ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ!!!
Entri kali ini adalah penghargaan dan ucapan tahniah dan kagum dan bangga dan dan dan... dan semua perasaan la terhadap kawan aku satu orang ni. Nama dia EDA SUHAILI SAHARUDIN (ESS). Aku kenal dia ni time sama-sama belajar di Universiti Malaysia Pahang. Serius aku cakap, aku dengan dia adalah antara pelajar yang agak gemuk time study.Diulangi GEMUK! Tapi dia lagi gemuk dari aku ha ha ha. Tapi dia tinggi aku pulak pendek ha ha ha. Seingat aku, aku dan dia ni la yang paling hebat dalam menternak badan time study-study dulu. Seluar jangan cakap la. Saiz jantan. Aku lagi la, ada hati pakai Levis, tapi manada Levis perempuan muat ngan aku time tu, sudahnya aku bantai Levis jantan. Jantan pun Jantan la janji Levis. LOL.
Lupakan pasal aku. Mari kita cerita pasal dia. Gambar atas ni gambar masa sehari sebelum hari konvokesyen. Jangan cakap lah kan. Pastinya selama praktikal tu aku lagi hebat menternak badan.ESS jangan cakaplah(yang berkasut merah). tengok paha pun sudah tau. Dia memang gemuk gila. Sudahlah gemuk, tinggi pulak tu. Memang nampak la dia besar kan. Tapi itu dulu.
Sekarang........
Yes. Dia sudah kurus gila. Terus terang aku cakap, perasaan cemburukkan dialah yang membakar semangat aku untuk kurus juga. Mungkin tidak sekurus model tapi boleh dibanggakan bila kita berusaha untuk kuruskan badan tanpa perge ke pusat-pusat pelangsingan dan tanpa perlu makan ubat-ubat pelangsingan badan. Apa yang perlu adalah semangat dan displin diri dalam menguruskan pemakanan kita. Senama juga penting. Kawal pemakanan tanpa membakar lemak adalah usaha yang sia-sia.
Terus terang, aku memang BANGGA gila dengan dia. Dia bejaya menguruskan badan dalam tempoh masa setahun lebih tanpa pergi ke pusat-pusat pelangsingan badan dan tanpa bantuan ubat-ubatan. Berjaya mengurangkan almost 30kg adalah satu pencapaian yang tidak semua orang sanggup lakukan. Banyak dugaan yang harus ditempuhi. Dugaan NAFSU makan terutamanya. Aku sendiri kadang-kadang gagal melawan nafsu makan. Lagi-lagi time mau period. Semua benda mau di makan. Ndak dimakan, takut kempunan. Ndak pasal-pasal dapat mala petaka. Nauzubillah!
Kini, dia masih lagi beusaha untuk menguruskan sedikit lagi agar sampai ke berat yang ideal bagi dia. Aku doakan dia memperolehinya. Bagi aku, dia tetap jadi pembakar semangat aku. Bila dia bagi tau berat dia turun sekian-sekian Kg, aku jadi takut. Bukan takut apa, dia boleh kurus kenapa aku tidak. So, aku jadi semangat mau kuruskan badan. Aku pernah luahkan ke MZMZ yang aku jeles ngan ESS. Dia kurus gila. MZMZ cakap, kalau ESS boleh kenapa aku tidak. Atas semangat itu jugak la, bulan puasa yang lepas, aku berjaya kurangkan almost 6 kg berat aku. Aku happy gila. Sekarang dalam usaha mengurangkan lagi dan maintainkan berat sekarang memandangkan bulan Syawal yang mulia ni makanan enak-enak belaka. Tapi aku bangga, selepas hampir 12 Syawal berlalu, aku masih mampu bertahan mengawal berat badan. Tidak tergoda dan ternoda pun berat aku dengan makanan raya yang enak-enak ni.
Jujur aku cakap, sebelum puasa, aku nekad untuk kuruskan badan,aku siap nekad, Jeans untuk raya nanti aku mau pakai size kecik! Jujur, sebelum ni aku pakai Levis Ladies size 30 atau 31. 3 hari sebelum raya, aku berjaya memakai jeans saiz 28. Memang idaman aku! Happy banget aku time beli tu. Memang terpancar kegembiraan aku. Apa tidaknya, usaha aku tidak sia-sia. Bukanlah maksud aku berpuasa untuk kuruskan badan semata-mata, sambil menyelam minum air kata orang Melayu. Kalau tidak berjaya tidak mengapa tapi kalau berjaya itu satu bonus dan pembakar semangat.
Tapi sebenarnya, apa yang menghantui aku, KALAU LAH LEPAS RAYA JEANS TU NDAK MUAT, SAYANG OIII!!! Semua orang pun ndak yakin ngan aku. Siap cakap lagi, pas raya mesti ndak muat tu. Menyampah aku dengan orang-orang yang tidak supportive ni. Bukannya memberikan aku semangat untuk lagi kurus, lagi mau hilangkan semangat. Tapi, kini aku berjaya buktikan, even selepas 12 Syawal pun aku masi mampu pakai seluar tu. Malahan betambah longgar. FUHH!!! BANGGA!!!
Moral of the story, untuk jadi kurus, apa yang perlu semangat, disiplin dan kekuatan diri. Kalau pun kita pergi ke pusat pelangsingan atau makan ubat-ubatan, tapi tanpa disiplin diri, semuanya akan sia-sia. Malahan berat badan akan naik mendadak dan berlipat kali ganda.
Bawah ni beberapa tips yang aku rasa membantu aku, ESS pun cakap gitu jugak kan ESS.
♥ minum banyak air. aku minum at least 2-3 liter sehari. Memang sah la masuk tandas tu wajib. Tapi kurus punya pasal masuk tanda 100 kali pun aku sanggup
♥ kurangkan makan nasi. Banyakkan lauk. Nasi satu senduk sahaja. Kalau ikut ESS lagi la parah, 1 sudu makan. ndak mampu aku ikut si ESS ni.
♥ Senaman itu penting. Aku pergi gym di Stadium tu. MZMZ jadi jurulatih dan tukang paksa aku. ESS masuk fitness center. Dia tinggal KL senang la. Fitness center belambak di KL tu.
Aku pun ndak pasti apa lagi yang aku selalu amalkan, yang pasti, AIR! AIR dapat mencuci badan kita. Bila aku banyak makan, aku akan minum banyak air pada hari tersebut, supaya dapat menyuci badan kita. Berak pun senang wei kalau air cukup dalam badan.
Kepada yang berusaha untuk kurus cubalah. Eh chop-chop, rasanya VCO membantu jugak Sebab dia membantu melawaskan proses pembuangan sisa-sisa dalam badan. Tapi VCO bukan sejenis ubat-ubatan ok. VCO adalah makanan tambahan. So, kepada yang ingin kurus atau mendapatkan hikmat nasihat dari ESS, bolehlah add FB dia. Ini link dia.
p/s usaha untuk kuruskan muka!!!
notes: gambar dan cerita sudah mendapat keizinan dari ESS. Thanks ESS. I am really proud of you!
Sape PENIPU? Ape yang TIPU? Aku gi slimming center. Kurus je aku.
ReplyDelete@ainthegorgeous baca title la cik adik. SIAPA CAKAP MESTI MASUK SLIMMING CENTER TU PENIPU! ada aku cakap slimming center tu penipu?
ReplyDeleteBersenam bagus untuk kesihatan jantung dan kekuatan tulang.
ReplyDeleteTapi memang slimming center tu penipu pom...aku kena tipu, bangsat betol, dari elok sihat tros dapat gastrik lepas tu memalukan orang depan customer lain, lepas tu maki maki kalo kita tak nak beli barang...ni dekat Slim World Berjaya Times Square
ReplyDelete