Time Hari Raya Aidilfitri hari tu aku ada buat Kacang Goreng Berempah . Aku ingatkan nda jadi. First timer la katakan. Tapi rupanya berhasil jugak. Habis jugak dikerjakan oleh sepupu-sepupu. Sempena Hari Raya Aidiladha ni ni aku buat lagi. Sepupu-sepupu nda da yang balik so terpaksa lah aku yang makan sampai habis.Hari tu buat satu kilo tapi kali ni 1.5kg. Tapi kali ini aku ubah sikit resepi makcik aku tu. Kali ni aku campur ikan bilis goreng. Ingatkan nda menjadi. Tapi hasilnya boleh dibanggakan. hukhuk..siapa lagi mau puji kalau bukan diri sendiri kan.
Kacang berempah tanpa ikan bilis.
Aku pilih ikan bilis jenis kecil-kecil macam ni sebab lebih sedap rasanya.
Ikan bilis digoreng bersama rempah dan tepung. Sama seperti kacang.Digoreng berasingan kerana kalau goreng sekali bersama kacang takut nanti ikan bilis hangus. Sebab kacangkan masak lambat berbanding ikan bilis.
ish...dasar kamera hp. gambar serius nda lawa biarpun sudah zoom..hikhik..
Inilah hasilnya. Kepada yang ingin merasa sila beraya ke rumah aku besok k. banyak wooo aku buat.. (trep a.k.a bajet sedap)
Nota kaki tangan dan mulut: mau cari resepi lain pulak...hurmmmm
Selamat menyambut Aidiladha! ^_^
ReplyDelete