10 November 2010

..Menjadi mangsa kecuaian oran lain...

Wanita sarat mengandung maut dalam kemalangan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan maut apabila van yang dipandunya dirempuh sebuah lori di KM46.8 Jalan Johor Baharu-Mersing, hari ini.

Jumirah Soogiman, 36, seorang peniaga yang berasal dari Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


"Kemalangan pada jam 12.10 tengahari itu dipercayai berlaku apabila lori dari arah Johor Baharu ke Mersing itu terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar van yang dipandu Jumirah," kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas kemalangan berkenaan sedang dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.-Harian Metro



Nota kaki tangan dan mulut:


 

No comments:

Post a Comment