak ini... sikit pun tiada simpan untuk kami tuan rumah.. :P


Tapi tengok la...rezeki arwah masi melimpah2 walaupun sesudah menianggal dunia... ada saja orang sedekahkan. Kebisaaannya, kalau ada kenduri2, tetamu yang datang akan bawa benda2 yang boleh digunakan untuk kenduri.. contohnya buah2an,kuih muih..dan ada jugak yang bagi bahan2 seperti gula, telur dan susu. Tapi, sebagai tuan rumah, for sure lah kami sudah sediakan all those thing sebelum majlis kan. Ndakkan la malam mau kenduri..mau tunggu sedekah dari orang ramai baru sibuk buat kopi.. no..it's not our family. Dan hasil dari sedekah tetamu yang datang..tiga gambar ni la hasilnya. Nenekku macam boleh buka kedai runcit sudah ni...

Apa2 pun, aku bangga sebab keluarga aku tidak pernah kedekut. Semoga rezeki nenekku makin melimpah ruah begitu jugak dengan seluruh ahli keluarga aku. AMIN!






nota kaki tangan dan mulut:percaya pada rezeki Allah. Bila kita rajin bersedekah pasti pulangannya akan berlipat kali ganda...

20 May 2010

...Sanggul arab/tinggi haram???...

Tadi seperti biasa aku kusyuk la berfacebooking. tiba2 aku ternampak satu article pasal sanggul tinggi shared by someone in FB. then aku pun baca la article tu. Lepas baca punya baca punya baca... then...baru aku tau...rupanya2 bersanggul tinggi itu haram dalam islam. Masa form 5 ada ustaz pernah cakap.. haram kalau kita ikat rambut yang menyerupai ekor kuda (alah..cam biasa kita ikat tu...yang ikat satu di atas kepala)... and aku ndak tau pulak pasal sanggul ni(nmpk sangat still buta agama).. then aku ndak puas hati dengan article tu.. so aku search lagi la di tenet sampai aku jumpa blog ini. Antara petikan articlenya :

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)




Sumpah aku ndak tau benda2 ni. Aku mengaku...lately 2-3 minggu lately.. aku mengayakan shawls dengan sanggul yang agak tinggi. ndak la aku pakai rambut palsu macam sesetengah orang tu... sebab dari apa yang aku baca dari blog kawan2.. sanggul tiruan tu ada jual. tapi mebe somewhere in KL la.Ndak pernah plak aku jumpa di sini. sanggul aku ndak la sebesar dorang sebab rambut aku pendek sampai bahu. cuma menjadi besar sedikit bila aku pakai pengikat rambut yang agak tebal. memang la nampak lebih bergaya bila ada sanggul ni. tapi lepas baca that article aku pun terus masuk tandas and ikat rambut aku macam biasa...level bawah. hurmm... aku ni ndak la bah alim betul... kadang2 ada jugak buat dosa.. tapi kalau ada dosa yang boleh kita elakkan dari melakukannya... apa salahnyakan...



contoh sanggul tinggi..
(gambar ini copy from her blog)







nota kaki tangan dan mulut: ndakda sanggul pun kita still boleh bergaya..peace!!

...again - new shawls...

"BULAN TUA".. istilah yang di gunakan bila hujung2 bulan sebelum gaji or tengah bulan setiap bulan. Ya...kebiasaannya time macam ni banyak orang mengeluh sebab poket sudah menipis. Sama jugak dengan aku. time2 macam ni banyak aktiviti luar dikurangkan. TAPI.... yang aku ndak puas hati...time2 macam ni jugak la blogshop2 akan mengeluarkan shawls dengan design2 yang menarik. ADOII!! dugaan betul. Tapi... aku memang ndak boleh tahan kalau nampak shawls bercorak menarik ni.. biar ndakda duit pun... aku rela berbelanja untuk shawls. entah kenapa.maybe sebab minat. sedangkan di dalam almari di rumah tu masih ada lagi yang belum pernah pakai. Mamaku selalu cakap aku membazir. tapi apa boleh buat. sudah minatku. seingat aku....aku ada lebih daripada 70 shawls. pelbagai corak. pelbagai warna. Ada yang belum pakai. ada yang balik2 aku pakai. ADOII!!! Yang colour pink sebelah kanan (gmbr bawah) tu pun aku belum pakai. Baru beli awal bulan hari tu dari blog kawan aku.

Tadi, aku aku ada nampak orang advertise shawls di blog. so aku klik la blogshop dia. ADUH... aku tergoda lagi.Seperti biasa... aku rembat sekali 4(gambar2 di bawah). Tapi aku sudah janji dengan diri sendiri. Ndakkan beli lagi untuk 1-2 bulan akan datang sebab ada banyak benda aku perlu beli untuk persediaanku untuk pergi ke suatu destinasi (kan sudah renew pasport..ngehhh)... So gaji untuk bulan ini adalah untuk persediaan untuk ke sana nanti. - harap2 aku berjaya tahan godaan dari pemilik2 blogshop2... Walaupun harga2 shawls mereka tidak la semahal harga tie rack yang si kak long jual di blog dia...ngehhhh!!!











nota kaki tangan dan mulut:at last nanti cousins aku yang untung aku sedekahkan dia shawls..:D