Tadi seperti biasa aku kusyuk la berfacebooking. tiba2 aku ternampak satu article pasal sanggul tinggi shared by someone in FB. then aku pun baca la article tu. Lepas baca punya baca punya baca... then...baru aku tau...rupanya2 bersanggul tinggi itu haram dalam islam. Masa form 5 ada ustaz pernah cakap.. haram kalau kita ikat rambut yang menyerupai ekor kuda (alah..cam biasa kita ikat tu...yang ikat satu di atas kepala)... and aku ndak tau pulak pasal sanggul ni(nmpk sangat still buta agama).. then aku ndak puas hati dengan article tu.. so aku search lagi la di tenet sampai aku jumpa blog ini. Antara petikan articlenya :
Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.
Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.
Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.
Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!
Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

Sumpah aku ndak tau benda2 ni. Aku mengaku...lately 2-3 minggu lately.. aku mengayakan shawls dengan sanggul yang agak tinggi. ndak la aku pakai rambut palsu macam sesetengah orang tu... sebab dari apa yang aku baca dari blog kawan2.. sanggul tiruan tu ada jual. tapi mebe somewhere in KL la.Ndak pernah plak aku jumpa di sini. sanggul aku ndak la sebesar dorang sebab rambut aku pendek sampai bahu. cuma menjadi besar sedikit bila aku pakai pengikat rambut yang agak tebal. memang la nampak lebih bergaya bila ada sanggul ni. tapi lepas baca that article aku pun terus masuk tandas and ikat rambut aku macam biasa...level bawah. hurmm... aku ni ndak la bah alim betul... kadang2 ada jugak buat dosa.. tapi kalau ada dosa yang boleh kita elakkan dari melakukannya... apa salahnyakan...
contoh sanggul tinggi..
(gambar ini copy from her blog)
nota kaki tangan dan mulut: ndakda sanggul pun kita still boleh bergaya..peace!!
selamat berubah~haha
ReplyDeletengee rmbut pon pendek. hee~
ReplyDeletekembatolo: xda masalah...rambut mmg pendek..
ReplyDeletecik akma : nasib baik..