19 November 2010

...cepat turun tapi cepat naik...

Ya, begitulah yang terjadi kepada berat badan aku.Cepat turun tapi jika terlalai seketika ianya akan cepat naik.Malah akan naik dengan mendadaknya.Kebiasaannya hanya dengan mengawal permakanan, minum air yang banyak hingga terkencing-kencing,kurangkan malahan lagi elok kalau tidak makan nasi, badan aku akan turun dengan cepatnya. Seminggu pun malahan 2-3 hari sudah nampak hasil.Tapi bila terlalai, terkurang minum air sahaja pun bisa membuatkan badan aku naik.

Hari ini konon-konon bernekad untuk menjalani 10 hari program diet. Misi, untuk kelihatan kurus dihari persandingan aku sepupu aku pada 12.12.10 nanti. Motif nda tahan.Macam aku plak yang mau kahwin. Orang lain yang kahwin aku pulak yang berprogram diet. Apa motif untuk kelihatan kurus dihari persandingan sepupu aku?? entah. Aku sendiri nda pasti. Apa yang pasti, kebiasaannya bila ada majlis-majlis besar, keluarga akan berkumpul dan aktiviti makan-makan akan menjadi meriah dan kawalan nafsu agak susah sedikit.Dan yang pasti ketika itulah berat badan akan naik mendadak.So bila sebelum majlis aku sudah kurus sikit, kalau badan naik pun nda la dua kali lipat dr yang sekarang ni.

Berjayakah aku dengan program diet 10 Hari aku. Tunguuuuuuuuuuuu......




nota kaki tangan dan mulut: 10 hari mencari cinta....




No comments:

Post a Comment