11 July 2009

...tag merlyn...

aku adalah c comel yang tomboi yang duduk barisan depan memakai baju kurung biru(sangat comel...hahaha perasan)

aku sendiri ndak tau berapa umur aku time ni (thnx to kazen nina sebab upload gmbr2 aku masa kecik.aku ada bnyk gmbr time kecik tp xda scanner)

Rules And Regulation: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yang orang tak tau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sebab saya ingin tau lebih lanjut tentang zaman comel anda dulu..

25 perkara yang orang ndak tau semasa kecil aku:
  1. aku pernah kena tampar oleh Hj.Bahar aku sebab aku tengking dia time aku mintak duit 10 sen (sumpah sampai sekarang aku takut mintak duit dengan bapak aku.)
  2. aku ada seorang kazen yang lahir sama tahun ngn aku (dalam gmbr dia pakai baju melayu hitam)... ok..aku mengaku dia lagi comel dari aku..dari kecik sampai sekarang dia masih lagi comel.
  3. dulu masa kecik2 aku suka tunggu Hj. Bahar balik kerja dan pas tu dia akan bawak aku round2 kampung naik motor kapcai beliau.
  4. dulu masa kecik aku seorang tomboi. aku ndak pernah bela rambut panjang.aku start smpn rambut panjang masa aku form 2.
  5. masa darjah 2 aku pernah kena marah sebab aku dpt no 5..masa semester (eh..masa darjah pakai semester ka)..time semester satu aku dpt no 1 dan semester 2 aku dpt no 5.aku kena marah gila2 oleh Pn.Samsiah (sian aku)...
  6. masa aku dapat no 1 , Pn. Samsiah hadiahkan aku jam alba warna merah. aku masih igt jam itu walaupun aku ndak tau mana jam itu berada.
  7. aku seorang yang kedekut.dulu kalau ada orang panjat pokok rambutan nenek aku..aku akan teriak "NEKKKKKKKKKKKKK!!! ADA ORANG PANJAT RAMBUTAN NENEKKKK!!!"(sangat kedekut)
  8. aku budak kampung jadi semua permainan kampung aku pandai main...kayu lelek,engkek2, roundes,guli,tapuk2,polis2..pokoknya permainan kami mengikut musim (yes...aku rindu zaman ini)
  9. dulu aku slalu kencing time tidur...
  10. aku start chatting2 time umur aku 14 tahun dan aku ada kenalan yang aku kenal dan aku berkawan sampai dewasa.tapi lost contact semenjak tahun lalu (kawin sudah kali dia)
  11. aku pernah ikut pertandingan syair masa darjah 3. time tu aku sekolah petang.dan aku hanya belajar dan hafal syair itu pagi sblm pertandingan. dan yang bestnya aku dapat no 2.
  12. masa darjah 3 guru kelas aku nama dia Cikgu Bedah. dia suka menjual makanan time mengajar.
  13. masa aku umur 5 tahun aku tadika di tadika kemas
  14. masa umur aku 6 tahun aku tadika di tadika pasti.
  15. masa sukaneka tadika pasti aku seorang yang hebat sebab aku menang semua game kecuali bawak bola pingpong dalam sudu.
  16. masa aku umur 3-5 thn (aku pun ndak ingat)...aku pernah kejar kazen lelaki aku dalam keadaan bogel dan dia sangat takut dan lari tgk aku bogel(sangat bodoh dan naif aku pada masa itu)
  17. masa kecik aku sangat bangga menjadi cucu tuan tanah
  18. masa kecik aku tinggal ngn datuk & nenek sebelah Pn. Samsiah.
  19. tiap kali raya, aku kumpul duit raya dan pastu aku ngn kazen aku ngn c sukma dan sandra akan p makan KFC 2 ketul ayam.sangat happy sebab guna duit sndr.
  20. kami sekampung suka beli baju yang sama pesen.
  21. time hujan kami suka main parit.
  22. aku start tidur dalam bilik sendiri time umur aku 9 tahun
  23. masa kecik aku tidak pernah di benarkan ikut aktiviti sekolah yang ada kaitan ng picnic2.
  24. aku merupakan ahli tunas puteri yang aktif
  25. UPSR aku 3A 1B (sangat bodoh)... orang lain dpt B maths..aku dpt B karangan bahasa melayu (sangat memalukan)

orang yang ingin aku tag:

  • eda
  • mawar
  • saba
  • sheila
  • feela
  • mommy qastalani
  • nad
  • aciq
  • cik aini
  • dan sapa2 la yang rajin jawab tag ini

nota kaki tangan dan mulut: time buat entri ni..blm smpi 25..aku sempat p toilet 2 kali. punya penat memikirkan benda ini.

No comments:

Post a Comment