"BULAN TUA".. istilah yang di gunakan bila hujung2 bulan sebelum gaji or tengah bulan setiap bulan. Ya...kebiasaannya time macam ni banyak orang mengeluh sebab poket sudah menipis. Sama jugak dengan aku. time2 macam ni banyak aktiviti luar dikurangkan. TAPI.... yang aku ndak puas hati...time2 macam ni jugak la blogshop2 akan mengeluarkan shawls dengan design2 yang menarik. ADOII!! dugaan betul. Tapi... aku memang ndak boleh tahan kalau nampak shawls bercorak menarik ni.. biar ndakda duit pun... aku rela berbelanja untuk shawls. entah kenapa.maybe sebab minat. sedangkan di dalam almari di rumah tu masih ada lagi yang belum pernah pakai. Mamaku selalu cakap aku membazir. tapi apa boleh buat. sudah minatku. seingat aku....aku ada lebih daripada 70 shawls. pelbagai corak. pelbagai warna. Ada yang belum pakai. ada yang balik2 aku pakai. ADOII!!! Yang colour pink sebelah kanan (gmbr bawah) tu pun aku belum pakai. Baru beli awal bulan hari tu dari blog kawan aku.
Tadi, aku aku ada nampak orang advertise shawls di blog. so aku klik la blogshop dia. ADUH... aku tergoda lagi.Seperti biasa... aku rembat sekali 4(gambar2 di bawah). Tapi aku sudah janji dengan diri sendiri. Ndakkan beli lagi untuk 1-2 bulan akan datang sebab ada banyak benda aku perlu beli untuk persediaanku untuk pergi ke suatu destinasi (kan sudah renew pasport..ngehhh)... So gaji untuk bulan ini adalah untuk persediaan untuk ke sana nanti. - harap2 aku berjaya tahan godaan dari pemilik2 blogshop2... Walaupun harga2 shawls mereka tidak la semahal harga tie rack yang si kak long jual di blog dia...ngehhhh!!!
nota kaki tangan dan mulut:at last nanti cousins aku yang untung aku sedekahkan dia shawls..:D
No comments:
Post a Comment