20 September 2011

Muka Mualaf Celah Mana??????

 ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!


Pagi tadi aku post gambar bawah ni. Bagi tengok kawan aku yang di senanjung tu aku pakai apa hari ni. 







Kawan aku reply ini






Ohoi!!! Aku confused. Muka macam ini pun ada orang cakap muka mualaf ka??? Lawak pulak aku rasa bila orang cakap muka macam mualaf. Celah mana yang mualafnya pun aku ndak tau.

Tapi, mungkin jugak la. Kan nenek aku Cina. Sumpah! Betul ndak tipu. Nenek aku dibesarkan oleh orang Melayu sebab orang cina dulu-dulu kan ndak suka anak perempuan so diaorang lebih rela buang anak perempuan. Tapi kalau sekarang buat macam tu, memang bodoh la orang tu.


Ini nenek aku...






Ini mak aku...





Hah! dari sini la kali keturunan 'mualaf' tu hadir. 



Tapi yang sebenarnya, aku pakai inner macam tu hari ni sebab aku terpandang gambar aku yang bawah ni. Kalau ndak silap ini gambar 2 tahun lepas. So, konon-konon aku rindu la pakai inner macam ni.




Pokoknya, aku rindu la mau pelbagaikan fesyen bershawl aku. Rindu banget.



p/s besok try feysen lain pulak.

17 September 2011

Naik space gun untuk kali yang kedua || Memang Asyikkkkkkkkkk!!!


ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!


Hari tu beriya update entri sehari sampai 5 entri. Lepas tu aku buntu. Tiada idea. Demmm la kan macam tu.

Hari khamis lepas, disebabkan jumaat cuti, aku ajak MZMZ pergi funfair untuk habiskan token yang ndak habis pakai time pergi funfair dengan cousin aku time raya hari tu.

Aku memang plan mau bawak MZMZ naik space gun kebetulan time pergi dengan cousin aku last time MZMZ sakit so ndak mungkin la aku ajak dia main space gun. Itu sama jugak menyuruh dia muntah di atas udara tu.

Video bawah ni aku ambil tengah tinggu turn mau naik space gun tu. Perghh!!! Ni kali kedua aku naik, ada sedikit keberanian la berbanding yang dulu. Lagi menyeronokkan dan membuatkan aku excited, kali ni ada MZMZ disebelah aku.







Frankly speak, ndak semua orang berani naik space gun ni sebab diorang takut. Tapi bagi aku yang sudah naik dua kali, aku rasa ndakda la seram pun. Paling best time benda tu stop di atas. Badan terbalik kebawah. Tengok bawah memang menyeramkan tapi best! Sumpah best.

So kepada yang takut mau naik tu, try dulu. Lepas ni sure kamu ketagih.


P/s rindu pulak pergi Genting Highland

13 September 2011

Hari Ini Hari Selasa

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!

Ahaiii!!! Hari ni aku bangun awal eee!! Banyak baju mau dicuci. Ini pun tengah tunggu mesin tolong aku cuci baju aku. Sambil-sambil menunggu tu aku layan blogging jap.

Semalam line stremyx buat hal. GERAM! Aku punya mood main poker lately membuak-buak. Entah setan mana menghasut. Serasa aku sudah almost dua bulan aku ndak bawak balik laptop, tapi bila mood pokering datang, terpaksalah bawak balik. Tapi semalam line macam siput!! Streamyx pun buat hal ka??? ADOII!!!

Aku perasan, sejak dua menjak ni aku rajin update blog, sudah tu update benda-benda entah apa-apa. Tapi biarlah. Suka hati aku la. Janji aku dapat luahkan apa aku mau. Nama pun blog peribadi kan kan kan.

Ohoii!! Mesin sudah panggil. Nanti sambung mengarut.

Bye!!!


Good Morning!!!


Muahhh!!!


P/s gila !!!!




12 September 2011

Tolong Jangan Invite Aku Event Yang BUKAN-BUKAN dalam Facebook! | MENYEMAK OK!!!


Betul-betul spoil mood aku la kan pagi-pagi ni. Buka jak FB, banyak gila notification. Ingatkan ada kawan-kawan mengomen, fikir punya fikir, aku jarang sudah post status ka, gambar ka, apa pasal banyak betul notificationnya. Rupa-rupanya ada banyak invitation yang mengarut-mengarut dalam FB tu.


Bawah ni beberapa event yang tinggal. Sudah delete almost 30 event baru teringat mau mencarut dalam blog. Sudahnya tinggal 5 baru teringat mau print screen.



Kepada manusia-manusia yang suka invite orang sesuka hati, CUKUP LAH WEI! BOSAN LAH! MENYEMAK!!


p/s boleh ka block orang dari intive kita???

Sakit Tapi Sedap

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!

Semalam, selepas lama berehat, aku dengan bangganya turun ke gym. Fuhh!!! Memang lega gila bila dapat keluarkan peluh ni. Terasa segar. Ringan rasa tubuh badan. Memang best la. Tidur pun tiada gangguan. Nyenyak gila akibat kepenatan yang melampau. Letak jak kepala di bantal, terus ZZZZZZZZZ. Kesian MZMZ, mesej dia ndak berbalas. (tapi biar ndak pergi gym pun aku selalu ketiduran Lol)

Bila penat yang sampai tahap kritikal ni, satu masalahnya ialah malas bangun tidur. Rasa liat jak. Rasa macam mau tidur sampai malam. Tapi aku gagahi jugak bangun. Kalau dilayan, ndak pergi kerja kita dibuatnya.

Turun jak dari katil, ℘ℰȓȓȓցჩჩჩჩჩ!!!! Sakit gila seluruh badan. Inilah akibatnya bila sudah lama tidak ke gym. Sengal sana sini. Peha sakit kesan dari cycling yang hanya 20 minit tu. Sumpah aku ndak tahan. Stamina betul-betul down. 20 minit aku sudah ndak larat sedangkan sebelum ni aku boleh buat 60 minit. Ndak boleh jadi ni, kena tingkatkan stamina balik ni.

Pinggang pun sakit jugak kesan dari workout yang kunun-kunun untuk membentuk pinggang tu. Disebabkan kurang cycling semalam, aku pun dengan gagah mebggunakan dumble yang agak berat. Hah hambek ko lengan pun sakit.

Tapi sakit-sakit pun tapi sedap.Maksud aku sedap tu bukan apa, rasa lega dan ringan tu yang buat ianya jadi sedap. Serius ringan gila badan sebab sudah keluarkan peluh. The best part bila kita senaman or gymming ni ialah bila peluh dan baju basah disebabkan peluh. Memang best gila bila nampak peluh keluar mencurah2 ni. Terpancar kepuasan sebab time tubla lemak sedang di bakar. Ahhh!! Pokoknya i like!!!!!

Malam ni aku ndak dapat join MZMZ memandangkan aku sekarang dalam usaha mengurangkan aktiviti luar. MZMZ pergi gym hari-hari sebab dia join gym tu untuk sebulan sedangkan aku bayar daily. So sayanglah bayar sebulam tapi ndak pergi kan. Lagipun MZMZ sedang usaha bentuk badan dia balik disebabkan ramai kawan-kawan dia cakap badan dia sudah agak turun disebabkan puasa. Suka kau la MZMZ jangan sampai sakit sudah!


P/s besok baru pergi lagi mau cycling sejam

11 September 2011

Layan Evolusi KL Drift 2 di Petang Ahad | Aku Jatuh Cinta Dengan Joe



Petang-petang minggu ni aku layan Astro Channel 104. EVOLUSI KL DRIFT 2. Entah untuk kali yang keberapa. Tapi makin aku tengok cerita ni buat aku makin jatuh cinta dengan Joe aka AARON AZIZ.

Dulu aku pernah buat entri pasal AA ni. Lelaki ni memang bikin hati aku cairrrrrr!!! Serius wei. Apa pasal la dia sudah kahwin??? Adoi! Memang hensem lah bah dia ni. Tinggi! Hensem! Stylo! Badan Tough! (Eh gitu bah kan eja tough! ) Tapi aku suka bila dia jadi samseng. Bila dia jadi orang baik macam dalam cerita NORA ELENA tu, kurang sikit la minat aku.

Kadang-kadang aku terfikir, memang taste aku samseng ka??? Oh tidak!! Tapi bila difikir-fikir balik, betul jugak. Memang aku suka tengok orang yang ala-ala samseng ni. Entah kenapa aku kurang berminat dengan lelaki skema ni. Kurang nafsu la katakan. Aku suka lelaki yang stylo jugak. Pokoknya minat la aku rambut pacak-pacak ni.

Gambar bawah ni gambar AA yang aku curik dari En. Google. Hansome kannnnn?????


P/s buta hati si Rina ni!!!!



Lunch of The Day!!!

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⓀⓊⓂ!!!!

My lunch of the day. Satu jak ok. Satu lagi mamaku punya.


Short Entry!!!

Mamak cakap mau jalan 11.30 lepas pergi aqiqah. Katanya kejap jakkkk!!! Tapi macam sudah sejam aku menunggu ni. Jadi ka ndak ni mak?????

Bosan tunggu si mamak bah... Kebosanan sudah eeeee!!!!




Di Pagi Hari Minggu

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⓀⓊⓂ!!!

Di pagi hari minggu, aku masih lagi bermalas-malas di atas katil. Ndak tau anak dara spesis apa la aku ni. Sudah jam 9 masih bermalas-malas padahal baju kotor penuh satu basket tu. Tapi seingat aku, semalam adik aku ada menyuci pakaian, bermakna pagi ini jemuran penuh dengan kain-kain dia. So besok baru aku boleh menyuci. Alasan kukuh!!!


Tadi mamak ajak ke Giant. Biasanya kalau hari munggu kami bejalan seawal jam 10 tapi memandangkan ada majlis aqiqah yang perlu mamaku hadiri, misi meronda-ronda bandar Tawau dilewatkan sedikit. Aku kan "supir peribadi" mamaku. Ikut saja lah.


Tiba2 aku tersedar, apa bah aku mengarut pagi-pagi buta ni.

Ok!! Im off!!! Misi ke dapur mencari makanan. Perut sudah pasang lagu keroncong la.

Sampai jumpa di entri mengarut seterusnya.



P/s mentang-mentang baru download application BLOGGER.


10 September 2011

Siapa Cakap Kalau Mau Kurus Mesti Masuk Slimming Center??? PENIPU!!!

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!


Entri kali ini adalah penghargaan dan ucapan tahniah dan kagum dan bangga dan dan dan... dan semua perasaan la terhadap kawan aku satu orang ni. Nama dia EDA SUHAILI SAHARUDIN (ESS). Aku kenal dia ni time sama-sama belajar di Universiti Malaysia Pahang. Serius aku cakap, aku dengan dia adalah antara pelajar yang agak gemuk time study.Diulangi GEMUK! Tapi dia lagi gemuk dari aku ha ha ha. Tapi dia tinggi aku pulak pendek ha ha ha. Seingat aku, aku dan dia ni la yang paling hebat dalam menternak badan time study-study dulu. Seluar jangan cakap la. Saiz jantan. Aku lagi la, ada hati pakai Levis, tapi manada Levis perempuan muat ngan aku time tu, sudahnya aku bantai Levis jantan. Jantan pun Jantan la janji Levis. LOL.


Lupakan pasal aku. Mari kita cerita pasal dia. Gambar atas ni gambar masa sehari sebelum hari konvokesyen. Jangan cakap lah kan. Pastinya selama praktikal tu aku lagi hebat menternak badan.ESS jangan cakaplah(yang berkasut merah). tengok paha pun sudah tau. Dia memang gemuk gila. Sudahlah gemuk, tinggi pulak tu. Memang nampak la dia besar kan. Tapi itu dulu. 


Sekarang........





Yes. Dia sudah kurus gila. Terus terang aku cakap, perasaan cemburukkan dialah yang membakar semangat aku untuk kurus juga. Mungkin tidak sekurus model tapi boleh dibanggakan bila kita berusaha untuk kuruskan badan tanpa perge ke pusat-pusat pelangsingan dan tanpa perlu makan ubat-ubat pelangsingan badan. Apa yang perlu adalah semangat dan displin diri dalam menguruskan pemakanan kita. Senama juga penting. Kawal pemakanan tanpa membakar lemak adalah usaha yang sia-sia.


Terus terang, aku memang BANGGA gila dengan dia. Dia bejaya menguruskan badan dalam tempoh masa setahun lebih tanpa pergi ke pusat-pusat pelangsingan badan dan tanpa bantuan ubat-ubatan. Berjaya mengurangkan almost 30kg adalah satu pencapaian yang tidak semua orang sanggup lakukan. Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Dugaan NAFSU makan terutamanya. Aku sendiri kadang-kadang gagal melawan nafsu makan. Lagi-lagi time mau period. Semua benda mau di makan. Ndak dimakan, takut kempunan. Ndak pasal-pasal dapat mala petaka. Nauzubillah!


Kini, dia masih lagi beusaha untuk menguruskan sedikit lagi agar sampai ke berat yang ideal bagi dia. Aku doakan dia memperolehinya. Bagi aku, dia tetap jadi pembakar semangat aku. Bila dia bagi tau berat dia turun sekian-sekian Kg, aku jadi takut. Bukan takut apa, dia boleh kurus kenapa aku tidak. So, aku jadi semangat mau kuruskan badan. Aku pernah luahkan ke MZMZ yang aku jeles ngan ESS. Dia kurus gila. MZMZ cakap, kalau ESS boleh kenapa aku tidak. Atas semangat itu jugak la, bulan puasa yang lepas, aku berjaya kurangkan almost 6 kg berat aku. Aku happy gila. Sekarang dalam usaha mengurangkan lagi dan maintainkan berat sekarang memandangkan bulan Syawal yang mulia ni makanan enak-enak belaka. Tapi aku bangga, selepas hampir 12 Syawal berlalu, aku masih mampu bertahan mengawal berat badan. Tidak tergoda dan ternoda pun berat aku dengan makanan raya yang enak-enak ni.


Jujur aku cakap, sebelum puasa, aku nekad untuk kuruskan badan,aku siap nekad, Jeans untuk raya nanti aku mau pakai size kecik! Jujur, sebelum ni aku pakai Levis Ladies size 30 atau 31. 3 hari sebelum raya, aku berjaya memakai jeans saiz 28. Memang idaman aku! Happy banget aku time beli tu. Memang terpancar kegembiraan aku. Apa tidaknya, usaha aku tidak sia-sia. Bukanlah maksud aku berpuasa untuk kuruskan badan semata-mata, sambil menyelam minum air kata orang Melayu. Kalau tidak berjaya tidak mengapa tapi kalau berjaya itu satu bonus dan pembakar semangat. 


Tapi sebenarnya, apa yang menghantui aku, KALAU LAH LEPAS RAYA JEANS TU NDAK MUAT, SAYANG OIII!!! Semua orang pun ndak yakin ngan aku. Siap cakap lagi, pas raya mesti ndak muat tu. Menyampah aku dengan orang-orang yang tidak supportive ni. Bukannya memberikan aku semangat untuk lagi kurus, lagi mau hilangkan semangat. Tapi, kini aku berjaya buktikan, even selepas 12 Syawal pun aku masi mampu pakai seluar tu. Malahan betambah longgar. FUHH!!! BANGGA!!!


Moral of the story, untuk jadi kurus, apa yang perlu semangat, disiplin dan kekuatan diri. Kalau pun kita pergi ke pusat pelangsingan atau makan ubat-ubatan, tapi tanpa disiplin diri, semuanya akan sia-sia. Malahan berat badan akan naik mendadak dan berlipat kali ganda. 


Bawah ni beberapa tips yang aku rasa membantu aku, ESS pun cakap gitu jugak kan ESS.

♥ minum banyak air. aku minum at least 2-3 liter sehari. Memang sah la masuk tandas tu wajib. Tapi kurus punya pasal masuk tanda 100 kali pun aku sanggup

♥ kurangkan makan nasi. Banyakkan lauk. Nasi satu senduk sahaja. Kalau ikut ESS lagi la parah, 1 sudu makan. ndak mampu aku ikut si ESS ni.

♥ Senaman itu penting. Aku pergi gym di Stadium tu. MZMZ jadi jurulatih dan tukang paksa aku. ESS masuk fitness center. Dia tinggal KL senang la. Fitness center belambak di KL tu.

Aku pun ndak pasti apa lagi yang aku selalu amalkan, yang pasti, AIR! AIR dapat mencuci badan kita. Bila aku banyak makan, aku akan minum banyak air pada hari tersebut, supaya dapat menyuci badan kita. Berak pun senang wei kalau air cukup dalam badan.


Kepada yang berusaha untuk kurus cubalah. Eh chop-chop, rasanya VCO membantu jugak Sebab dia membantu melawaskan proses pembuangan sisa-sisa dalam badan. Tapi VCO bukan sejenis ubat-ubatan ok. VCO adalah makanan tambahan. So, kepada yang ingin kurus atau mendapatkan hikmat nasihat dari ESS, bolehlah add FB dia. Ini link dia




p/s usaha untuk kuruskan muka!!! 


notes: gambar dan cerita sudah mendapat keizinan dari ESS. Thanks ESS. I am really proud of you!


09 September 2011

Fenomena Angry Bird:Group Angry Bird Malaysia!

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!





"ANGRY BIRD" sejenis permainan yang sekecil zarah pun tidak pernah minat. Tapi aku hairan kenapa game ini menjadi kegilaan ramai. Ndak kira yang tua atau yang muda.Dulu, aku hairan, kenapa orang minat game ni. Laginya aku jenis pantang ada game baru, mesti aku cuba. One day, aku pun dengan baik hati dan ikhlasnya, pergila membuka game Angry Bird ni di FB. Main punya main aku rasa bosan. Terfikir juga, apa jadah orang minat AB ni. Macam bodoh pulak aku rasa. Macam tiada motif.

Dipendekkan cerita, lately , aku hairan kenapa fenomena ANGRY BIRD (AB)  ni makin menular.Menular dengan pantasnya. Sana sini orang cakap pasal AB. Sana sini jual merchandise AB.Ada seorang anak cousin aku ni, memang gila AB ni. Sampaikan, aku pun menghadiahkan dia merchadise AB time birthday dia 29/9/2011 yang lepas.Yang paling best, birthday cake dia pun AB jugak. Happy banget budak tu dibelikan cake AB. 





Siapa yang follow twitter aku, for sure pernah terbaca beberapa kali aku #tweettweet pasal AB ni. Betapa aku rasa bodoh gila game ni. Oklah kan kalau setakat game or cake or merchandise ni. Tapi yang bikin aku tambah menyampah, petang tadi, balik dari kerja, dengan rajinnya aku bukan FB, tiba-tiba masuk satu notification. 



TADAAAAAAAAAAA!!! Ada orang invite aku join group ANGRY BIRD MALAYSIA. OMG!! Memaki dalam hati aku time baca notification ni. Ini orang betul-betul menambah kemarahan aku. Kalaulah dia tau betapa aku ndak suka BINATANG ANGRY BIRD ni, dia boleh plak invite aku. ADOIIIIIIII!!!

Please la ya. Serius aku cakap, aku ndak tau kenapakah aku tidak minat game AB ni. Entah la. Kalau setakat  melayan karenah anak buah tu, aku layan la AB ni. Kalau namanya mau main, lambat lagi. AB adalah satu-satunya game yang aku main, baru Level 1, aku sudah ndak main-main lagi sampai sekarang. Entah kenapa. Memang aku menyampah ngan game ni.

Kepada peminat-peminat AB diluar sana. Aku mintak maaf kalau entri kali ni menyinggung. Tapi apakan daya, aku memang ndak minat game yang kamu main ni. Entah kenapa!!! MAAF YA!!!!


p/s Poker pun tiada motif, tapi aku suka. Kamu ndak suka, peduli aku apa???





Cerita Pasal Duit Raya!!!

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!

Aku tengok ramai bebenar la kan orang buat entri pasal duit raya diorang. Tiba-tiba la aku pun mau buat. Ini entri edisi ketandusan idea. Tapi macam best pulak kan mau share cerita pasal duit raya ni. Pepatah orang putih cakap, WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK. Eh ngam ka?? Aku ni kadang-kadang bodoh jugak bab pepatah-pepatah orang putih ni. Tapi harap-harap betul la kan.


Ok, cerita pasal duit raya, aku terus terang la. Dalam usia 27 tahun (tuanya kau rina!!), siapa sangka masih ada orang yang baik hati mau bagi aku duit raya. Ketuaan kali aku untuk dibagi duit raya. Untuk RAYA 2011 ni, secara rasminya aku umumkan, aku dapat kumpul RM60 sebagai duit raya. WAHHHHH!! Not bad la kan. Boleh beli sebiji sandal baru. Mau tau dari siapa???


RM 10 adalah hasil dari belas kasihan seorang kakak sepupu yang simpati kepada adik sepupunya yang belum berkahwin ini. Siap cakap "Nah!! Untuk kau. Sebab kau belum kahwin" HEBAT!!!


Lagi RM 50 dari seorang kawan bapak yang berbangsa Cina yang datang beraya di rumah. FUH!! time dia bagi aku siap fikir 2-3 kali. Ni Raya Melayu ka Raya Cina ni??? Bukan patutnya dia yang dapat duit raya?? Apa mimpi dia datang rumah bagi aku duit raya???


Moral of the story: Sesiapa yang mau duit raya, sila jangan berkahwin awal. LOL!!!


Wei, tapi biarpun aku belum kahwin, aku tetap bagi duit raya ngan cousin-cousin aku yang bawah umur 17 tahun ok(sumpah tiada niat menunjuk-nunjuk, bukan aku bagi satu juta satu orang pun mau betemberang). Sebagai sedekah. Zakat harta la gitu lebih kurang. Macam la harta ko banyak sangat kan rina!!!!


Apapun, yang penting, kita ikhlas memberi dan ikhlas menerima.. phewww!!!



Confession : Gambar ini aku curi dari En. Google







P/S ada siapa-siapa lagi yang dermawan mau dermakan aku duit raya????

Di Hari Kelmarin


ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!

Salam Jumaat peeps. Apa kabar?? Baik ka?? Ndak sedar woo, macam baru kemarin aku start kerja after 1 week holiday kan. Jumaat sudah rupanya. Cepatnya masa berlalu. 

Hari ni, mau cerita pasal hari kelmarin. Hari kelmarin yang sangat-sangat membosankan.

♥ 2 kali ke airport. Pagi menghantar Cik Cousin dan malam mengambil Encik Bapak. Penat dan   membosakan sungguh perjalanan ke airport itu. 

♥ kelmarin jugak merupakan hari yang membosankan bila si MZMZ sibuk seharian. Sudahnya, aku  kebosananan. Layan #tweettweet dan layan FB. 

♥ Dan hasil dari kebosanan kelmarin, aku menjumpai hasil yang mungkin mengelikan tekak kalian. Ya!!  sesi mengambil gambar muka sendiri. Penuh photo album hp aku kerjakan. Semua pun pose-pose mintak puji trep cantik. Dan bawah ni hasil dari pose mintak puji yang aku dapat.


  Chop-chop, sebelum tu sila jangan muntah...

  
Tadaaaaaaaaaaaaa!!






Inilah akibatnya bila kebosanan melanda, tapi tidak ada idea mau update blog. Post gambar muka sendiri!!!

Gambar memakai shawl ala-ala HANA TAJIMA versi entah jadi ka tidak. Macam ndak pernah lulus bah aku pakai tudung macam dia. Apa tidaknya, muka aku bulat. Muka dia bujur. Confirm gagal terus!!!


p/s suka aku la..blog aku.. bukan ko yang bayar domain pun!!

08 September 2011

Buang Tebiat ka Tabiat????

ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!

Selamat pagi kawan-kawan. Mimpi hantu raya kali aku semalam tiba-tiba pagi ni ada nafsu update blog. Mau cakap BE ada juta-juta pun ndak jugak. Siap update guna phone lagi.


Entahlah. Lately aku rasa kehidupan aku macam agak membosankan. Semua benda aku buat salah!!!! Salah dimata beberapa orang yang aku rapat. Entahlah. Jadinya, aku jadi seperti orang lain. Aku buat benda-benda yang dulu aku jarang buat. Boleh dikatakan aku mau jadi orang baru. Tapi yang merisaukan aku, aku ni buang tebiat ka apa??? Ehhh chop!!! Tebiat ka tabiat aaa??? Kalaulah cikgu BM aku tau aku sekarang sudah bodoh BM, confirm dia nangis!! Siap boleh tanya orang dalam blog pulak tu. Whatever la kan.


Apapun harap-harap ini bukan tanda-tanda mau mati bah kan??? Kalau pun tanda-tanda mau mati, siapa berani tolak ketentuan ALLAH??? Cumanya,Kalau ada pilihan, aku memang belum sedia untuk mati. Banyak gila kali dosa aku. Dosa besar banyak apatah lagi dosa kecik. Siapa yang berani mengaku diri dia tiada dosa?? Bullsh*t la. Manada orang tiada dosa. Banyak atau sikit biar yang di bahu kiri dan kanan yang hitung. Tapi tetap jugak seorang manusia itu tidak pernah lari dari dosa.


Uikss, betul-betul ka aku ni buang tebiat??? Pagi-pagi buat entri ala-ala uztazah. Hurmm. Seram jugak aku dengan diri sendiri lately. Harap-harap itu semua disebabkan faktor usia dan faktor kematangan. Semoga.


P/s banyak benda aku belum rasa, tapi andainya ajalku tiba, redha jak la. Kau siapa mau tolak ketentuan Allah????


07 September 2011

Mana Gambar Raya ????

Jawapannya???


TIADA!!! 

Aku tiada gambar raya tahun ni. Raya pertama aku pakai baju kurung moden kain Japanese cotton yang aku beli di Bandung March lepas. Sepatutnya kain tu untuk MZMZ tapi, untuk seorang yang belum berkahwin dan tidak pernah beli kain untuk pasangannya, aku tersilap beli kain. Aku lupa MZMZ tu tinggi , aku beli 4m untuk dia buat baju melayu, rupanya dia pakai 5m.Sudahnya, aku bagi dua ngan mak aku kain tu buat baju kurung.Untuk kain, aku pakai songket mak aku pakai kain pelikat. Buruk jugak kan kalau aku pakai baju plain dari atas kebawah.

Gambar??? Sah-sah tiada!  Gambar dengan family lagi la tiada. Memandangkan kamera pink sony aku hilang so aku memang tiada mood la mau bergambarkan. 


Raya kedua, ada makan-makan di rumah. Aku pakai hoodie dress pink. Also tiada gambar.

Raya ketiga, pergi beraya, aku pakai baju cotton viscose, memang selesa gila. pakai dari pagi sampai malam pun rasa selesa gila!!!! gambar?? tiada!!


Kesimpulannya aku tiada gambar time beraya kecuali beberapa gambar yang diambil masa aku pergi rumah kawan aku Yuliana.Masa tu anak buah dia aqiqah. Itu pun aku pakai baju raya tahun lepas.. FUH!!!







FUH!!! Rupanya ada jugak gambar aku time raya ni kan...

Lalalalala~~



p/s pipi tu bila mau kurus??? menyampah!!!

Emel Hantu!


Assalamualaikum semua ^___^,


Tengah asyik aku berfikir-fikir mana mau dapat duit untuk tampung kehidupan bulan ni * gaji dan bonus sudah habis la*, tiba-tiba dapat satu emel. Ingatkan siapa la Puan Shahsilla Binti Sarippudin ni. Semangat la aku membuka emelku. Sekali baca, isi kandungan dia agak menyeramkan.


SILA BACA SENDIRI!!!






Uiks.. Kalau lah betul ada orang mau derma aku 2 Juta Pound.. kaya aku... ha ha ha. Tapi sah-sah benda alah ni mengarut a.k.a virus. Sudah selamat masuk dalam trash aku.

06 September 2011

#bencibila




Aku ni boleh dikategorikan dalam kategori gila #tweettweet. Cumanya latelya, aku kurang ber #tweettweet sebab aku busy. Eh busy ka?? LOL!


Pagi ni aku mau main hash tag yang selalu aku main di Twitter. Hari ni mau main di blog pulak.

#bencibila kau berani cakap belakang. kalau ko berani sangat cakap direct la.Kalau berani cakap belakang-belakang bagus kau masuk kubur bai!

#bencibila kau cakap ngan orang macam kau paling baik dimuka bumi. Suruh orang itu ini. WTF. urus diri kau dulu bai!

#bencibila kau suka berlagak post gambar-gambar di FB kau barang-barang mahal. Supaya apa?? supaya orang cakap ko kaya?? WTF!!!

#bencibila benci bila orang letak gambar di FB dia gambar orang lain atau gambar artis. Kau hodoh ka bai?? Bersyukur la apa yang Allah bagi.

#bencibila kau letak gambar artis jadi profile picture kau. Supaya apa?? Supaya orang cakap kau cantik??? 

#bencibila kau rasa kau hebat. Kau lupa orang lain lagi hebat.

#bencibila aku sekarang sudah ketandusan idea. Ahhhh!! besok sambung!!!


Desperate ka??

Adalah sangat memalukan bila seorang perempuan mengaku seorang lelaki itu BF dia, sedangkan lelaki itu sudah ada GF. Dan paling memalukan bila perempuan itu mengaku didepan GF lelaki itu!!! OH TIDAK!!! Shame on your girl!!!!


Eh!!! maaf. Pagi-pagi teremo. Bukan apa, ada seorang kawan yang aku rasa kasihan bila ada seorang perempuan tiba-tiba mengaku ke dia, yang perempuan itu GF kepada BFnya. Oh tidak!!! Kalau aku jadi perempuan yang mengaku tu, for sure la aku malu. Malu la beb, tu lelaki belum declare apa-apa ngan kau, kau sudah berani-berani mengaku dia BF ko. Sangap ka????? Macam desperate jak ko bai!!!!!!!!!!!!!

05 September 2011

Percubaan Memakai Tudung Ala-ala Hana Tajima Tapi GAGAL: Part 2

Dulu-dulu ada buat entri pasal percubaan memakai tudung ala-ala HANA TAJIMA, tapi gagal!

Gagal sebab time tu aku pakai shawl chiffon.

Hari ini ada percubaan kali kedua. Entah masuk dalam kategori LULUS ka GAGAL.





Aku rasa macam 50% lulus 50% gagal bah.!!

Kesabaran Yang Terbatas

Assalamualaikum kawan-kawan ^___^,

How's Raya?? Semua ok jugak ka??? My raya?? macam biasa. Seperti tahun² sudah. Cumanya maybe tahun ni meriah sikit sebab ada si MZMZ. 

Apa mau mengarut ni ya. Seems like cuaca pun ok hari ni. Mendung² kuku. erkk.. ada ka gitu??? LOL. Tetiba rajin aku mo mengupdate blog yang semakin lama semakin terlupakan ni.

Oh ya. Berbalik kepada tajuk entri.Ya ya ya, sebulan aku bersabar. Akhirnya hari ni, lebih tepat pagi tadi, tiba-tiba datang sewel ku. Aku chat with  someone yang selama ni aku rasa agak kurang ajar la kan. Sudah ko tau orang tu sudah berpunya, ko gatal-gatal pegi mesej² apa kes. Nasib baik aku ni spesis masih tau hormat orang lain. Ndak da guna mau pergi serang-serang kau. Aku baru hint-hint kau sikit pagi tadi, kau sudah terasa kan??  Belum lagi aku mengamuk sakan. Terbatas lagi kesabaranku wahai cewek. Tapi satu la aku cakap, kalau kau berani-berani lagi buat, aku tau la mau buat apa. 

Aku ni bukan spesis orang yang suka gaduh gara-gara lelaki ni. aish... geli la.Sebab tu aku sound kau direct. Kau fikir la sendiri. Tapi kalau mau declare perang, ok aku on. Memandangkan mood-mood otromen sudah kemabali. Kalau kau rasa-rasa mau jadi raksasanya, SILAKAN!!!!

Aku tambah bengkek ngan kau sebab ko berani mengadu-mengadu. FCUK la aku rasa kan. Kalau kau rasa ndak puas hati, sound direct ke aku. Aku paling ndak suka orang kuat mengadu-mengadu ni. LOSER kau tau!!! 

Nah!! First time aku mengamuk di blog. Tapi aku peduli apa. Bukan orang lain punya blog. Aku yang bayar domain blog ni, so suka aku la mo mencarut atau mengarut apa pun!!!!!!!!!!!



Mode: puas!!!