30 November 2010

...macam mana mau dapat BE????...

Ada kawan blogger tanya aku macam mana mau dapatkan BE. Aku rasa aku bukan orang yang tepat untuk disoal dengan soalan sebegitu rupa sebabnya aku baru dapat 5 BE sedangkan ada taiko-taiko yang lebih arif dan sudah dapat puluhan BE.Kepada Encik Shahrul anda boleh terjah blog Cikgu Dahlia, Darkbatman atau pun Azreean Latip . Meraka antara oarang-orang yang berjaya membuat duit dengan Nuffnang. Dalam blog Cikgu Dahlia ada terangkan 4 jenis earning yang kita boleh perolehi dari Nuffnang. Sila rujuk. 



nota kaki tangan dan mulut: saya budak baru belajar...


...berkali-kali menjadi kanak-kanak...

Makin hari makin menjadi-jadi aku ni kan. Hari tu brooch-brooch comel menjadi mangsa kegilaanku menjadi kanak-kanak. Hari ni bunga-bunga cinta pulaknya. FUH! Nasib baik menjadi. Kalau salah pasang, silap² nampak macam orang terencat akal pulak nanti kan. 


Aku sendiri nda tau kenapa dua tiga menjak ni aku makin suka kepada benda-benda comel dan cute. Sampaikan siap pakai segala benda-benda yang mengarut tu atas kepala. Aish.. mampus la. Macam biasa aku cakap la kan, persetankan apa orang mau cakap yang penting aku selesa dan happy. 



nota kaki tangan dan mulut: sabar menanti kedatangan brooch2 comel dan hairclip yang comel dari Ispehia..






...Wah! Rezeki bertambah...BE ke 5 dari Nuffnang...

Dua-tiga hari ni trafik memang jatuh merundum sebabnya aku agak busy. Lain lagi dengan masalah jiwa sekarang yang tengah nda betul Ishhhhhhhhhhhh...Kacau betul. Itu belum  masuk bab aku nda ada idea mau buat entri pasal apa. Tengok lah 2-3 hari ni, entri pun sebijik jak sehari. FUH! Tapi, terima kasih kepada DIGI dan Nuffnang sebab bagi lagi BE baru iaitu Digi Internet.Actually, aku tengok benda ni dari semalam menari-nari. Terfikir jugak "aikkk...BE baru ka???". Tadi buka Nuffnang dan YESSSSSSSSSSSS!! BE BARU! THANKS NUFFNANG...THANKS DIGI! Aku memang lama tunggu BE dari Digi ni. Aku tengok orang lain beriya dapat iklan dari Digi ndakan aku yang peminat no 1 Digi ni nda pernah dapat.Tapi akhirnya aku dapat jugak. Tambah sayang aku pada Digi. 


 Aku pernah buat entri pasal Digi vs Maxis.Minggu lepas nda silap. Hah! Kan itu sudah membuktikan line Digi lagi bagus dari Maxis.Walaupun terus terang aku cakap, aku sudah tunggu bertahun-tahun untuk 3G Digi sampai ke Tawau ni, tapi  nda sampai-sampai jugak. Nda apalah, aku yakin satu hari sampai jugak tu kan. Salah satu sebab aku suka Digi ,walaupun kebanyakkan kawan-kawan aku pakai Celcom + Maxis dan siap marah-marah aku sebab pakai Digi, ialah pengurusan pihak Digi memang tiptop. Aku nda pernah kecewa dengan Digi. Sebab tu aku setia pada Digi hampir 6 tahun.Dari prepaid sampailah aku sekarang pakai yang postpaid Digi. Hurmmm...mau jugak 4 tahun aku pakai postpaid ni. Nda pernah ada masalah. Apapun, aku berharap satu masa nanti 3G Digi akan sampai ke Tawau. So aku nda perlulah guna line lain untuk ber3G. 


Nota kaki tangan dan mulut: Semoga akan banyak lagi BE selepas ini. YEAHHHHHHHh!


29 November 2010

...Bahaya bila putus tunang...

Selama ni, aku bukan kenal pun si Cikgu Shida ni. Bila orang sibuk post di FB pasal video miming dia ni, aku buat dunno jak. Sebabnya, bagi aku dia ni salah satu orang-orang yang "tiada kerja cari kerja buat". Bukan dia sendiri yang buat video miming tu. Ramai gilak. So. aku buat dunno la. Sampailah last week kalau aku nda silap, aku terlihat satu video dia. Orang cakap paling latest.Dia miming lagu "Kalau Berpacaran". Kebetulan time tu aku memang asyik dengar lagu Ana Rafali di winamp aku. So, aku pun dengan tanpa rasa segan silu klik la "PLAY". Bila tengok aksi cikgu satu orang ni, terfikir jugak dalam kepala hotak aku ni, Cikgu ni memang mereng ni. Nda ada kerja la ni. Kan sekarang cuti sekolah. Ni la orang tiada kerja cari kerja buat.Tapi serius aku cakap, video dia tu macam berhantu tau. Bila tiap kali aku dengar lagu Kalau Berpacaran ni,nda kira la di mana jua, di opis, di rumah malahan dalam kereta, aku siap boleh terbayang-bayang reaksi dia dalam video tu. Serius Berhantu wei. Entahlah, cikgu ni ada bagi aku minyak senyonyong kali kan. ISH!

Pagi tadi, time blogwalking, aku jumpa dalam blog Cikgu Dahlia" Kenapa Cikgu Shida ni jadi macam tu". Aku malas mau ulas panjang lebar, just klik blog Cikgu Dahlia, dalam tu kamu akan jumpa jawapannya.
Blog Cikgu Dahlia.Sambil-sambil tu enjoykan diri anda dengan video cikgu satu orang ni.



Hah! Amacam. Sudah dapat info. Bahaya jugak kan panahan putus tunang ni. Aku rasa dia tu memang sayang gilak dengan ex-tunang dia tu. Itu yang jadi macam tu tu. Dia ni pun satu la, muka bukan nda lawa pun. Lawa la jugak. Kalau tunang ko tu sudah nda mau, ko cari lain la. Sure ramai orang mau. Lagi-lagi zaman sekarang ni, mak bapak cari menantu yang kerja gomen macam ko tu. Yang ko pegi merosakkan nama ko, merengkan kepala ko macam orang nda betul tu kenapa. Adui.Aku cuma mampu doakan kau kembali pulih. Tapi best jugak video-video yang kau buat tu. Aku siap boleh terbayang-bayang lagi wooo...Next time kalau kau mau buat video lawak tu boleh, tapi janganlah yang terlalu mereng. Kasihan aku tengok Ok. Apapun, selamat bercuti .




nota kaki tangan dan mulut: kalau sudah kahwin pastu cerai, apa lah agaknya jadi dengan cikgu ni?? simpang Malaikat 44...


28 November 2010

...Tawau Drag Race Motorsport Carnival 2010...

Kelmarin, 27.11.2010, berlangsungnya hari kedua TDRMC 2010 betempat di bekas Airport Lama Tawau. Fuhh...aku dengan yakin dan confiden dan bersemangatnya pergi la konon meninjau-nijau apa yang berlaku. Tapi Hampa! Terlalu ramai orang. Rasanya tiap tahun pun memang ramai orang. Aku dan kawan-kawan pergi kalau tidak silap dalam jam 3 lebih . Cuaca??? Perghhhhhhhhh...panas gilak. Disebabkan terlalu ramai orang kami nda dapat tgk pun siapa yang racing. Nasib baik datang bawak kereta 4WD, boleh lah lepak belakang kereta tu, kalau pakai kereta biasa, for sure nda nampak apa². 

Bawah ni ada beberapa gambar-gambar orang yang nda dapat tengok tapi mau jugak lepak sana,berpanas, dan mengeluarkan berliter-liter peluh.hikhikhik. dan hasil terakhir adalah mendapat bau badan yang sangat "BEST" dan beberapa gambar yang aku ambil dari Facebook Tawau. Credit to admin. Sekadar untuk di kongsikan.

Gadis Litar..
Tapak bekas Airport Tawau yang lama.

Hanya mampu melihat dari jauh. Hampa. 

 Terlalu ramai orang.

Nasib ada geng
Nasib baik nai 4WD...

Panas belakang kira, gambar tetap ambil...


OK. Bawah ni aku sekadar mau share apa aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari TDRMC 2010 ni. Info dan gambar semua dari Facebook myTawau. 

Perlaksanaan Program KARNIVAL SUKAN BERMOTOR DRAG RACE HARI MALAYSIA 2010 ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Anjuran : Kementerian Belia & Sukan Sabah Bahagian Tawau

Pengelola : Kelab Peminat Sukan Bermotor Tawau (TMCS)

Tarikh : 26hb. November hingga 28hb. November 2010

Perasmi Pembukaan : Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Perasmi Penutupan : Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah

Penyertaan : Terbuka kepada semua pelumba yang berminat untuk menyertai. Yuran penyertaan pertandingan akan dikenakan.

PENONTON MASUK ADALAH PERCUMA


This is few car category inside

Car Category
Class A - 4 x 4 open turbo

Class B - 4 x 2 turbo

Class C - NA (1600cc above)

Class D - NA (vtec,mivec,supercharger)

Class E - K-car Turbo (1000cc below)

Class F - Diesel Turbo(3000 Below)

Class G - Proton Cup(1500cc Single cam only)

Class H - 4 x 2 open turbo (with standard gear box)

Motorcycle

Class A - 110cc( 4 & 5 speed only)

Class B - 125cc

Class C - 135cc-150cc

Class D - 4 stroke (max 125cc)

Class E - Open class

Class F - 135cc standard

Class G - 150cc standard


Gambar-gambar dr myTawau:






Hari ini, akan berlangsungnya penutupan TDRMC 2010 dan juga merupakan acara kemuncak (kawan bgtau). Tapi rasanya aku sudah tidak sanggup untuk pergi sebab aku yakin mesti ramai gila orang. Biarlah. Aku pun bukan minat kereta-kereta ni. Aku pergi kemarin tu pun sekadar untuk menyokong (cewah macam YB plak aku rasa). Apapun, sebenarnya aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk remaja (maksud aku yang melibatkan diri la..aku dpt apa...dpt peluh ada la..) sebabnya ini salah satu cara untuk mengurangkan gejala mat rempit walaupun aku rasa di Tawau ni nda ada pun mat-mat rempit ni (rasanya lah). Tapi, ada khabar angin yang mengatakan ini karnival terakhir kerana tapak bekas airport Tawau itu akan digunakan untuk pembangunan. Entahlah. Tunggu dan lihat jak lah nanti.



nota kaki tangan dan motor: tidak minat kereta-kereta sampaikan rim kereta dari dulu nda pernah tukar...ngeh!


27 November 2010

...sekali-sekala menjadi kanak-kanak...

Salam all. Di hari sabtu yang indah dan permai ini, ketika orang masih lagi bersenang-senang diatas katil, aku pulak pergi kerja. Beginilah nasib orang yang kerja ngan company swasta. Bukan macam orang gomen, sabtu boleh bersenang-lenang bersama keluarga. Enjoy sana-sini. Hah minggu ni lagi la meriah shopping-shopping complex tu. Baru gaji kan. Habis lah.. Jangan sampai runtuh shopping complex tu ya. Aku ingat lagi time kerja di WCT dua tahun lalu. Kalau dalam sebulan ada 50 hari, tanggal 50 la jugak kami gaji. Nasib baik sebulan average ada 30 hari jak, so memang gaji the last day every month. Sabar jak la ya. Time orang gomen sibuk shopping-shopping kami hanya mampu melihat.Tapi awas, lepas orang gomen sudah kehabisan malahan ada yang sudah duduk dirumah kerana sudah habis berbelanja kami pulak sibuk memenuhkan shopping complex(entah lah..penuh ka nda.bukan ramai pun staff WCT KKIA. kuikuikui). Dan paling best bila tengah bulan, orang lain sibuk ikat perut, kami happy sebab time ni la dapa OT, dapat meal allowance.Pergh...paling gembira kerani-kerani yang OT habis-habisan. Masyuuukkkkkkkkkkkkkkkk betul dorang. Aku? harap meal allowance jak la. Manada OT. Kalau ada OT, lama sudah aku kaya..kuikuikui. Tapi company sekarang best jugak, gaji ikut gomen you..yeahhhhhhhhhh!

Ok. Berbalik pada tajuk. Sila jangan meluat atau pun muntah tengok gambar dibawah ini. Sila abaikan wajah orang perasan muda dan trep a.k.a bajet budak-budak itu. Nda sedar diri tahun depan sudah masuk 27 tahun...opssssss...terbocor pulak rahsia...ngeh... Sila lihat brooch comel dan cute itu. Lawakan. Brooch comel yang boleh dijadikan accessories untuk shawl.Lagi-lagi digayakan bersama shawls smarties tu.Sekali sekala menjadi kanak-kanak rasanya nda pa bah kan. Lagipun tiba-tiba perasaan ingin berjiwa muda itu timbul sempena hari sabtu. Biasalah kan, nama pun sabtu, sure la pakaian tidak seformal hari-hari biasa. So kepada penggila shawl, bolehlah mencubanya jugak. Rasakan "KEMUDAAN' yang aku rasakan. syiokkkkk ehhh!




nota kaki tangan dan mulut: rasa muda 10 tahun..yeah!


26 November 2010

...Anang sudah temui pengganti Kris Dayanti...

Wah..wah..wah... Nampak gayanya Anang sudah mendapatkan pengganti Kris Dayanti. Kalau dulu Kris Dayanti selalu menjadi orang yang akan menyanyikan lagu-lagu Anang dan kadang kala mereka berduet, tapi selepas kes perceraian mereka, Anang sudah pun menjumpai orang yang mampu dan boleh diajak berduet iaitu Aurel. Siapa Aurel?? Aurel ialah puteri sulung Kris Dayanti hasil perkongsian hidupnya dengan Anang. Wah.. wah.. wah... Bijak jugak si Anang ni kan. Hurmm...lagu pun best (lagu-lagu Anang memang majoriti best2). Semoga Aurel ni akan sukses.Sesukses mamanya jugak. Tapi jangan ikut perangai mamanya sudahlah ya...kesian Anang.





nota kaki tangan dan mulut: Sure lepas ni anak dia akan jadi bintang Indonesia yang popular...

...Sabahan Nuffnangers, Jangan lupa malam ni...

Uiks....Kedapatan aku jarang tengok kalender kan...kuikui... 26 November adalah hari ini iaitu hari Jumaat.Rupanya hari tu Nuffnang silap letak date.Aku pun jenis main ikutttt jak kan. apalah.... So Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers tu rupanya malam ni. How come aku boleh nda perasan. Aisehmen... So, Sabahan Nuffnangerrs...Jangan lupa malam ni ok. Siapa yang pegi tu nanti share-share la gambar k.



nota kaki tangan dan mulut: besok kerja... :(


...apa terjadi semalam ya??..

Hurmm... semalam mengikut apa yang tercatat di web Nuffnang, sepatutnya ada Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers kan.Apa jadi semalam ya. Mesti happening kan???? Ada siapa-siapa yang join ka? story la wei....



nota kaki tangan dan mulut: hurmmm...kan best kalau KK-Tawau dekat...macam Kuantan-Temerloh...


25 November 2010

..aku dan oatmeal : part 2..

Salam. Dulu aku pernah buat entri pasal oatmeal. Time tu serius aku cakap, seminggu makan oatmeal, pagi sekali, malam sekali, dalam masa seminggu berat aku turun 1.5kg. Memang happy. Tapi aku ni jenis cepat bosan dan tidak berdisiplin. Selepas seminggu tu aku mula bosan. Aku makan pun sehari sekali jak la. Untuk breakfast. Sampailah sekarang. Berat aku??? Entah...turun tidak naik plak sebab tengahari dengan malam aku bantai makan bukan-bukan. Sekarang baru sibuk mau diet 10 hari. Harap-haraplah berjaya Rina oi.

Pagi tadi time mau breakfast, sibuk cari oatmeal.Alamak! Habis. Pergi buka almari stok makanan kering aku jumpa Quaker Oatmeal berwajah baru. Mesti mak aku baru restok. Disebabkan dalam rumah tu , aku bapak ngan mama; yang makan oat tiap kali breakfast, so mamaku memang beli stok yang banyak untuk oatmeal ni. Sebulan maunya 3-4 bungkus. Habis ok tiap bulan. Tapi Quaker oatmeal berwajah baru.Wah! nampak lebih menarik dan menyelerakan. Siap ada letak gambar kepelbagaian cara untuk memasak oatmeal. I LIKEEE! 

Wajah baru Quaker Oatmeal. Siap letak pelbagai jenis cara masak oatmeal.Lebih menyelerakan.
Packing lama. Cuma ada oat + susu. Patutlah kawan aku si Eda Suhaili tu nda berselera tengok.

Ini laman web Quaker Oatmeal.Siap ada resepi yang menarik. [Link]. Insyallah akan mencuba.


Kebiasaannya, breakfast aku tidak lah secanggih yang diajar dalam laman web tu. Aku sekadar mencampurkan 5-6 sudu oatmeal bersama koko crunch @ milo cereal @ corn flakes sahaja. + Nestum. Supaya rasanya lebih menarik tertarik menarik kau memang da boom. Tapi kalau mamaku ada masak any soup, biasanya aku suruh mamaku buat kuah dia lebihhhhhhh sikit. So boleh digunakan untuk makan bersama oatmeal ni. Sedap jugak la. Ianya akan jadi seperti bubur. Tidak muak! Sumpah! sebab dia ada perasa berbanding makan dengan air panas kosong.Tapi biasanya kalau guna air panas, aku akan makan oat bersama lauk. Rasanya dulu aku pernah tunjukkan dalam entri PENDIET KERAS. Nampak macam tidak menyelerakan. Tapi hasilnya LUMAYAN.

Bawah ni saja mau tunjukkan step untuk jadikan oatmeal tidak muak. Saja jak.Mau tunjukkan kepada sahabatku EDA SUHAILI. Wei babe...langsung nda muak la kalau guna susu segar ni. Yang paling penting, sejuk. Kalau susu panas aku nda sure la apa rasa dia. Nda pernah try sebab rasa macam muak jak tu. So, kalau ko rasa mau cuba, cuba lah k. Dijamin tidak memuakkan.

Aku saja tunjuk step.Yalah kan nanti ada pulak orang cakap, hakkkelleehhh dia ni...benda cam tu pun mau tunjuk-tunjuk. Tutup mata pun aku boleh buat la. Aku sekadar untuk berkongsi ilmu. Lagi satu supaya orang nampak depan mata apa yang aku buat. Tidak lah hanya membayangkan saja. Satu benda lagi, Eda, untuk first timer macam kau aku sarankan ko tambah lah benda-benda manis seperti koko crunch tu supaya ianya ada rasa. Nda la ko muak nanti k.Selamat Mencuba




Nota kaki tangan dan mulut:Seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Aku pun masih terkapai-kapai untuk berdiet.adeiiii lah..



...Wah! Rezeki bertambah...BE ke 4 dari Nuffnang...

Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... Dapat lagi BE dari Nuffnang.Happy.Kali ni dari Nokia C3.Actually aku perasan iklan ni menari-nari diblog aku dari kemarin petang. Tapi aku nda mau perasan lebih-lebih.Seperti biasa, tiap pagi bila buka blog, mesti buka nuffnang. Rasanya hampir semua blogger buat benda tu kan.Samada check UV,ataupun check earning.kan..kan...kan... tipu la kalau cakap nda kan..kan..Bak kata  blogger Irine Nadia,tanpa Nuffnang siapalah blogger-blogger kita ni kan...



Thanks to Nokia jugak sebab kasi aku BE. Apapun aku memang sayang nokia(bukan bodek ok). Aku pakai nokia dari mula-mula aku pakai handphone. Hah, masa tu handphone yang paling popular ialah NOKIA 3310. Aku ingat lagi, masa tu bapak aku belikan handphone tu sebab aku mau masuk matriks. Harganya time tu mahal ok RM699. Sekarang kalau RM 699 boleh dapat yang canggih dan ada kamera lagi.FUH! Member² aku masa di UMP mesti tau, aku suka tukar² handphone. Hampir tiap tahun aku tukar handphone. Tiap kali dapat PTPTN mesti tukar handphone;perangai yang sangat buruk.Adik-adik sila jangan ikut ok. Membazir. Tiap kali tukar pun aku tetap dengan Nokia. Entah kenapa. Tapi yang pasti aku membesar bersama Nokia so aku suka function² yang ada. Kira macam aku sudah familiar la dengan nokia ni.Sampai sekarang pun aku masih pakai Nokia.


Nokia C3 ni aku suka sebab dia ada colour pink. Entahlah, lately aku semacam semakin meminati benda-benda berwarna pink ni. Nampak macam cute jak. So untuk tahu lebik detail pasal Nokia C3 ni boleh klik sini.Once again Thanks NOKIA.



nota kaki tangan dan mulut: apa lah yang aku melalut di atas tu..



24 November 2010

...Rabecca oh Rabecca ...

Hari ni hari Rabecca Nur Islam sedunia ka??? Hari ni saja ada dua orang blogger cerita pasal KESEKSIAN si Rabecca ni. First aku baca entri Aref. Pastu, time blogwalking  aku jumpa pulak entri dari Cik Epal pasal si Rabecca ni. FUH!!GLAMOUR GILA dia hari ni kan.Aku pun nda tau la, kebetulan atau apa, tapi memang jadi isu la keseksian dia ni. Apapun, satu benda aku mau tanya....apa benda putih2 tu???



...All about food and baverage - 2...

Kopi khawww yang buat aku pening sebab terlampau khaaawwwww !


...Bila Belacan dan Paku bergabung dengan Ben Bradshaw...

Aku suka mereka bertiga ini. BEST! 



23 November 2010

...DIGI vs MAXIS...


 VS





Wahhhhhhhh!! Nda sia-sia aku setia pada Digi selama 6 tahun. Tapi yang sedihnya, 3G Digi belum sampai ke Tawau. So aku terpaksa guna jugak 3G Maxis. So, apapun aku akan menjadi pencinta DIGI & MAXIS!



nota kaki tangan dan mulut: CELCOM??? Selalu mengecewakan aku... :(


...entri lucah untuk tarik perhatian pembaca...

Aku hairan, kenapa ada segelintir blogger yang sanggup letak tajuk lucah-lucah ataupun buat entri lucah-lucah ni. Adakah tujuannya untuk menarik ramai pembaca supaya trafik meningkat???Beginikah caranya untuk mendapatkan trafik yang tinggi??? Sanggup buat entri lucah semata-mata untuk dapatkan trafik??? WHAT THE FISH??? 

...kelebihan meminum banyak air dan kesannya...

Kelebihannya: 
orang cakap boleh membantu dalam proses diet (seperti yang aku tengah jalankan sekarang..ceh..macam bagus)

Kesan:
 sekarang baru jam 2.00pm, dan selepas meminum hampir 3 liter air, aku sudah masuk tandas hampir 15 kali untuk buang air kecil.



15 kali pun 15 kali la...janji boleh kurus. 


Faizal Tahir vs Edry Abdul Halim...

Dibawah ni senarai lagu-lagu yang masuk Anugerah Juara Lagu 25( 2010):


Hanyut – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Selamat Malam – Faizal Tahir 
 Audi Mok / Faizal Tahir

Jahat – Stacy 
 Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim

Ku Ada Kamu – Adira 
Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim


Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali 
 Ana Raffali / Ana Raffali

Mencari Konklusi – Hujan 
 Noh Hujan / Noh Hujan

Noktah Cinta – Hafiz 
Ajai / Shah Qalam

Drama King – Meet Uncle Hussain & Black 
 Taja / Tun Teja

Cinta Sempurna – Yuna
 Yuna / Yuna

Pelita – A.P.I 
 Loque / Loque

Berlari – Tomok 
 Audi Mok / Shazee Ishak Tomok

Sofea Jane – Black 
Sham Kamikaze & Iswandy / Farril

Extravaganza – Bunkface 
Sam Bunkface / Bunkface

NAH...macam biasa..FT masuk lagi. Kali ni 2 lagu. Tapi ada saingan baru tahun ni. Edry Kru. Ada 3 lagu ciptaan beliau masuk AJL tahun ni. Sesungguhnya aku tidak sabar menantikan siapakah antara mereka berdua yang bakal menjuarai JL. Atau mungkin orang lain??? Tunggu dan lihat la kan....

Pokoknya....
aku memang nda sabar tunggu AJL 25...


nota kaki tangan dan mulut: Hidup FT!

...kahwin demi wang...

Pekerja seks berkahwin lelaki tempatan untuk kesenangan


DANOK, THAILAND: Segelintir lelaki Malaysia yang kemaruk beristeri lebih, dikesan menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai sasaran untuk dijadikan isteri mereka sejak dua tahun lalu.


Difahamkan, kebanyakan lelaki terbabit berkunjung ke sini untuk berfoya-foya di pusat hiburan yang banyak di sini dan berlagak sebagai orang kaya sebelum mengajak pekerja tempat berkenaan berkahwin.


Imam Masjid Fathuislami yang juga Jurunikah Bertauliah selatan Thailand, di sini, Sufian Ismail, berkata kebanyakan wanita terbabit berkahwin semata-mata kerana mahukan kemewahan dan tidak pernah memeluk Islam sepenuh hati.
Bagaimanapun, katanya, apabila menyedari suami mereka itu bukanlah orang kaya dan tidak mampu menampung kos sara hidup mereka, ramai dikalangan wanita terbabit kembali kepada pekerjaan dan agama asal selepas bercerai.


Apabila bercerai, wanita itu kembali kepada agama asal mereka atau murtad serta bekerja semula sebagai pekerja seks. Bekas suami itu juga hanya membiarkan bekas isteri mereka itu murtad, katanya ketika ditemui, di sini.


Beliau berkata, sepanjang dua tahun lalu 10 wanita Thailand bercerai dan kembali agama asal mereka selepas kecewa dengan perkahwinan mereka membabitkan lelaki Malaysia.


Sufian berkata, lebih menyedihkan apabila hasil daripada perkahwinan jangka pendek itu ada yang mempunyai anak dan anak itu juga mengikut agama ibu mereka.
Mereka mengumpan dengan kemewahan yang ditunjukkan dan ia berjaya memikat wanita berkenaan. Selepas perkenalan singkat mereka berkahwin dan wanita itu memeluk Islam, katanya.


Beliau berkata, pasangan itu akan menyewa rumah di sini dan si suami hanya akan datang menemui isterinya pada hujung minggu atau masa tertentu.


Tidak lama selepas itu wanita berkenaan menyedari suaminya bukanlah orang kaya seperti yang disangkakan, malah tidak dapat menampung kos sara hidupnya yang sebelum itu mewah, menyebabkan mereka sering bergaduh dan berakhir dengan perceraian, katanya.


Sufian berkata, dia berasa amat sedih kerana dalam keadaan ini agama Islam dipermainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


Kita juga bimbang kerana anak yang dilahirkan oleh pasangan itu mengikut agama ibunya, sedangkan bapanya Islam, katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd Suhaimi Salleh, ketika dihubungi, berkata beliau kesal kerana ada pihak yang mensia-siakan saudara baru menyebabkannya kembali ke agama asal.


Perbuatan menceraikan isteri saudara baru menjejaskan imej Islam dan ini jelas menunjukkan mereka berkahwin untuk suka-suka saja, katanya.


sumber : berita harian


Kerana wang...manusia ROSAK!


...HA!HA!HA!..

Aku aktif balik FB even nda sampai 24jam pun. Reason??? kelmarin time deactivatekan account FB aku lupa yang FB salah satu medium untuk UPkan traffic blog aku. So, aku decide untuk aktifkan balik FB tapi aku sudah ubah setting FB aku. Tiada siapa boleh komen. kuikuikui. So, FB tu hanya sebagai medium untuk menaikkan lagi trafik blog aku bukan untuk kegunaan aku. TADAAAA!




...Wah! Rezeki bertambah...BE ke 3 dari Nuffnang...


Balik dari jogging, benda pertama aku cari adalah laptop, bukan air . Memandangkan semalam tidak berkesempatan melihat blog kerana ada aktiviti makan-makan, aku dengan rajinnya melawat blog. Terlihat iklan Taylors University, aku terfikir, mana pergi iklan Olay. hurm...dengan rasa seram sejuk (ok..tipu) aku pun buka la web Nuffnang dan aku jumpa dibawah ini...




YES!!BE ke3. BE pertama sudahpun menjadi ME.Happy!Apapun terima kasih Taylors University dan Nuffnang. Lain kali tambah lagi BE tu yaaa...



nota kaki tangan dan mulut:Baru 3 mau kecoh...tapi apa aku peduli....biarlah 3...drpada nda ada langsung....