07 November 2010

...aku rindu kota itu...

Tadi "pakcik" tu sudah umumkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada 17 November 2010. So, dikesempatan ini aku ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA (in advance)... Hurrmmm... bila cerita pasal Raya Haji ni... mestilah ada kaitan dengan Madinah,Mekah & Kaabah kan. AUW! Tiba² aku rasa rindu pada kota itu, especially Mekah. Betullah apa orang kata, sekali pergi pasti mau pergi lagi. Semoga akan ada jemputan kali kedua untuk aku. Kerana sesungguhnya terdapat kedamaian di kota itu.Kota yang sibuknya mengalahkan New York (macam aku pernah pergi NY).Kenapa tidak, pukul 12 malam jalan raya sesak.Bunyi hon sana sini. Paling best driver di sana HEBAT! Chilokkkk baik punya. Teksi di sana CAMRY ok...fuh...merasa jugak aku naik Camry... hukhukhuk..Tapi benda yang paling aku suka di sana ialah dapat minum air zam-zam sepuasnya.Minum la sebanyak mana pun mau minum. Kalau mau mandi pun boleh (hukhukhuk...aku tgk ada makcik India tu siram kepala dia pakai air zam-zam...macam teringin buat...tapi...).Selain tu benda menarik yang ada di sana ialah barang murah ok. Tapi bab makan jangan lawan Mahal! Apa nda mahal kalau guna beras yang panjang² tu, apa nama dia beras mati(eh..betul ka??).

Eh aku ni cerita benda² duniawi plak kan...hahaha...macam terpesong pulak niat aku..hihihi... bukan bah. Ini sebagai pembakar semangat jak bah ni. Ialah selain dapat beribadah kita jugak boleh melancong. Sambil menyelam minum air kata orang. Daripada pergi melancong ke negara² lain tu, bagus kita pergi Umrah.Dapat tambah pahala.Oh ya, cerita pasal Umrah ni, ramai jugak kawan aku yang bertanya, ok ka di sana?? Nda da apa² berlaku ka pada aku??? Hurmmm... ramai yang takut. Kata mereka belum bersedia. Aku nda tau kenapa.Mungkin bagi dorang, dorang belum bertaubat so takut pergi sana.Takut kena pembalasan yang teruk². Ialah, aku pun pernah dengar jugak cerita² menakutkan. Ada orang yang nda jumpa pintu keluar Masjidil Haram la. Nda jumpa Hotel la.Kena pijak la.Banyak la. Bukan la aku mau cakap aku ni nda da dosa. Nda pernah buat dosa. Kita manusia biasa.Nda lari dari membuat dosa dan kejahatan. Tapi ALLAH kan maha mengampun. Bertaubat dan mintak ampun pada ALLAH. Insyallah semuanya berjalan lancar. Aku nda pernah pun sesat dalam Masjidil Haram tu.Nda Pernah jugak dipijak oleh orang arab tu.Bukan mau takbur, tapi apa yang penting niat kita.

Aku akui, aku pun kadang² hilang sabar jugak dengan orang² sana.Yalah kan, budaya kita nda sama.Tapi semua tu dugaan.Fikir positif.Allah hanya ingin menduga tahap kesabaran kita. Bayangkan, tengah² sembahyang tu tiba² ada budak² tengah duduk di depan kita sambil senyum². OMG! Dugaan...dugaan.Tapi itulah aku cakap, semua tu dugaan ALLAH S.W.T. Tapi yang pasti,di sana, bila kita buat jahat ALLAH bayar Cash!Maksud aku bayar cash tu, kita akan dapat pembalasan dengan kadar segera. Macam nenek aku.Time tu kami memang bergegas untuk pergi sembahyang asar. bergegas sebab takut Masjid full. So, ada la seorang hamba ALLAH ni menjual makanan untuk burung. Disebabkan ingin bergegas pergi, nenek aku menolak pelawaan penjual itu(dengan cara baik la).Aku nda tau la apa yang ada dalam hati dan fikiran nenek aku kan, tapi mau tau apa yang nenek aku dapat???  Tiba² ada burung berak dan terkena telekung beliau. Lucu juga kalau di ingat semula. Bukan la maksud aku untuk menakut² kan.Semua tu terpulang pada kita.Yang penting hati. Aku terus terang aku pun ada jugak la TER..TER ok.. TER- begaduh dengan orang....hurmm... aku pun nda tau orang mana. Tapi bukan penduduk asal Madinah or Mekah la. Aku rasa dia pun datang untuk menunaikan Umrah atau mungkin datang melawat Madinah. Time tu di kawasan Raudah. Raudah ni tempat di mana tempat terletaknya makam Rasulullah. Memang kawasan tu selalu malahan sentiasa penuh. Siapa yang tidak mahu melawat makam Rasulullah kan. Tapi kalau nda silap aku hanya lelaki yang dibenarkan mencium makam Beliau (maafkan aku kalau silap). Tapi yang aku tau, bila berada di kawasan raudah, kita disunatkan menunaikan solat sunat.Tapi itu pun kalau ada kesempatan. Sebab sangat sesak. Tapi, kalau dapat berdoa di sana sudah memadai.Aku dapat masuk dua kali. Kali pertama aku cuma berkesempatan berdoa. Kesempatan kedua aku tidak sia²kan. Aku dapat mengerjakan solat hajat walaupun aku terlupa untuk memasang hajat apa(so menyesal).Dijadikan cerita, time mau keluar dari kawasan Raudah tu la aku bergaduh. Bukan apa, time tu semua orang bertolak-tolak untuk keluar. So, secara tidak langsung aku pun tertolak la satu minah ni. Aku ditolak.Aku sabar.Sudah memang keadaannya macam gitu. Tapi yang buat aku panas dan hilang sabar bila minah tu tiba² tuduh aku sengaja tolak dia. MOTIF??? aku ndada motif untuk sengaja tolak dia ok. Time tu aku just mau protect mamaku dan nenekku sahaja. So, dalam usaha memjaga dan mempertahankan mereka aku TERtolak dia. Bukan sekali, tapi berkali-kali sebabnya aku pun ditolak dari belakang. Dia mula marah².Aku pun hilang sabar marah balik la. Nasib baik ada mamaku yang menyedarkan aku. FUH! sempat jugak minta ampun dari ALLAH atas keterlanjuranku itu. dan syukur aku nda da apa² sepanjang berada di sana.

Apa yang pasti, tempat yang paling damai dan penuh ketenangan adalah Kota Mekah dan aku ingin sekali untuk pergi ke sana lagi. Mungkin next time bersama insan yang bernama SUAMI pulak.Insyallah.Semoga ALLAH memakbulkannya.


OH KOTA MEKAH!

Nota kaki tangan dan mulut: semoga aku dimurahkan rezeki...AMIN!


No comments:

Post a Comment