11 November 2010

...Artis harapkan penaja untuk majlis kahwin???..

Dengarnya...: Sibuk cari penaja majlis kahwin
Oleh Normah Becok(Berita harian)

2010/11/10

APABILA sudah nak sampai hujung tahun, macam-macam perancangan percutian ada dalam senarai Cik Normah. Dari berkhemah sampailah bersenang-senang di pulau idaman, tetapi akhirnya duduk saja kat rumah menghadap TV sebab masa inilah sanak saudara nak buat kerja kahwin. Kalau tak menampakkan muka, memang boleh putus saudara.

Terlanjur bercerita pasal kahwin, Cik Normah sendiri sudah dikhabarkan nama ramai artis yang bakal menaiki pelamin. Pelbagai juga konsep majlis persandingan yang dikongsi bersama peminat. Sebagai pemerhati, Cik Normah tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka. 


Cuma yang tak sedap didengar pasal seorang artis ni yang dikatakan sibuk mencari penaja untuk merealisasikan perkahwinannya. Awalnya Cik Normah ingat tersalah dengar sebab sebelum ni pun ramai selebriti mendapat tajaan. Cuma setahu Cik Normah, penaja yang beriya-iya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah bahagia mereka, bukan artis berkenaan yang meminta-minta. 

Tetapi yang satu ini memang sahih meminta pihak berkaitan membantu menyediakan beberapa keperluan khusus bagi majlisnya. Segan pula Cik Normah dengar. Bukan apa, kalau sudah sedia nak mendirikan rumah tangga, takkan tak sediakan belanja sepatutnya atau pun memang jenis kedekut sebab orang lain mudah mendapat perhatian penaja.

Sudah-sudahlah tu, kalau nama awak popular tentu tak payah cari penaja. Sekali keluar cerita nak naik pelamin, berduyun-duyun tawaran datang. Jadi kalau sudah keluar cerita tapi tiada pun sudi menaja, faham-faham sajalah. Sama ada kurang popular atau ada perangai yang orang tak suka?


Ohhh!! Hoii!!! Sudah² lah tu. Nanti bila buat gempak² pun, bercerai jugak. Membazir! Artis yang kahwin tanpa penaja lagi bahagia rasanya.Wahai artis Malaysia, kau mau kawin, kau la keluar duit. Memalukan. Nda cukup duit jangan kawin dulu.



nota kaki tangan dan mulut: aku pun mau cari penaja.Duit nda ada tapi ada hati mau kawin..ngehhH!


2 comments:

  1. uiksss...mo kawin pun mintak penaja...kumpul duit la cukup2 baru kawin..huh..membebel ja aku ni

    ReplyDelete
  2. Nancy : itu la pasal.nda cukup duit jan kawin...

    ReplyDelete