21 May 2010

...aku bangga dengan nenek aku...

Semalam kami ada buat kenduri untuk arwah datuk. Seperti biasa tiap kali kenduri, walaupun kecil-kecilan, rumah nenek tetap dikunjungi oleh ramai orang.Dari dulu lagi...dari zaman aku kanak2 hinggalah aku sudah dewasa.Dari zaman arwah datuk masih hidup sampailah beliau sudah kembali ke Rahmatullah.. tiap kali adakan kenduri...tidak kiralah kenduri apa sekali pun.. mesti ramai yang datang. Ya... kami sentiasa bersyukur kerana itu menunjukkan arwah datukku dan nenekku tiada musuh.
Dan semalam, kamu adakan kenduri sempena permergian datuk (a.k.a kami panggil nenek laki..entah kenapa..memang dari kecil semua cucu2 arwah panggil begitu) yang ke 3 tahun yang mana sepatutnya 23 Mei ini. Tapi memandangkan semalam adalah malam Jumaat dan ada sebab2 tertentu so kami buat awal. Sepertia biasa, nenekku akan panggil orang keliling2 rumah dan jugak saudara dan kenalan untuk datang memeriahkan... satu lagi... nenek aku ni jenis suka sedekah dengan orang ramai sebab bagi dia....especially orang2 yang membantu untuk menyediakan hidangan... satu lagi... arwah datuk dan nenek aku ni memang paling suka sedekah jiran2 dia...sebab bagi mereka.. harta Allah kena bagi2. Aku masih ingat lagi masa kecil2.. keliling rumah nenek ni banyak pokok rambutan, so bila musim rambutan aku dan anggota2 ku akang panjat dan ambil rambutan2 tu. Pernah sekali.. disebabkan nenekku suka sedekahkan orang sekeliling (sebab nenek selalu cakap... ndak bagus la kalau orang sekeliling nampak tapi kita ndak bagi diorang..)...pernah sekali... sedekah punya sedekah hinggakan dia lupa untuk simpan sedikit bahagian rambutan2 yang kami ambil tu untuk dia sendiri. Kasihan jugak. Tapi maybe dia puas hati bila orang sekeliling dapat merasa apa yang dia ada.
Dan sekali lagi benda begitu berlaku. Semalam, disebabkan ramai orang yang datang, mostly tetamu perempuan akan mendapat bekalan lauk untuk dibawa balik ke rumah. Selepas selesai majlis baru perasan yang lauk2 sudah habis diberikan kepada tetamu dan tiada untuk kami yang menjadi tuan rumah. Yang tinggal cuma sup tulang. hurmmm... tapi kami sikit pun ndak mengeluh sebab kami sudah biasa dengan perangai nenek aku tu. Biarlah.. at least tiada pembaziran berlaku. Pasal makanan2 tu... next time boleh masak lagi. Yang penting pahala bersedekah tu dapat. Lagipun apalah yang dihairan pun kan... bukan ndak boleh masak lain kali.
Apapun... aku memang berbangga dengan Arwah datuk dan nenek aku. Semoga amalan bersedekah itu memberikan pahala yang besar kepada mereka.


Antara lauk yang ada...

Ini sup tulang..tapi belum tambah kuah. Selesai orang baca doa baru tambah kuah dia..barulah UMMMPHHH!!

Imagine... lauk sebanyak ini... sikit pun tiada simpan untuk kami tuan rumah.. :P


Tapi tengok la...rezeki arwah masi melimpah2 walaupun sesudah menianggal dunia... ada saja orang sedekahkan. Kebisaaannya, kalau ada kenduri2, tetamu yang datang akan bawa benda2 yang boleh digunakan untuk kenduri.. contohnya buah2an,kuih muih..dan ada jugak yang bagi bahan2 seperti gula, telur dan susu. Tapi, sebagai tuan rumah, for sure lah kami sudah sediakan all those thing sebelum majlis kan. Ndakkan la malam mau kenduri..mau tunggu sedekah dari orang ramai baru sibuk buat kopi.. no..it's not our family. Dan hasil dari sedekah tetamu yang datang..tiga gambar ni la hasilnya. Nenekku macam boleh buka kedai runcit sudah ni...

Apa2 pun, aku bangga sebab keluarga aku tidak pernah kedekut. Semoga rezeki nenekku makin melimpah ruah begitu jugak dengan seluruh ahli keluarga aku. AMIN!






nota kaki tangan dan mulut:percaya pada rezeki Allah. Bila kita rajin bersedekah pasti pulangannya akan berlipat kali ganda...

2 comments: