Assalamualaikum semua ^___^ ,
Aku baru balik dari dengar ceramah Ustaz Das'ad Latief. Ceramah tu sebenarnya berlangsung di Masjid Al'Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah. Tapi disebabkan masjid penuh, aku dengar dari beranda rumah makcik aku yang terletak berdekatan sebelah masjid ni.
Siapa Ustaz Das'ad???????
Seorang uztas yang di datangkan dari Kota Makassar, Indonesia.Aku mula kenal Ustaz ni buat pertama kalinya bila aku mendapat ceramah Ustaz ni yang disebarkan melalui bluetooth. Ceramah dia memang best. Ndak boring. Dia bercakap memang tiada tapis-tapis langsungggggggg!! Memang penceramah yang jujur. Tidak memihak pada mana-mana pihak sekali pun. Tidak seperti beberapa orang penceramah tempatan yang biasanya berpihak kepada satu-satu pihak sahaja. Satu lagi, ceramah uztas ni memang ndak boring langsung kerana disetiap ceramahnya ada sedikit humor yang tidak membosankan pendengar.
Antara intipati ceramahnya tadi:
♥ Peha ayam kampung susah mau dapat. Kejar ayam kampung sampai berjam-jam. Lepas dapat tangkap, kena baca Bismillah, kemudian kena sembelih. Lepas tu kena rebus dan bersihkan bulu-bulu baru dapat tengok peha ayam kampung. Tapi peha cewek-cewek (awek-awek) boleh dapatkan lihat dengan percuma.Hanya perlu pergi ke shopping mall, tunggu 5 minit sudah boleh dapat tengok.
♥ Nabi Adam pernah makan benda haram sekali dalam seumur hidupnya, tapi malu untuk bertemu Allah bagaimana dengan manusia biasa yang makan dan minum benda HARAM berkali-kali.
♥ Nabi Ibrahim menipu sekali dalam seumur hidupnya malu untuk bertemu Allah, tapi bagaimana dengan bapak-bapak yang selalu menipu isteri mereka berkali-kali.
♥ Nabi Nuh malu bertemu Allah bertemu Allah bila anak dan isterinya membangkang Allah tapi bagaimana dengan umat sekarang yang mempunyai empat anak dan empat-empat membangkang Allah.Punya anak tu bukan benda mudah ya bapak-bapak!
Itu antara intipati yang best dan menarik bagi aku. Ustaz ni memang best. Sejam ceramahnya rasa sekejap saja. Harap-harap akan datang ada lagi ceramah yang best-best dan lama sikit!
p/s Ramai gila orang yang lalu depan Masjid berhenti tepi jalan semata-mata untuk dengar ceramah Ustaz Das'ad Latief!
aiyaaa..aku pun suka ustad das'ad nih..bila la dia pigi sndkn..aritu dia pigi tp temiss sbb nda tetau..suda limpas br tetau..hadeh..
ReplyDelete@Linaaku tu hr tu time d masjid dkt rumahku...
ReplyDeletehari tu dia p LD, d felda ceramahnya..
ReplyDeletengam2 time aku blik kampung..
tp ndak dapat pegi..
ruginyaaa....
@Anne Nurain rugi..best !
ReplyDelete