28 November 2010

...Tawau Drag Race Motorsport Carnival 2010...

Kelmarin, 27.11.2010, berlangsungnya hari kedua TDRMC 2010 betempat di bekas Airport Lama Tawau. Fuhh...aku dengan yakin dan confiden dan bersemangatnya pergi la konon meninjau-nijau apa yang berlaku. Tapi Hampa! Terlalu ramai orang. Rasanya tiap tahun pun memang ramai orang. Aku dan kawan-kawan pergi kalau tidak silap dalam jam 3 lebih . Cuaca??? Perghhhhhhhhh...panas gilak. Disebabkan terlalu ramai orang kami nda dapat tgk pun siapa yang racing. Nasib baik datang bawak kereta 4WD, boleh lah lepak belakang kereta tu, kalau pakai kereta biasa, for sure nda nampak apa². 

Bawah ni ada beberapa gambar-gambar orang yang nda dapat tengok tapi mau jugak lepak sana,berpanas, dan mengeluarkan berliter-liter peluh.hikhikhik. dan hasil terakhir adalah mendapat bau badan yang sangat "BEST" dan beberapa gambar yang aku ambil dari Facebook Tawau. Credit to admin. Sekadar untuk di kongsikan.

Gadis Litar..
Tapak bekas Airport Tawau yang lama.

Hanya mampu melihat dari jauh. Hampa. 

 Terlalu ramai orang.

Nasib ada geng
Nasib baik nai 4WD...

Panas belakang kira, gambar tetap ambil...


OK. Bawah ni aku sekadar mau share apa aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari TDRMC 2010 ni. Info dan gambar semua dari Facebook myTawau. 

Perlaksanaan Program KARNIVAL SUKAN BERMOTOR DRAG RACE HARI MALAYSIA 2010 ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Anjuran : Kementerian Belia & Sukan Sabah Bahagian Tawau

Pengelola : Kelab Peminat Sukan Bermotor Tawau (TMCS)

Tarikh : 26hb. November hingga 28hb. November 2010

Perasmi Pembukaan : Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Perasmi Penutupan : Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah

Penyertaan : Terbuka kepada semua pelumba yang berminat untuk menyertai. Yuran penyertaan pertandingan akan dikenakan.

PENONTON MASUK ADALAH PERCUMA


This is few car category inside

Car Category
Class A - 4 x 4 open turbo

Class B - 4 x 2 turbo

Class C - NA (1600cc above)

Class D - NA (vtec,mivec,supercharger)

Class E - K-car Turbo (1000cc below)

Class F - Diesel Turbo(3000 Below)

Class G - Proton Cup(1500cc Single cam only)

Class H - 4 x 2 open turbo (with standard gear box)

Motorcycle

Class A - 110cc( 4 & 5 speed only)

Class B - 125cc

Class C - 135cc-150cc

Class D - 4 stroke (max 125cc)

Class E - Open class

Class F - 135cc standard

Class G - 150cc standard


Gambar-gambar dr myTawau:






Hari ini, akan berlangsungnya penutupan TDRMC 2010 dan juga merupakan acara kemuncak (kawan bgtau). Tapi rasanya aku sudah tidak sanggup untuk pergi sebab aku yakin mesti ramai gila orang. Biarlah. Aku pun bukan minat kereta-kereta ni. Aku pergi kemarin tu pun sekadar untuk menyokong (cewah macam YB plak aku rasa). Apapun, sebenarnya aktiviti-aktiviti sebegini memang bagus untuk remaja (maksud aku yang melibatkan diri la..aku dpt apa...dpt peluh ada la..) sebabnya ini salah satu cara untuk mengurangkan gejala mat rempit walaupun aku rasa di Tawau ni nda ada pun mat-mat rempit ni (rasanya lah). Tapi, ada khabar angin yang mengatakan ini karnival terakhir kerana tapak bekas airport Tawau itu akan digunakan untuk pembangunan. Entahlah. Tunggu dan lihat jak lah nanti.



nota kaki tangan dan motor: tidak minat kereta-kereta sampaikan rim kereta dari dulu nda pernah tukar...ngeh!


1 comment:

  1. hehe.. w/pun x dpt tgok. tp dapat jugak 'hasil' yg lain lain kan.. bau badan..hehehheeee

    ReplyDelete