Dua maut, 3 parah dalam nahas berasingan
KOTA KINABALU: Seorang kelindan lori minyak kelapa sawit maut, manakala pemandunya parah selepas kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar pokok di selekoh Kilometer 65, Jalan Ranau-Telupid, berhampiran Kampung Mirulu dekat Ranau, pagi semalam.Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Sopian Cinongka, 40, maut akibat parah di kepala dan badan, manakala pemandu lori yang identitinya belum dikenal pasti parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan membawa minyak kelapa sawit dari pekan Telupid ke Ranau.
"Mereka tersepit dalam kenderaan itu. Kelindan lori terbunuh di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di Ranau, semalam.
Suhaimi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Ranau untuk dibedah siasat manakala pemandu itu dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Di KINABATANGAN, seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 68, Jalan Sandakan-Lahad Datu, semalam. Semua mangsa ialah
pemandu ketiga-tiga kereta dan wanita yang maut dikenali sebagai Nursia Yusof, 24.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir, berkata Nursia, yang berasal dari Tawau, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, kemalangan jam 10.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Nursia dalam perjalanan dari Kinabatangan ke Sandakan, bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.
Akibat pertembungan itu, kenderaan Nursia berpusing ke kiri jalan sebelum dirempuh sebuah kereta lain dari arah Kinabatangan, katanya.
Jaini berkata, kedua-dua pemandu kereta yang cedera parah dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan dan berada dalam keadaan stabil.
Sumber:Berita harian
Setiap kali majlis perayaan, mesti ada kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa.Sedih + takut. Minta-minta dijauhkan dari semua itu. Nauzubillah.
No comments:
Post a Comment