23 August 2009

...1 ramadhan...

Alhamdulillah..selesai jugak kita berpuasa tanpa ada halangan pada Ramadhan pertama ini.Tidak banyak aktiviti yang aku lakukan pada ramadhan pertama ni. Pagi2 pegi opis. lepak opis main game. Jam 12.30 balik rumah then lepak online di rumah. Lepas asar pegi beli kuih untuk berbuka puasa. Hari ni mamaku masak bihun untuk hidangan berbuka. so hanya tinggal beli kuih-muih dan kurma sahaja. Lepas tu kami p airport ambil bapaku dari KK.Almost seminggu dia pegi Bangkok. Nasib baik ndada bawak balik penyakit. Alhamdulillah.Macam biasalah kan kalau bapaku p mana2..mesti la kami dua beradik mintak dibelikan ole2.Walaupun sebenarnya barang2 yang kami mintak tu ada jugak di jual di Malaysia tapi biasalah janji ada benda dibelikan kira happy la kan. Itu bestnya sikit adik beradik ni...hihihi..kompom kena belikan. huhuhu....

Crocs untuk aku...(aku yang mintak..bosan pakai sandal...jadi tukar selera...)
Braun Buffel for my mom....(nasib baik ada bro Jason...kalau harap bapaku aku rasa baju jak dia belikan..hihi..bapaku ni buta fesyen wanita sikit...)
dan ZARA shirt untuk si Lason...



Buka puasa jam 6.25pm (jangan jeles ya kawan2 di semenanjung)...banyak makanan.Biasalah bah kan kalau hidup di kampung ni. Lagi2 time ramadhan ni la orang slalu bersedekah. Mamaku masak bihun goreng sekali time buka ada dua jenis mee lagi atas meja. Satu makcik miah bagi satu lagi makcik dai bagi. Tema hidangan untuk puasa pertama adalah MEE... hihihi.... Lepas maghrib cam biasa..kami p terawih. ndak banyak gambar yang dapat aku ambil hari ni sebab time kami datang jam 7.15 tu..Masjid sudah penuh...kami still ambil port di bawah aircon. hihihihi...hari ni kami hanya mampu sembahyang 8 rakaat jak. sebab masing2 ada hal mau di buat. Time balik tu aku jumpa sesuatu....



Semoga pakcik ini mendapat pahal berlipat kali ganda... serius memang penuh Masjid Tg Batu... ndak kira lelaki dan perempuan...sampaikan ada yang sembahyang di luar masjid. Sebelah kiri masjid untuk perempuan dan yang sebelah kanan untuk lelaki. aku ndak sure la pakcik ni memang sembahyang sendiri atau sebelum ni ada ramai lagi sebab time gambar ni aku ambil jemaah tengah sembahyang untuk rakaat yang ke-10(habis dua rakaat orang sembahyang baru kami dapat kuar dari masjid...sesak betul...).





Apapun...semoga semua amal ibadah kita diterima Allah SWT.




nota kaki tangan dan mulut:selamat meneruskan puasa ke-2.

No comments:

Post a Comment