AC MIZAL BUAT LAPORAN POLIS
AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.
“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.
“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.
Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.
Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.
Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.
“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.
“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.-harian metro-

Itulah realitinya.MELAYU,pantang tengok perniagaan orang lain maju. Mulalah tabur fitnah sana-sini. Mulalah dengki sana-sini.Aku hairan lah.Jangankan bisnes besar²an macam si AC tu, bisnes goreng pisang tepi jalan pun ada musuh ok. Kalau orang bisnes jual makanan maju sikit mula lah keluar cerita-cerita liar mereka "alah,bukan sedap pun makanan kedai tu.mesti ada pelihara toyol", "aku rasa dia ada pakai guna-guna untuk tarik pelanggan lah"..ADUH! Ini lah yang menjatuhkan bangsa Melayu sendiri. Bapak aku paling pantang dengar macam tu. Orang maju sikit, mestilah ada guna-guna.Padahal dia nda tau betapa bersusah-payahnya orang tersebut berusaha untuk sampai ke tahap itu. Tapi aku paling tabek spring dengan cara orang Cina berbisnes. Biar buka kedai makan sebelah-sebelah nda da pun hal dengki mendengki ni.Siap jual benda yang sama pulak tu. Kalau Melayu, jangan harap. Kadang-kadang aku hairan, dorang ni nda percaya dengan rezeki ALLAH ka. Kan rezeki orang lain-lain. Kalau dia maju hari ni, biarlah dia. Kau?? tunggu la.Ada rezeki sampai la masa kau pulak. Tapi kena usahalah. Kalau kau asyik mau jatuhkan orang tanpa berusaha sendiri sampai dunia kiamat pun kau akan terus ditahap itu.
nota kaki tangan dan mulut: kau duduk goyang kaki mau harap income macam orang yang usaha seprauh nyawa...apa kes???????????????????????
No comments:
Post a Comment