27 November 2011

Harimau Muda Tewas 2-3

Agak mengecewakan. Tapi they did a great job. Apapun tahniah Harimau Muda.



P/s moral of the story, jangan leka bila mendahului.

25 November 2011

10 Hari Cabaran Blog || Day 2

10 Things I Love (randomly)

• HP - ndakda hp serupa tiada kehidupan
• Buku simpanan ASB
• Bankard
• My parents picture in my purse
• His picture in my purse
• Tabung kawin
• Bilik aku la.
• Cermin besar aku
• Kereta aku walaupun buruk
• All things he bought for me



Aku tiada idea actually sebab tengah busy untuk kenduri. Tapi demi menyahut cabaran ini, aku buat jugak walaupun pakai hp. I LOVE MY PHONE!!!!

Tutorial Letak Butang Tweet Disetiap Entri



Sesiapa yang berminat untuk belajar cara letak butang tweet macam gambar di atas tu, boleh pergi ke blog Siti Zulaikha. [KLIK SINI]

Thanks to owner blog for the tutorial!




p/s saya budak baru belajar. Saya hanya share tutorial yang saya belajar. Untuk buat tutorial yang sebijik macam diorang buat lepas tu copy paste di blog saya, itu bukan cara saya. ^___^. Eh...tetiba berSAYA. hehe!

Tutorial Cara Pasang Butang Facebook dan Twitter Terapung.



Kepada sesiapa yang ingin membuat logo twitter terapung macam aku, anda boleh pergi ke blog ni. [klik sini].  Aku pun belajar dari sana. Thanks to owner blog untul tutorialnya.

24 November 2011

10 Hari Cabaran Blog || Day 1

Kan aku sudah cakap, lately aku rajin untuk bersosial di blog ni. Tadi ada kawan blogger bagi link untuk join cabaran-cabaran. Banyak jugak cabarannya. Tapi aku pilih satu jak la. 10 Hari Cabaran Blog. Klik SINI untuk tengok apa lagi cabaran yang ada.

10 Hari Cabaran Blog
  1. 10 things about you
  2. 10 things you love
  3. 10 things you hate
  4. 10 things you want to say to one person
  5. 10 wishes
  6. 10 things you can't live without
  7. 10 importants peoples
  8. 10 of your favourite songs
  9. 10 ways to win your heart
  10. 10 final words


So, aku tetapkan hari ni sebagai hari pertama. 24/11/2011 dan cabaran dijangka berakhir pada 3/12/2011. Mari kita lihat aku dapat buat ka tidak. Kalau berjaya kita sambung cabaran yang lain pulak.


10 things about ME
  • Nama penuh aku Salfarina binti Bahar
  • No. kad pengenalan aku 840310-12-***2 
  • So birthday aku 10 March 1984
  • Bila aku lahir 10 Mac 1984, so umur aku tahun ni 27 dan akan menjangkau 28 bulan 3 tahun depan.
  • Bujang dan belum berkahwin.
  • Belum berkahwin tidak bermakna aku belum ada BF. Ada SEORANG BF. Seorang cukuplah. buat apa banyak-banyak.
  • Seorang graduasi Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Kejuruteraan Awam
  • Kini bekerja dan menjadi kuli kepada bapak sendiri
  • Seorang yang GEMUK!
  • Last sekali... AKU GILA TWITTER. Siapa yang mau follow boleh la follow. Tapi jangan marah kalau aku tweet semuanya mengarut dan mencarut.

OK. Cabaran Pertama selesai!!


Bye-Bye!

Eh, sebelum tu seperti biasa, mari kita layan satu video. Layanzzzzzzzzz!!





Tutorial Letak Status Twitter Di Header Blog Anda

Wehewww!! Happy banget. Sebenarnya lama sudah aku teringin belajar buat header yang ada status Twitter ni. Jeles la tengok kawan-kawan punya header yang ada status twitter tu. Tapi aku ni jenis malas mau bertanya.Sebab ada antara diorang yang jenis beli header or tempah dengan orang-orang teror. So aku pendamkan saja hasrat.

Tapi entah mimpi apa hari ni, tiba-tiba aku terjumpa satu blog yang ajar cara buat ni. So sesiapa yang mau buat boleh pergi ke blog ni. [klik sini]. Aku sah-sah lah ndakkan buat tutorial yang sama sebab aku pun ambil dari blog dia. Macam bangang pulak aku rasa bila aku pun belajar dari blog orang tapi aku sibuk-sibuk buat entri tuorialnya kan. As usual, aku akan share mana-mana tutorial yang aku belajar dengan hanya memberikan kawan-kawan link untuk ke blog tersebut. Apapun, makasih ya tuan blog. Aku sudah berjaya dapatkan apa yang aku inginkan. Sekarang dalam usaha membaiki blog lagi selepas berjaya membuat header sendiri.[klik sini] Wish me luck.





Header tanpa status twitter





Header yang ada status Twitter ^___^



p/s amat berpuas hati bila kita usaha sendiri.

Apa Beza Lebam Terhantuk Dengan Lebam Dihisap Si Balan-balan?



Orang tua-tua cakap, lebam terhantuk di meja or terhantuk di mana saja berbeza dengan lebam bila si balan-balan menghisap darah kita. Betul ka? Aku pun ndak sure jugak. Tapi Kepercayaan tu aku pegang dari aku kecil. Bila bangun pagi tiba-tiba terlihat ada kesan lebam especially pada bahagian peha (nampak sangat aku tidur pakai shorts kan, opsss).

Ok lupakan pasal aku pakai shorts ka berkemban ka. Suka aku la kan. Mari-mari kita cerita pasal lebam ni. Kamurang pernah kah, bangun-bangun ada nampak lebam di paha. Tapi bila tekan ndak sakit. Menurut apa yang aku tau, bila lebam tu sakit, itu tandanya lebam disebabkan kita terhantuk contohnya di bucu meja. Aku selalu jak terhantuk di bucu meja opis ni. sakit dowh (ala-ala afdlin). Tapi, bila ada lebam tapi kalau ditekan-tekan tapi ndak sakit, itu dikatakan kesan daripada hisapan (eh ada ka perkataan HISAPAN?? mampuslah. Janji kamu faham maksud aku) si balan-balan atau penanggal atau di Sabah ni lebih dikenali sebagai PERAKANG! Setahu aku, di kampung aku tu memang ada balan-balan. Entah la anak siapa la tu kan yang jadi balan-balan. Suka betul mengamalkan ilmu-ilmu songsang ni.


Ya, beberapa bulan lepas, sebelum puasa hari tu, sibuk satu kampung cerita pasal balan-balan ni. Aku pun lupa ada buat entri ka tidak. Tapi macam tiada sebab time tu mood blogging aku pergi bersama angin bayu. Entah ke mana. Masa tu sibuk la satu kampung ada balan-balan singgah di bumbung orang. Siapa yang period time tu memang besiap sedialah dengan perisai. Bawang merah la. Surah Yasin letak di tingkap rumah la. Garam la. Paku la. Memang boleh buat filem sudah kampung aku masa tu. Tapi menghilang selepas bermulanya 1 Ramadhan. Aku pun ndak tau mana dia pergi. Mungkin dia puasa jugak kali. Entah. Waulahuallam.


Adakah benda asing itu datang semula selepas bercuti lama?? ARGHH!! Menyampah la aku kalau benda alah tu ada. Benda tu buat aku jadi seorang yang penakut. ARGH!!! Lagi-lagi di rumah aku ada ibu-ibu mengandung. EH! Nauzubillah. Simpang malaikat 44.


Sekarang ni di peha aku ada 2 lebam. Aku tekan-tekan meamng ndak sakit dan bila aku ingat-ingat balik aku memang tiada terhantuk di mana-mana pun. So, apakah tanda lebam ini??? Waulahuallam. Mau cakap aku period tidak jugak. Mengandung jauh sekali. Kalau betul benda balan-balan ni muncul semula ke kampung aku, aku doakan manusia yang pelihara ilmu-ilmu hitam ni mati dilanggat lori 10 tayar!!!! Sial bah! Menganggu kehidupan penduduk kampung!!!!!!!!



Sekian!




Hasil Google




Macam biasa mari layan lagu. Layanzzzzzzzzzzz!!











A Talented Father and His Daughter

Eh! Sweet eh kalau ada bapak muda dan anak perempuan dia bergabung. Budak perempuan ni cute.Suara dia tidak la sesedap 3 orang adik beradik tu. Tapi, kalau diasah bakatnya, budak ni boleh pergi jauh.

 Kepada yang tension-tension mari tengok video-video ni. Enjoy!!










Untuk tengok video-video lain mereka boleh pergi KLIK SINI!

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3"





Aku pun ndak tau la kenapa lately aku rajin pulak ikut contest or apa-apa aktiviti yang mengeratkan aku dengan bloggers lain. Yalah, aku ni walaupun sudah lama bergiat dengan dunia blogging ni, tapi kadang-kadang spesis pemalas untuk update blog. Ndak macam orang lain. Aku tengok diorang baru sebulan dua blogging, follower sudah riban-riban. Bestnya!! 

Macam mana aku boleh tergerak hati mau join aktiviti ni sebab tadi cik Maera ni komen di blog aku. SO aku buka balik la blog dia. jumpa pulak benda ni. Alang-alang tengah syok layan blog aku join la. Oh ya Cik Maera, jawapan kepada komen kamu tadi, saya pakai kamera hp. Sama macam kamu jugak, saya pun malas mengusung DSLR. ^___^

Ok. Kepada sesiapa yang berminat klik banner atas tu. Direct ke blog Cik Maera ni. Ramai wooo followers dia. Ada 4k++.

Harimau Muda Tewas || Tiada Yang Perlu Dimaafkan

Asslamaualaikum dan selamat berhari Khamis semua.

Sedikit hampa bila Malaysia tewas kepada Syria semalam. Tapi aku sebenarnya tidak menharapkan apa-apa dari perlawanan semalam. Kalau menang, syukur.Kalau kalah pun tidak mengapa kerana jelas terpancar keletihan di wajah Harimau Muda kita bermula dari wisel permulaan di tiupkan lagi.


Artikel bawah ni aku ambil dari berita harian. Bagi aku tiada apa yang perlu dimaafkan. Aku sendiri tidak dapat mebayangkan kalau aku yang berada di tempat mereka. Penat woi. Serius. Sebab tu aku tidak mengharapkan apa-apa. Semalam tengok bola pun dengan hati yang tenang dan tanpa ada makian dan cacian . Lepas jak gol 1-0, aku rasa mau masuk tidur sebab entah kenapa aku memang sudah dapat agak Malaysia sure kalah tapi aku layankan juga. 5 minit terakhir, aku memang mau sedia-sedia menutup tv. Aku suruh si Ninong off kan TV sementara aku mengemas ruang tamu yang penuh dengan makanan . Ketika aku membawa masuk bekas-bekas makanan tu ke dapur, Ninong beteriak dari ruang tamu, "RINAAA, 2-0".  Dalam hati aku, ok fine. Aku langsung ndak keluar-kelaur lagi ke ruang tamu. Lepas tu aku masuk bilik terus tidur. Bukan kecewa cuma malas mau fikir. ^__^






Apapun, pujian harus diberikan kepada KFCM. He did a god job last nite!


Sebelum tu mari kita layan lagu Kehilangan by Firman.Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!







p/s serius aku sekarang agak semangat dengan Bola Sepak temaptan ni. ^________^

23 November 2011

Nasi Lemak Kopi-O Giant


Selamat malam semua. Mesti semua tengah bersedia untuk tengok perlawanan bola sepak antara Harimau Muda menentang Syria kan. Aku pun semangat ni. Apapun harap-harap Malaysia menang. So kira double winning lah kan.





GOOD LUCK HARIMAU MUDA!!!



Sementara menunggu bola ni, menyempat lagi aku update blog. Saja isi masa lapang. Tengahari tadi aku, mamaku, adikku dan Ninong pergi makan di Nasi Lemak Kopi-O yang terletak di Giant Tawau tu. Lama sudah buka kedai ni rasanya. Since Giant buka. Tapi ndak pernah aku pergi makan sini. Tapi, kelmarin adikku yang preggy, tiba-tiba teringin mencari nasi lemak. Biasalah ibu-ibu mengandung.Semua benda dia mau makan. Aku dan si Ninong yang ndak mengandung ni pun ikut jugak makan. At last nanti aku yang gemuk balik. Oh tidak!!!!

Kelmarin adik aku pergi dengan si Ninong. Sibuk la cerita ngan aku nasi lemak sedap la. Mee kari sedap la. Aku pun kepingin la jugak makan. Gila ndak kepingin. Siap tweet aku gambar lagi.







Agak menggoda la jugak bagi aku yang sedang kelaparan dan sedang berada di opis. Arghhh!! So, tenghaari tadi, diorang ajak aku lagi. Walaupun pagi tadi sudah breakfast berat, tapi hasil dari nafsu yang membuak-buak time mau dekat-dekat masa jepun menyerang, aku ikut saja.




Berada didalam Giant. Boleh cuci mata sambil makan.



Ibu-ibu mengandung!




Mamaku yang rock!




Si Ninong!




Aku yang ambil gambar sendiri sebab tiada orang mau tolong ambil!!



Tapi, sampai di sana, aku ndak makan mee kari, sebab aku tidak lah selapar mana pun, so rasanya ndak perlu makanan yang too heavy ataupun yang berlemak-lemak. Dengar jak diorang lain order laksa, so aku pun order lah laksa. Rasanya laksa tidaklah heavy pun kan. Boleh la. Asal merasa.




Tadaaaaaaaaaa!! Ini la laksa dia. Tapi aku lupa berapa harga dia. Ndak perasan. Biasalah kalau orang belanja, buat apa sibuk-sibuk tengok harga kan.






Sementara tunggu laksa sampai, kami order kuih bakar. Harga kuih bakar ni RM 3.50. Boleh tahan la jugak rasa dia. Ndak manis, ndak tawar. Just ok kata orang putih.





Aku minum teh tarik panas. Ok! tapi mungkin terlampau banyak susu tu buatkan dia manis. OH! TIDAK! Aku rindu teh susu di Krishna Curry House. Minum dalam gelas tembaga ala-ala India gitu. slurpppp!!!!




















Sebenarnya, time kami makan tu, ada kejadian. Nampak ka orang dalam bulatan tu, kalau ndak silap aku, dia pekerja Giant tu. Selalu nampak dia sana. Ingatkan dia tidur situ, rupanya dia sakit. Muntah-muntah. Siap ada Ambulan datang ambil dia. Entah la kenapa. Ada yang cakap terlebih makan. Maybe jugak la. Tengok badan la kan. Dia muntak di situ membuatkan aku dan yang lain hilang selera mau makan. Semua pun makan ndak habis. Yalah, kau sedap-sedap makan, orang sebelah sedap-sedap muntah. Yaksssssssss!!! Apapun, aku bagi 5/10 la laksa dia.Ngam dengan tekak aku. 


Wops!!! mau sedia-sedia untuk tengok bola. Sampai jumpa lagi. Sebelum tu mari kita layan video 3 orang adik beradik ni.Dalam amsa 13 hari sudah 3juta lebih viewers. Hebat. Tapi suara memang best. Diorang cover lagu Adele - Rolling In the Deep.

Layanzzzzzzzzzzzzzzz!!










p/s Makan itu nikmat!!

Video Pujian Untuk Harimau Muda

Hari tu, Prediction Cristiano Ronaldo [klik sini], hari ni pujian dari pemain antarabangsa. Sumpah lawak!





Contest Klik Dan Like Fan Page


1. Buat Tajuk Entry Korang Contest Klik Dan Like Fan Page
2. Copy banner kat atas tu lepas tu backlink ke sini semula atau korang copy je code yang diberi tu ok.
3. Klik Amira & Follow blog Photography Blog
4. Tag kan 3 orang kawan korang dan pastikan dorang tahu untuk memeriahkan contest nad buat ni.^_*

HADIAH YG BAKAL DIMENANGI IALAH


untuk seorang pemenang :: Top up bernilai RM30
untuk seorang pemenang :: Top up bernilai RM20
untuk seorang pemenang :: Top up bernilai RM10
untuk seorang pemenang :: Top up bernilai RM5
untuk 4 orang pemenang :: Top up bernilai RM5 dariINNOVATOR
5 orang :: Free iklan di blog nad selama 2 bulan
5 orang :: Free iklan di blog nad selama 1 bulan
3 orang :: Free iklan di entry nad seminggu sekali pada hari Ahad selama sebulan
3 orang :: Review Blog 2 Kali 1 Bulan pada setiap Sabtu minggu pertama dan Ahad minggu kedua


Tag 3 orang kawan:

♥ Mommy Puan Nurul Aima
♥ Mommy Puan Azmah
♥ Mommy Puan Lina


p/s lama ndak ikut contest. zzzzzzzz

Tidak Semua Penyokong Indonesia Itu Jahat! || Itu Aku Tau

Sebenarnya, aku bukanlah anti-Indonesia.Cuma, kelakuan dan sikap penyokong Indonesia yang agak keterlaluan agak membuat aku membara dan mengeluarkan kata-kata yang agak kurang enak didengar atau di baca di Twitter beberapa hari lepas. Contohnya 

Kalau Indon kalah, besok aku mau suruh Om Bonai potong rumput di rumah aku.

Tapi entah dari mana, seorang penyokong Indon marah dengan statement aku. Aku ndak hairan pun. Biasalah. Time game besar main, siapa pun boleh marah. Tapi bagi aku, sejahat-jahat mulut aku ni tidak lah seteruk penyokong Indonesia. Ada yang gelarkan MALAYSIA menjadi MALINGSIAL. Maling is PENCURI. So MALINGSIAL is PENCURI SIAL. What theeeeeeeeeee???  Satu lagi, sejahat-jahat aku dan sejahat-jahat penyokong Malaysia pun, belum sampai tahap untuk bakar bendera mereka. Itu tindakan kurang bermoral dan mustahil penduduk Malaysia akan buat begitu.MUSTAHIL!!!


Sumber FB

Bagi aku, tiap negara tu, tidak semua penduduknya kurang bermoral macam gambar diatas ni. Indonesia pun begitu. Tidak semua yang jahat dan kurang ajar. Contohnya pemilik laman blog ini.



Untuk artikel penuh boleh klik [SINI].


Bapak aku ada seorang kawan di Indonesia. Beliau merupakan salah seorang Polis yang berpangkat tinggi di Jakartu tu. Tiga paku lah lebih kurang. Menurut beliau, kebiasaannya, orang-orang yang tunjuk perasaan ni adalah mereka-mereka yang diupah oleh pihak pembangkang. Kira macam diorang upah lah macam tu. Kira macam, bila ada rusuhan macam tu, diorang ada point lah untuk burukkan pemimpin sekarang. Konon-konon pemimpin sekarang tidak mampu untuk memimpin.Kalau diupah Rp. 50k seorang kepada mereka, itu sudah banyak bagi mereka-mereka yang miskin di sana tu. Bukan maksud aku negara Indonesia tu miskin, tapi, sumpah, sana memang ramai pengemis. Ramai yang miskin. Ramai yang tinggal bawah-bawah jambatan. Tidak semua. Tapi Indonesia ni lebih kurang macam India la. Yang kaya, memang kaya raya tahap jutawan. Tapi yang miskin, memang miskin tahap kedana. Jadi , mereka yang miskin-miskin ni lah yang dijadikan mangsa. Kesian kan.


Apapun, just mau mintak maaf kalau tweet-tweet aku masa malam game tu ada yang agak kurang ajar dan agak menghina. Tapi, aku tetap tidak dapat terima tindakan penyokong Indonesia yang membakar bendera Malaysia. SUMPAH, KURANG AJAR!!!



p/s Indonesians, sila ingat bahawa ramai rakyat anda yang menumpang mencari rezeki di negara yang benderanya kamu bakar!

Wordless Wednesday #4 || Emas

22 November 2011

Video 2 Penyokong Indonesia Mati Dipijak

Sekadar untuk dikongsikan.






Yang aku hairankan, macam mana kunci Ambulans boleh hilang??? 


Apapun Takziah kepada keluarga mangsa



Love From Malaysia.




Indonesia Ni Balik-balik Buat Hal! Bikin PANASSSS!!!

Rasanya kehangatan kemenangan Pasukan Harimau Muda masih dirasai hingga hari ni. Masih terasa sakit dada menahan debaran selama hampir 3 jam semalam. Walaupun sakit dada tapi berbaloi!


Pagi ni aku sibuk, tiada kesempatan buka laman-laman sosial dan baru jam 1 tadi berkesempatan membuka. Tapi agak bikin panas jugak bila menjumpai video bawah ni





Dikatakan sejurus saja perlawanan berakhir, kakitangan Doping Control menghampiri pasukan Harimau Muda dengan tujuan melakukan ujian peyalahgunaan DADAH terhadap pemain. What theeeee.... kenapa selepas menang baru mau sibuk-sibuk buat test. Kenapa bukan sebelum game bermula. AHH!! Dasar manusia ndak dapat menerima kekalahan. 



Serius bah dorang ni bikin panas aku. Hal semalam bergaduh dengan penyokong Indon dalam Twitter belum redha lagi, tiba-tiba keluar lagi berita begini. Arghh!! Bangang la kan. Lain lagi aku tengok berita tadi yang mengatakan pasukan Malaysia disekat oleh penyokong Indonesia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang. Woi!!! Dasar penyokong tiada sivik. Agak-agak la. Loser is Loser. Kau mau buat apa halang-halang pasukan Harimau Muda balik Malaysia. Cukup-cukup la dua orang penyokong kamu sendiri menjadi ARWAH akibat sifat fanatik kamu yang berlebihan itu. Kalah-kalah WORLD CUP dowhhh (ala-ala Afdlin Shauki). 



Gambar bawah ni aku jumpa dari FB. Just want to share. Sebagai kenangan dan pengajaran.







Harap-harap ini dapat menjadi pengajaran kepada penyokong Indonesia agar tidak terlalu fanatik kerana sikap fanatik diorang ni akan menyusahkan ramai pihak termasuk mereka sendiri.


Last sekali, untuk kesekian kalinya, TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA kerana menaikkan MARUAH MALAYSIA di mata penyokong GARUDA MUDA yang kini menjadi ANGRY GARUDA, ABANG KEPADA ANGRY BIRD! 





Terhibuur hati tengok gambar atas ni. Kepada yang design gambar ni, I LIKE U!!!



sumber Berita Harian

Sumber Berita Harian


Apapun, mood happy atas kemenangan Malaysia masih berkobar-kobar. Peduli apa Indonesia jadi pemenang keseluruhan Sukan Sea 2011, yang penting BOLA SEPAK MILIK HARIMAU MUDA!




P/s mamat indon tu pagi-pagi lagi sudah cari pasal lagi. Malas layan orang rendah sivik ni.

Garuda Kini Menjadi Angry Garuda Abang Kepada Angry Bird

Takut aku baca tweet2 kawan-kawan pasal penyokong Garuda menghalang bas yang membawa pasukan Harimau Muda untuk ke lapangan terbang. Gila bah diorang ni. Jadi ANGRYGARUDA sudah diorang ni. Betul-betul ndak profesional. Kalah tu buat la cara kalah. Fanatik pun jangan lah melampau-lampau. Sudahlah kaunter tiket dibakar. Sekarang ni mau bunuh harimau muda pulak ka?? Dasar kau ndak sedar diri. Lupa kah kau wahai rakyat Indonesia yang segelintir masyarakat kamu masih mencari rezeki di Tanah tumpah darah kami Malaysia??? Please lah sedar diri. Bak kata pepatah, orang berbudi, kita berbahasa. So sedarlah diri sikit ok. Bukan niat menghina, cuma dorang ni agak keterlaluan bah. Menyeramkan!!!!


Apapun, aku doakan skuad harimau muda sampai dengan selamat di LCCT. Dijangkakan mereka akan sampai dalam 2.30 pagi ini.




P/s kalau Indonesia masuk World Cup bikin malu jak kalau ada penyokong yang bangang macm ni bah!

Wajah-wajah Sedih Penyokong dan Pemain Indonesia

First of all, TAHNIAH HARIMAU MUDA! You did it! Ndak sia-sia 3 jam lebih aku sakit dada menahan debaran. Berbaloi jugak akhirnya.

Sempena kemenangan Harimau Muda ni, mari amati wajah-wajah sedih orang-orang Indonesia.



P/s Al-fatihah untuk 2 orang rakyat Indonesia yang mati dipijak.


21 November 2011

Akibat Terlampau Fanatik Penyokong Indonesia

Semua orang tau, malam ni ada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 antara Malaysia lawan Indonesia . Akibat daripada sifat fanatik penyokong Indonesia, mereka sanggup membakar kaunter jualan tiket kerana kehabisan tiket. Gila bah. Time world cup pun belum pernah ada berita kes pembakaran kaunter tiket. Sumpah, penyokong Indonesia memang merbahaya. Harap-harap kalau ditakdirkan Malaysia menang malam ni, ndakda lah pulak kes bunuh. Takut nanti diorang bunuh penyokong Malaysia pulak. Who knows kan?? Orang kalau terlampau obses akan lakukan apa saja. Nauzubillah!!



P/s gambar adalah sumber dari Twitter SelebriTweets.


Weddings on November || Part 1

Assalamualaikum dan selamat berhari Isnin. 

Sabtu dan ahad lepas, aku merajinkan diri untuk pergi ke majlis-majlis kahwin orang. Asyik pergi majlis kahwin orang. Sendiri punya entah lah bila. 3 Majlis dalam masa dua hari. 


Sabtu :


Balik kerja dalam jam 11.30 selepas mintak izin dari bos. Masa aku balik tu, adik dan kawan aku sudah siap dengan pakaian diorang. Disebabkan aku jenis manusia yang tidak suka biarkan orang tunggu aku, aku just capai baju dan terus iron.  Hasilnya, aku pakai baju raya aku yang 4 tahun sudah. Dipadankan dengan satin shawl dan inner neck hitam. Fesyen tudung?? Entah. Asal selesa. Sejak dua menjak ni, hobi aku, adik aku dan kawan aku (nama dia NINONG) adalah mengumpul flat shoes. No more high heels. Kemana saja memang pakai flat shoes. Selesa dan senang bergerak. Kasut coklat ni aku suka sebab dia ala-ala lace gitu. hehehe. Cute. My sis bought it for me in KK. Jenama?? Unbranded. 



Ndak tahan tengok posing aku dalam ni. Entah mana belajar aku pun ndak tau. 



Adik aku dan Ninong. 


Fakta tentang pengantin dan majlisnya:

♥ Pengantin merupakan anak saudara kepada kerani di opis aku. 
♥ Warna Tema : Biru Ungu. Lawa.
♥ Lokasi : Taman Semarak




♥ Doorgift : Sebiji Epal Hijau




♥ Pengantin memakai pakaian trandisi kaum Jawa kalau ndak silap aku lah.
♥ Makanan: Biasa-biasa aja



Ahad :



Seharian aku berada dirumah disebabkan oleh cermin kereta yang sangat bangang kerana rosak pada malam sabtu. [klik sini] . So, seharian jugak lah aku memikir baju apa aku mau pakai malam ni. Al-maklum, aku bukan spesis manusia yang punya banyak baju-baju lawa. Tengok saja pagi sabtu tu, baju raya 4 tahun lepas pun aku masih simpan. he he he. Penat berfikir seharian. Sempat jugak cuba beberapa baju. Terfikir jugak mau pakai hoodie dress aku warna hijau yang belum pernah pakai tu. Tapi malas la pulak. Majlis yang aku mau pergi tu pun, actually aku ndak kenal pun siapa. Just untuk temankan my mom jak. Aku punya pening fikir mau pakai apa sampai tahap aku tweet. Ada kawan pun sama pening macam aku. Dia cakap maybe dia pakai jubah. Actually aku pun ada terfikir mau pakai jubah arab hitam aku. Tapi aku pernah pakai macam tu masa  kakak kawan aku kawin Julai lepas. So at last aku decided untuk pakai jubah yang satu lagi.



Jubah yang kiri ni aku pernah pakai masa Julai lepas.





Aku pakai jubah bersama belt hitam dan Pashmina merah (Julai yang lepas)




Ini adalah pakaian aku semalam. Muka serius aku sendiri ketawa. Serius gilak ehh!! Jubah hitam dari arab. Belt. Inner ninja. Shawl RM 15. Aku saja pakai belt tu sebab jubah tu agak besar. Biasalah kan jubah dari arab. 




Lama ndak conteng muka. Nasib masih pandai. Menjadi jugak la, tapi aku memang spesis manusia yang susah untuk pakai lipstick sudahnya nampak pucat la muka. :D





Sebenarnya High heels dalam gambar diatas tu cuma untuk tujuan mengambil gambar. Aku hanya pakai flat shoes hitam masa ke majlis kahwin tu.  ehe..





Sempat lagi aku posing ngan si Ninong sementara tunggu mamaku bersiap. Ninong pun pakai baju raya tahun lepas. ehe. Recycle!!



Fakta tentang pengantin dan majlisnya:


Pengantin Pertama


♥ Pengantin tidak dikenali kerana aku hanya temankan mamaku dan makcikku. 
♥ Tidak sempat mengambil sebarang gambar pun sebabnya, kami sampai terus makan. Lepas makan terus chow sebab ada satu majlis lagi untuk dihadiri.
♥ Warna tema : All white
♥ Lokasi : Dewan Masyaraka Tawau
♥ Doorgift pengantin pertama memang lawa tapi aku lupa untuk ambil gambar. 
♥ Makanan : SEDAP!!!


Pengantin Kedua
Sama seperti diatas, pengantin tidak dikenali.
♥ Warna tema : Merah Hitam



♥ Lokasi : Dewan SRJK (C) Yuk Chin
♥ Doorgift : sebiji doorgift masa adik aku kawin. Sure dia menyesal beli online sama macam adik aku. Doorgift yang menghampakan.
♥ Makanan : Kurang!!



Minggu depan, ada dua majlis lagi yang aku kena hadiri. Satu kakak kawan adik aku. Yang kedua kawan adik aku.Malar pergi majlis kahwin orang. hurmmmmmmmmmmmm!!

Sekian. Bye!!




Sebelum tu mari kita layan video MLM minggu ke 4. Lawa bah Harun Salim Bachik jadi Najwa Latif.


p/s 12.12.12 atau 20.12.2012????

20 November 2011

Sabtu Kelmarin

Selamat berhari minggu semua. Baru selesai mengemas bilik dan menyuci pakaian. Sambil baring-baring dikatil, tiba-tiba datang mood mau meng-update blog.

20112011- Lawa jugak tarikh hari ni kan. Ramai jugak yang kawin hari ni. Tapi ditarikh cantik ni aku cuma belepak di rumah sambil layan twitter dan rehatkan badan. Mau berjalan kemana kalau cermin kereta tiba-tiba buat hal. Semalam lah tu! Ishh!! Menyampah! Boleh turunkan tapi bila mau naikkan, tiba-tiba berhenti separuh jalan. Kalau jenis manual ok la jugak ini jenis auto. Disebabkan takut dimasuki nyamuk, aku tutup pakai kain batik. Ndak pernah dibuat orang. Tapi apakan daya, hari ni pulak hari sabtu. Manada bengkel buka. Jadinya terpaksalah tunggu besok. Hampaaa!!



P/s serius bikin panas!!!


19 November 2011

Apa Yang Best Bila Cuti Sekolah????

Assalamualaikum dan selamat berhari sabtu semua. Entri ni sepatutnya aku post semalam tapi disebabkan terleka tengok TV, aku lupa post. Aku taip entri ni guna HP so ndak boleh set masa di post option jadi jangan hairan jika ada yang terbaca "PETANG TADI".





Masa zaman sekolah dulu-dulu, hari yang paling ditunggu-tunggu adalah CUTI SEKOLAH. Ndak kiralah cuti pertengahan tahun ka, cuti hujung tahun ka, pokoknya CUTI. Memang paling dinantikan sebab masa cuti sekolah dapat bermain bersama rakan-rakan d kampung dengan sepuas hati. Dapat rehat sepuas hati. Ndak perlu bangun awal dan yang paling best ndak payah belajar. Fuhh!! NIKMAT!!!







Sekarang, bila sudah bekerja ni, aku tetap tunggu tibanya cuti sekolah. Bukan sebab mau bermain masak-masak, bukannya mau berehat sepuasnya. Bukan. Tapi antara sebab aku tunggu cuti sekolah adalah kerana bila musim cuti, aku tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas bila pulang kerja. Best gila balik petang tadi, ndak payah bersesak-sesak. Jalan lancar jak. Kebiasaanya, kena lalui keaesakan lalu lintas. Bosan gila sebab jalan yang aku selalu lalu tu adalah laluan untuk ke 4 buah sekolah. Bayangkan berapa ramai ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka balik dari sekolah-sekolah tu. Lain lagi bas sekolah. Lagi-lagi sekolah cina tu. Ndak ramai yang naik bas, kebanyakannya naik kenderaan ibu bapa. Sesakkk!!! So bila cuti sekolah ni dapat lah aku balik dengan tenang. Tenang hidup aku selama sebulan setengah ni. *tenang*


18 November 2011

TERdelete Emel AirAsia Travel Itinerary?? Jangan Bimbang

Pagi tadi, aku check emel yahoo aku. Mendelete mana yang patut. Selain SPAM banyak jugak emel² yang entah dari siapa la, aku pun ndak tau. Delete punya delete punya delete, tiba-tiba aku tersentak.

"eh, mana tiket pergi KL tahun depan??"

Panik. Sudah beli ka belum. Yalah. kadang-kadang web AirAsia ni bangang sikit. Memandangkan aku beli tiket pakai kredit kad bapak aku, so aku ndak dapat check la ada beli atau tidak. Mula la bongkar trash emel aku. Ok fine. Last week aku ada delete emel-emel bangas dari yahoo aku. Fine. Sure terdelete.

Perfi web AA. Manatau ada tempat boleh cek booking. Aku ndak jumpa. HAMPAH!!!Mulalah sibuk surf  cari nombor telephone AA. Hampeh! Dalam web bagi nombor ni 600 85 9999 .  Haram ndak dapat. Mula la sibuk cari kawan-kawan yang kerja AA. Ada kawan nama Zureen. Dia kerja di AA Kota Kinabalu. Malangnya cuti la pulak. Dia cakap besok. Oklah besok! Dalam hati cakap besok. Tapi sebenarnya risau jugak. Bukan apa, kalau belum beli, mau beli cepat-cepat sebab masih murah lagi harga tiket tu. Nanti naik harga, susah pulak. Sudahlah bapak baik hati mau sponsor. 

Tiba-tiba teringat, ada seorang kawan kerja stewardess AA. So, tweet la ke dia tanya HOW. Dari pagi aku tunggu. Maybe dia dalam flight la sebab terbaca tweet dia pagi tadi. Petang tadi baru dia reply. Suruh aku check dalam Web AA. 

Click Manage Booking





Hasilnya, aku sudah dapat balik no reference tiket aku nanti. Happy.

So, kepada sesiapa yang terdelete emel macam aku ni, jangan risau. Ndak kemana tiket-tiket tu. Oh ya baru teringa, dulu ada seorang kawan mengalami masalah yang lebih kurang sama ngan aku, cumanya dia bukan terdelete tapi dia terlupa password emel dia. Parah jugak, nasib baiklah dapat buka emel dia balik. Itu pun aku yang mati-matian tolong. Kesian jugak, dia sendiri lupa flight dia jam berapa. pagi ka petang. Tapi syukur lah dapat buka emel. Tapi time tu sumpah, kalau aku tau kewujudan MANAGE MY BOOKING ni ndak la aku sibuk-sibuk geledah emel orang. :D



Sekian!

Prediction Cristiano Ronaldo Sebelum Perlawanan Semalam

Ha Ha Ha Ha Ha Ha!

Entri kali ini di mulakan dengan ketawa terbahak-bahak. Lawak bah! Thanks to KEHM sebab share this video. Aku yang tengah bosan terhibur dengan lawak dari video ni. C.Ronaldo siap cakap Melayu tu. Bangga eh!!!

Apapun, pada sesiapa yang tengah bosan ataupun tengah bersedih, mari tengok video ni. Sure lepas ni ceria.






p/s Serius Bengong!

Percubaan Pertama Membuat Header Blog

Ini header lama. Simple.



Ini pulak header baru.




Percubaan pertama membuah header yang dalam kategori bergambar. Biasanya aku buat header pakai tulisan or gambar muka sendiri. Sangat buta tentang seni. Untuk first timer macam aku, aku memang berpuas hati dengan header aku ni. Akan datang akan improve lagi. Tapi, DOODLE tu, sumpah bukan aku yang buat. Belum pakar lagi bab-bab doodle tu. Doodle tu aku AMBIL DENGAN IZIN di Istana Cinta. Owner blog tu memang sedekahkan kepada manusia-manusia yang buta seni macam aku ni. Terima kasih tuan punya blog.

Next time aku mau buat flash header lagi. Akan berusaha mempelajarinya. Insyallah.



p/s semangat blogging tengok rupa baru blog sendiri. Nampak sangat aku gila twitter kan sebab tu burung twitter tu aku letak situ. 



17 November 2011

Penat!!

Hari ini entah kenapa, aku rasa penat gila. Apa tidaknya, dua kali aku ke bandar tu atas urusan kerja. Sudahlah tu, parking jauh pulak dari tempat aku berurusan. 2 kali pagi dan petang dengan jarak parking yang sama. Kira senaman la jugak. Asyik makan ndakda senaman susah jugak kan.


Sekarang ni berada dirumah, lepas hantar document ke bank tadi, aku terus balik rumah. Ndak larat rasanya mau balik je ofis. Best jugak sekali sejala tidur petang. Aku kadang2 lupa sudah macam mana rasanya tidur petang. Biasalah, ni bukan zaman belajar, zaman belajar dulu-dulu sentiasa ada masa untuk tidur petang. Sekarang jangan harap lah.

Tapi, sejauh mana pun aku berusaha mau merasai nikmat tidur petang, kalau sudah ndak biasa tidur petang, usaha macam mana pun ndak berhasil. Hasilnya, aku hanya baring-baring di sofa dan blogging. Inilah hasilnya. Entri petang yang entah apa tujuannya. Mungkin sekadar suka-suka lah.Isi masa lapang.

P/s gambar pagi tadi. Aku hitam dan putih hari ni.