ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!!!
Semalam, selepas lama berehat, aku dengan bangganya turun ke gym. Fuhh!!! Memang lega gila bila dapat keluarkan peluh ni. Terasa segar. Ringan rasa tubuh badan. Memang best la. Tidur pun tiada gangguan. Nyenyak gila akibat kepenatan yang melampau. Letak jak kepala di bantal, terus ZZZZZZZZZ. Kesian MZMZ, mesej dia ndak berbalas. (tapi biar ndak pergi gym pun aku selalu ketiduran Lol)
Bila penat yang sampai tahap kritikal ni, satu masalahnya ialah malas bangun tidur. Rasa liat jak. Rasa macam mau tidur sampai malam. Tapi aku gagahi jugak bangun. Kalau dilayan, ndak pergi kerja kita dibuatnya.
Turun jak dari katil, ℘ℰȓȓȓցჩჩჩჩჩ!!!! Sakit gila seluruh badan. Inilah akibatnya bila sudah lama tidak ke gym. Sengal sana sini. Peha sakit kesan dari cycling yang hanya 20 minit tu. Sumpah aku ndak tahan. Stamina betul-betul down. 20 minit aku sudah ndak larat sedangkan sebelum ni aku boleh buat 60 minit. Ndak boleh jadi ni, kena tingkatkan stamina balik ni.
Pinggang pun sakit jugak kesan dari workout yang kunun-kunun untuk membentuk pinggang tu. Disebabkan kurang cycling semalam, aku pun dengan gagah mebggunakan dumble yang agak berat. Hah hambek ko lengan pun sakit.
Tapi sakit-sakit pun tapi sedap.Maksud aku sedap tu bukan apa, rasa lega dan ringan tu yang buat ianya jadi sedap. Serius ringan gila badan sebab sudah keluarkan peluh. The best part bila kita senaman or gymming ni ialah bila peluh dan baju basah disebabkan peluh. Memang best gila bila nampak peluh keluar mencurah2 ni. Terpancar kepuasan sebab time tubla lemak sedang di bakar. Ahhh!! Pokoknya i like!!!!!
Malam ni aku ndak dapat join MZMZ memandangkan aku sekarang dalam usaha mengurangkan aktiviti luar. MZMZ pergi gym hari-hari sebab dia join gym tu untuk sebulan sedangkan aku bayar daily. So sayanglah bayar sebulam tapi ndak pergi kan. Lagipun MZMZ sedang usaha bentuk badan dia balik disebabkan ramai kawan-kawan dia cakap badan dia sudah agak turun disebabkan puasa. Suka kau la MZMZ jangan sampai sakit sudah!
P/s besok baru pergi lagi mau cycling sejam
No comments:
Post a Comment