Salam. Dulu aku pernah buat entri pasal oatmeal. Time tu serius aku cakap, seminggu makan oatmeal, pagi sekali, malam sekali, dalam masa seminggu berat aku turun 1.5kg. Memang happy. Tapi aku ni jenis cepat bosan dan tidak berdisiplin. Selepas seminggu tu aku mula bosan. Aku makan pun sehari sekali jak la. Untuk breakfast. Sampailah sekarang. Berat aku??? Entah...turun tidak naik plak sebab tengahari dengan malam aku bantai makan bukan-bukan. Sekarang baru sibuk mau diet 10 hari. Harap-haraplah berjaya Rina oi.
Pagi tadi time mau breakfast, sibuk cari oatmeal.Alamak! Habis. Pergi buka almari stok makanan kering aku jumpa Quaker Oatmeal berwajah baru. Mesti mak aku baru restok. Disebabkan dalam rumah tu , aku bapak ngan mama; yang makan oat tiap kali breakfast, so mamaku memang beli stok yang banyak untuk oatmeal ni. Sebulan maunya 3-4 bungkus. Habis ok tiap bulan. Tapi Quaker oatmeal berwajah baru.Wah! nampak lebih menarik dan menyelerakan. Siap ada letak gambar kepelbagaian cara untuk memasak oatmeal. I LIKEEE!
Wajah baru Quaker Oatmeal. Siap letak pelbagai jenis cara masak oatmeal.Lebih menyelerakan.
Packing lama. Cuma ada oat + susu. Patutlah kawan aku si Eda Suhaili tu nda berselera tengok.
Ini laman web Quaker Oatmeal.Siap ada resepi yang menarik. [Link]. Insyallah akan mencuba.
Kebiasaannya, breakfast aku tidak lah secanggih yang diajar dalam laman web tu. Aku sekadar mencampurkan 5-6 sudu oatmeal bersama koko crunch @ milo cereal @ corn flakes sahaja. + Nestum. Supaya rasanya lebih menarik tertarik menarik kau memang da boom. Tapi kalau mamaku ada masak any soup, biasanya aku suruh mamaku buat kuah dia lebihhhhhhh sikit. So boleh digunakan untuk makan bersama oatmeal ni. Sedap jugak la. Ianya akan jadi seperti bubur. Tidak muak! Sumpah! sebab dia ada perasa berbanding makan dengan air panas kosong.Tapi biasanya kalau guna air panas, aku akan makan oat bersama lauk. Rasanya dulu aku pernah tunjukkan dalam entri PENDIET KERAS. Nampak macam tidak menyelerakan. Tapi hasilnya LUMAYAN.
Bawah ni saja mau tunjukkan step untuk jadikan oatmeal tidak muak. Saja jak.Mau tunjukkan kepada sahabatku EDA SUHAILI. Wei babe...langsung nda muak la kalau guna susu segar ni. Yang paling penting, sejuk. Kalau susu panas aku nda sure la apa rasa dia. Nda pernah try sebab rasa macam muak jak tu. So, kalau ko rasa mau cuba, cuba lah k. Dijamin tidak memuakkan.
Aku saja tunjuk step.Yalah kan nanti ada pulak orang cakap, hakkkelleehhh dia ni...benda cam tu pun mau tunjuk-tunjuk. Tutup mata pun aku boleh buat la. Aku sekadar untuk berkongsi ilmu. Lagi satu supaya orang nampak depan mata apa yang aku buat. Tidak lah hanya membayangkan saja. Satu benda lagi, Eda, untuk first timer macam kau aku sarankan ko tambah lah benda-benda manis seperti koko crunch tu supaya ianya ada rasa. Nda la ko muak nanti k.Selamat Mencuba
Nota kaki tangan dan mulut:Seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Aku pun masih terkapai-kapai untuk berdiet.adeiiii lah..
boleh jugak cmpur masa masak nasi.tak ubah rasa nasi pon cuma nasi cm melekit skit..dan yg bestnya..nasi akan jadi lebih berkkasiat..
ReplyDeleteJiha: aha...mak pernah cakap!tapi lum pernah try
ReplyDeletehaaa ni yg rasa nak g makan oat ni. hehe
ReplyDeletejom singgah:
kenapa ikan tiada kelopak mata?
saia folow awak . nice blog =)
ReplyDeleteoat mmg sedap..tp sedap bile apik kelaparan..hehe
ReplyDeletewunny: makan la..bila sudah terbiasa xda masalah punya...
ReplyDeletesyaja: pk..ty
apik: kalau lapar semua sedap..:D
da try...mmg sdp...:D
ReplyDeletejom komen2 kat blog kte ek...