03 November 2010

...Hukum Memaikai Contact Lens...

Last time aku pernah share dengan kawan² apa yang aku baru ketahui...Hukum Sanggul Tinggi... then lepas tau pasal hukum tu...aku on the stop stop buat sanggul tinggi²....Tapi yang menghairankan aku... biarpun sudah tersebar luas melalui blog, FB dan lain² lagi...tapi still ada jugak orang pakai sanggul tinggi...yang lagi teruk..siap ada yang jual sanggul tiruan a.k.a sanggul arab... entah la..kita cuma manusia biasa... tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa kan. Memang manusia begitu... yang dilarang lah yang suka diamalkan/dilakukan.

 Lupakan pasal sanggul arab. Cerita pasal contact lense pulak.Terus terang aku cakap aku memang suka pakai lens colour². Aku start beli lens colour² ni time birthday aku yg ke-25(tahun lalu la tu). Aku ingat lagi time tu aku beli 3 pasang lens sekaligus.Konon² sebagai hadiah harijadi untuk diri sendiri dan bermula dari detik itu aku rajin la pakai lens colour² ni.Aku pernah ada warna hijau,ungu dan coklat. Tiga² sudah buang sebab sudah setahun lebih.Paling latest aku ada sekarang 2 jenis lens warna kelabu. Kadang² aku terfikir jugak, tidak berdosa kah kalau pakai lens ni..sebabnya sudah sah² mengubah ciptaan ALLAH.Tapi...dasar makhluk yang bernama Manusia kan.. benda cantik lah yang di suka.. Tapi aku nda tau kenapa tadi terdetik hati aku mau meng-search tentang hukum pemakaian contact lense a.k.a kanta lekap ini aku jumpa ini...:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.

Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.
So, lepas ni terpaksalah aku simpan lens kelabu aku tu. Simpan sampai aku kahwin.Hanya untuk tatapan En.Suami sahaja.

Kesimpulannya, sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Tetapi tiada salahnya kalau kita berubah ke arah kebaikan. Sesuatu dosa itu tidak dikira dosa sekiranya kita tidak mengetahuinya melainkan jika kita sudah tau salah tapi kita still buat.


nota kaki tangan dan mulut: manusia selalu tewas kepada Syaitan Laknatullah...


6 comments:

  1. hahaha..ko pkai utk mengadap laki mu sja..pikir2 laki mu nnt..tebiat ka bini ku ni aa..mngadap aku tiba2 mata kelabu..mengadap mama bpanya matanya itam..hahaha..

    aku pkai lens sbb aku rabun..yg teda kaler la..sbb aku jera aritu tym raya..bli yg setahun punya hayat itu sepasang ja..nda pla aku memikir ble kuyak..skali kuyak, tepksa aku beraya memakai sebelah mata coklat sblah mata itam..hahaha..sbb alai mengamuk aku tebiat2 mo bemata coklat, tpksa la aku keraskan ati dgn rajuk memakai bgitu minta d kesian..hahaha...


    pasal sanggul tuh aku pun ada baca jg..sbb aku bingung dlm fb tuh byk kena jual sanggul2 sambil2 tunjuk cara pkai lagi..skali aku cek2 rupanya nda ble..berat pla tuh hukumnya..nda dpt masuk syurga..haish..takut aku..biarpun aku nda pkai sanggul tp skg serendah2nya aku ikat rambut asal dia nda beguyang mcm bonggol unta mcm yg d ckp dlm hadis..hehe..

    ReplyDelete
  2. Lina: lucu..time aku tau hr tu kan..aku baru try2 besanggul² tinggi ni 2-3 hari..kan fesyen...beriya la buat..hahaha...sekali..lepas baca tu...langsung masuk toilet..terus kasi ikat bawah²...

    lens ni..haha..xpalah...biarlah lakiku cakap aku gilak..drpada bedosa..hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. bobo ; Terbaekkk...

    ReplyDelete
  4. BOBO: hikhik..khilaf bah...saya budak baru belajar...

    ReplyDelete
  5. hmmm selalu beli lens kaler unguu. erm ermm nmpknye kene beli kalerless la nmpknyee huhu~

    ReplyDelete