07 November 2010

...bila hujung tahun mesti banjir...

Itulah kenyataannya.Bila hujung tahun, mesti ada kes banjir. Terutamanya kawasan Utara Malaysia dan kawasan Pantai Timur. Kes terbaru sekarang ni di Kedah. Dari berita yang aku dengar dan baca agak teruk jugak banjirnya. Hurmm... teringat aku zaman belajar di Kuantan dulu. Bila hujung tahun,mesti musim hujan. Hujannya kadang² nda pandai berhenti. Sampaikan kami pergi ke kelas pakai selipar jepun. Masa tu lah susah mau pergi ke bandar Kuantan (kampus di Gambang).Apa tidaknya ada beberapa kawasan di sepanjang perjalanan Gambang-Kuantan (aku lupa nama kampung tu:dasar pelupa) dilanda banjir menyebabkan kenderaan susah mmau lalu. Lagi² musim hujan, siapa yang rajin untuk jalan bersiar-siar. Kebanyakannya lebih suka untuk tidur. FUHH!! Sedap weh tidur time hujan. Sejukkkk!!

Tapi itulah, kesian jugak aku tengok mangsa-mangsa banjir tu. Bayangkan tiap tahun mesti kawasan mereka terkena banjir. Bukan senang wei kalau banjir. Kawasan rumah aku memanglah nda pernah banjir(Nauzubillah), tapi aku tengok macam sengsara jak dorang membersihkan rumah selapas banjir surut. Kalau setakat air nda apa, kalau sekali dengan lumpur??? Nauzubillah.

Tiba- tiba teringat kejadian bulan September lepas bila tiba² Kampung Pasir Putih Tawau dilanda banjir.Agak teruk jugak. Sebab air dia sangat tinggi. Rumah yang rendah² kebanyakan tengelam habis. OMG! Kereta???? jangan cerita.semua rosak terus.Aku pernah buat entri pasal banjir tu. Dikatakan banjir bukanlah berpunca daripada hujan kerana hujannya tidaklah selebat mana .Dikatakan berpunca daripada air dari empang yang terlalu desar (maaf kalau silap).Apapun puncanya,kesian jugak mereka. Seminggu sebelum puasa dilanda musibah. Ujian..ujian... Apapun semua itu ujian ALLAH. Sekadar untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran hamba²nya. Kita sebagai hambanya harus menerima semua dengan hati yang terbuka.

Sumber:  MyTawau

Sumber:  MyTawau



nota kaki tangan dan mulut: Allah sayang Hambanya yang tahan ujian..


4 comments: