04 November 2010

...Jangan Bersedih wahai para peminat FT...

Walaupun mendapat tiga pencalonan untuk Muzik-Muzik Separuh Akhir nanti, tetapi 'Superman Malaysia' ini berterus-terang memberitahu yang dia berkemungkinan tidak akan ke peringkat akhir. Bukan kerana masalah kesihatan, tetapi berkemungkinan kerana lagunya tidak terpilih. Jelas Faizal, dia berkata begitu bukan kerana tidak yakin dengan lagu-lagunya, tetapi kerana banyak pencalonan yang bagus-bagus.

"Walaupun saya mendapat tiga pencalonan, tetapi ada kemungkinan lagu-lagu ini tidak terpilih untuk ke peringkat akhir. Saya berkata begini kerana saya melihat banyak lagu yang bagus-bagus bertanding kali ini.

Saya rasa lagu 'Drama King' ciptaan Taja (Meet Uncle Hussien) boleh menang. Lagu ini sangat bagus dan saya sangat sukakannya. Begitu juga dengan lagu ciptaan Aizat dan Yuna. Persaingan memang sengit dan saya mengharapkan yang terbaik. Mudah-mudahan boleh masuk final lagi tahun ini," ulas Faizal.

Apabila diminta memilih satu lagu yang dirasakan cukup kuat untuk ke final, Faizal tidak dapat memberikan jawapan. Menurut Faizal, 'Adrenalin', 'Hanyut' dan 'Selamat Malam' ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri.

"Semua lagu ini saya suka sebab itu saya tidak boleh buat pilihan. Setiap lagu ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri. Terpulang kepada juri profesional menilainya nanti. Bagaimanapun, saya berasa teruja dengan pencalonan Muzik-Muzik Separuh Akhir kali ini. Akhirnya, lagu berentak rancak saya dapat juga tercalon selepas empat tahun menunggu," tambah Faizal lagi.

Dalam masa yang sama, Faizal juga meluahkan rasa kurang selesa kerana terpaksa beraksi di giliran terakhir untuk ketiga-tiga pusingan separuh akhir. Bagi Faizal, perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan tumpuannya kerana perlu menunggu lama.

"Saya lebih suka beraksi awal daripada menunggu ke penghujung. Bukan apa, apabila menunggu lama-lama ini membuatkan saya berfikir macam-macam. Sedikit-sebanyak, perkara ini menganggu tumpuan saya untuk naik ke pentas nanti. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa tentang giliran ini sebab ia dibuat secara undian.

Entah macamana setiap kali cabut undi, saya dapat tempat terakhir. Mudah-mudahan ini bukan petanda yang tidak baik. Saya pun tidak percaya dengan petanda-petanda ini. Mesti berlaku secara kebetulan sahaja," ujar Faizal yang terpaksa mengakhiri perbualan kerana perlu menghadiri sesi taklimat Muzik-Muzik Separuh Akhir.


Apa cerita???? FT sendiri kurang yakin?? Aku tau ada kawan aku yang gila FT...Fanatik tahap dewa 19... tahap cipan... di mana ada FT...di situ ada dia... opps...sorry EDA SUHAILI... aku pun minat jugak lagu² FT ni...tapi nda la sefanatik kau tu. Siap pegi konsert bagai. hah....so kali ni apa cerita?? ANDA YAKIN???



nota kaki tangan dan Mulut: Lagu² FT memang BEST!

5 comments:

  1. haha, dia memang cakap je mcm tu.. but dont worry, he will make it to the final.. satu lagu pn cukuplah.. heheehehe.. semi final ni aku tak p tgk.. semoga dia p final.. hehehe.. rockensteiners will always keep the faith to their rockenstein..
    \m/

    ReplyDelete
  2. kwang..kwang...but i love his songs...

    p/s hensem x gmbr yg aku pilih tu?

    ReplyDelete
  3. gmbr tu jambu sgt lahhh.. ko ni, baik mintak gmbr ngn aku.. br lah rockers! hahahaha

    ReplyDelete
  4. aku x suka la kalau dia rockers² ni....aku suka dia jambu²....xpayah pakai spec...sejuk mata memandang!

    ReplyDelete
  5. haha.. ko belom tengok dia pakei spec bulat macam org tua.. hahahaha

    ReplyDelete