13 November 2010

...6 benda yang buat lelaki nampak COOL & BERGAYA...

Zaman sekarang ni, bukan perempuan saja yang mementingkan penampilan.Lelaki juga semakin menitik beratkan penampilan.Malahan ada yang lebih daripada perempaun Semua keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki disediakan.Mereka juga ingin kelihatan cool dan bergaya.So dibawah 6 benda yang membuatkan lelaki nampak cool dan bergaya: 

1. Kaca mata gelap
Kaca mata gelap membuatkan anda tampil lebih ‘cool’ dan sangat berguna apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung mata, kaca mata gelap antara aksesori lelaki yang menampilkan karisma seseorang. Sekiranya anda mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk wajah anda (bulat, bujuk, bersegi dan sebagainya).




2. Jam tangan
Lelaki yang gemar memakai jam tangan menunjukkan dirinya seorang yang mementingkan masa. Bagi seseorang lelaki juga, jam tangan berjenama mewah juga melambangkan prestij serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Jika anda memakai jam tangan, tidak perlu berlebih-lebih dengan memakai gelang tangan.


3. Gelang tangan
Bagi anda yang memilih gelang tangan sebagai aksesori untuk digayakan, pilihlah jenis yang ringkas tetapi unik rekaannya. Sama ada jenis perak mahupun kulit.

4. Topi
Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna untuk melindungi dari cuaca panas.Jika dilihat, fesyen hari ini menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan. Paling digemari lelaki adalah topi jenis baseball, namun ‘straw hat’ atau fedora kini semakin diminati.



5. Tali pinggang
Tali pinggang antara aksesori pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan hanya untuk mengetatkan seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen. Sama ada jenis formal mahupun kasual, tali pinggang pasti membuatkan gaya anda lebih menyerlah. Pilih dan pakai tali pinggang mengikut kesesuaian acara.


6. Tali leher
Tali leher antara aksesori pelengkap gaya ke pejabat. Biasanya tali leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza. Kini terdapat pelbagai pilihan warna dan corak tali leher yang boleh digayakan. Tali leher ‘skinny’ juga semakin popular bukan hanya untuk dipadankan dengan kemeja ke pejabat tetapi juga kemeja kasual.




Tapi, 6 benda ini bergantung kepada pekerjaan dan situasi anda . Sila jangan pakai tali leher ketika ingin bersenam. Sila jangan pakai topi ketika pergi opis. Disebabkan ingin kelihatan cool dan bergaya nda pasal-pasal anda nampak seperti badut.



nota kaki tangan dan mulut: hasil penjelajahan saya.semuanya di Gua.


9 comments:

  1. sekarang kebanyakan gadis selalu tengok yang ada kereta..huhu

    ReplyDelete
  2. suke tali leher. nmpk sgt tampan dan berkarisma :)

    ReplyDelete
  3. haha bgs ni,blh ksi jadi hadiah2 tuk llki :)

    ReplyDelete
  4. ZacK: berkereta kalau selekeh?? OH! TIDAK!

    Akma: betul..betul...

    Awein: sila..sila..mana tau pening mau kasi hadiah apa...

    NZC:bergaya jugak..

    3Q: bergaya tidak semestinya barangan mewah..

    ReplyDelete