Pelajar 16 tahun dituduh culik, cabul kanak-kanak 8 tahun
KLANG: Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun bulan lalu.
Bagaimanapun, Majistret Afifah Mamat@Yusof memerintahkan kes itu didengar oleh Mahkamah Juvana pada 11 November ini kerana ia membabitkan remaja bawah umur.
Afifah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim.
Dia juga didakwa mencabul mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Teluk Gadong, Pandamaran antara 6.40 petang hingga 7.10 malam pada hari sama mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Pelajar lelaki itu yang ditangkap sehari selepas kejadian, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan-bharian.com.my
Nota kaki tangan dan mulut: aku ada dengar berita beberapa orang pelajar tingkatan satu ditangkap kerana merogol seorag perempuan (rakan sekolah). Gila budak² sekarang ni.Tingakatan 1 sudah pandai benda² seks ni.
No comments:
Post a Comment