06 February 2009

~~10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...~~


Sambil2 aku susun kerja aku...aku sambil2 search internet...terjumpa plak artikel ni...ntah betul ntah tidak...semua terpulang kepada diri masing2.... Tepuk dada tanya selera...


10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...



10. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang
kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan
masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar
begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila
dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh
yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri t ak perasan..


9. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai
memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun
kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa
menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai
sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata
manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan
menjadi penawar segala bisa.

8. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -
Kebebasan tu bukan
kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan
yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum
perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang
dikehendaki,kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.
Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

7. LELAKI YANG BERHATI-HATI -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-
mudah saja untuk mengeluarkan kritik an terutama tentang masakan
kami. Sebab...ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,
mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau
mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.
Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.
Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

6. LELAKI YANG WANGI -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum
perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada
kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi
perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;
apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki.
Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi
dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

5. LELAKI YANG PEMURAH -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang
pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke
tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik
untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap
rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah
terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang
perempuan-perempuan lain.


4. LELAKI YANG TIDAK KISAH -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah
sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak
mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk
dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi
kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan
sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai
wanita tu..!!

3. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -
Inilah ciri-ciri lelaki yang
amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu
yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa
bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila
mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati
tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut
mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan
perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa
yang memiliki dia kan...!!

2. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu
bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita
pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau
undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat
memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga
anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah
terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri;
daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih
baik...beralah kan..

1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -
Inilah ciri lelak i yang
menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa
veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem
daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto
yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki
yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu
wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan
suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang
tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak
sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA
DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan
dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti
carta tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di
lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI
IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan
kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara
kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang
berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA
LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

No comments:

Post a Comment